Tips Memilih Kanta Lengkap Yang Selesa untuk Si Rabun Jauh

Mempunyai masalah rabun jauh ni dah macam bukan rare disease untuk rakyat Malaysia tapi macam hampir semua yang menatap komputer, lifestyle masa zaman kini dah macam kewajipan pula masing-masing kena pakai spek mata kan ? Dan akulah adalah salah seorang dari pesakit yang mengalami masalah rabun jauh dan salah seorang pemakai spek mata. Hua hua hua. So macam mana korang atasi masalah rabun jauh ? Bagi aku masing-masing ada cara tersendiri untuk merawat masalah rabun jauh. So far aku masih belum tahu lagi apa rawatan terbaik untuk masalah rabun jauh kecuali pembedahan lasik. Harga untuk kos lasik tu faham-faham je la, mungkin orang kaya je mampu. Hehe. Ada juga penjual yang jual titisan air ke mata dah katanya boleh merawat pelbagai masalah mata. Tapi aku masih belum ada keyakinan untuk mencuba, yerlah mata kan adalah salah satu pasang aset yang penting untuk melihat keindahan alam ciptaan tuhan, so kena jaga mata baik-baik. Ada juga beberapa TIPS untuk merawat masalah rabun jauh ni, antara yang I dengar :
  1. Jaga pemakanan dan kena banyak makan lobak merah, katanya lobak merah ada kandungan vitamin E, yea sekejap lagi aku buat just carrot banyak-banyak, tak sabar nak mata boleh nampak dunia clear tanpa kabur.
  2. Kurangkan melihat TV, Komputer dengan terlalu lama kalau boleh jangan melebihi berjam-jam.
  3. Latih anak mata dengan menggerakkan kiri ke kanan atas dan bawah.
  4. Melihat tumbuhan hijau di waktu pagi.
  5. Ambil makanan tambahan seperti corotomax.
  6. Terpaksa guna spek mata or mayve contact lense untuk jaga masa tertentu.
Yang itu adalah tips yang aku dengar la, tapi yang aku nak tekankan ialah penggunaan contact lens la, antara tips pemilihan kanta lengkap kalau mengikut aku punya pengalaman macam ni :
  1. Mestilah selesa dan tak rasa seperti memakai kanta lengkap
  2. Warna mengikut sebolehnya mengikut kesesuaian warna kulit
  3. Diameter lebih besar sedikit mengikut anak mata
  4. Tidak mudah kering dan mata menjadi gatal
  5. Mengikut power mata as long as nampak jelas
  6. Aku prefer daily disposable instead of monthly because i am not super hygienic especially setiap kali tanggal kanta mata aku usually suka buang
So yang atas tu memang mengikut personal view aku la tapi yang terbaru ni kan Bausch.Lomb dah mengeluarkan Lacelle Jewel Monthly disposable dan Lacelle Diamond Daily disposable yang I dengar boleh disesuaikan dengan apa jua pakaian yang dipakai.
Pink diamond buat mata i nampak besar tau
Dengan ukuran diameter iris 14.2 mm ni memang membuatkan mata i besar dan nampak macam mata anime, cuma I rasa i punya power macam dah naik a bit, so far with this lacelle diamond daily boleh masuk with any apparels I pakai. Yes I AGREED  walaupun foundation+powder free just blush and lipstick I BELIEVE i still look pretty with those yo, and I LOVE IT ! Lacelle diamond daily mempunyai 3 warna iaitu Aqua glacier, champange brown dan Pink Rose.
I perlu 2 boxes sebab mata I berbeza power pula.
 
Tekstur dan pattern bercorak diamond ni dah jadi kegilaan RAMAI
 
Pilih yang berjenama instead yang tak berJenama tak terkenal supaya boleh claim if terjadi benda yang tidak diingini berlaku

Tekstur jewel dalam T.Brown
Bausch+ Lomb Lacelle Jewel merupakan kanta lengkap monthly disposable yang mempunyai corak permata yang agak unik. Ketebalan 0.078, kandungan air 38% dan sangat nipis yang akan memberikan keselesaan kepada si pemakai. Dengan penggunaan bahan polymacon dapat mengurangkan penyerapan protein untuk kebersihan dan memudahkan apabila memakai kanta lengkap ini.
I suka warna coklat juga tau

Lacelle jewel hadir dengan beberapa warna pilihan iaitu Melanite Black, Topaz Brown, Crystal Grey, Amber Brown, Amesthyst Violet, Sapphire blue, dan Peridot Green. 
Just in case korang dah bersihkan kanta langkap korang walaupun daily use
 
Before I buang, let's play it like med and ped, hehe.
Kalau perhatikan gadis-gadis masa kini yang jenis suka berselfie tu mesti mata bulat dan besarkan, itulah fenomena pemakaian kanta lengkap mengikut warna dan tekstur, some more bagi yang jenis suka bergaya atau menyertai aktiviti cosplay, kanta lengkap memang memainkan banyak peranan untuk menjadikan seseorang itu yang kelihatan biasa menjadi lebih menarik. Dengan rekod keselamatan yang di iktiraf di peringkat global dan berinovasi canggih, Fashionista boleh menjadikan siri rangkaian Bausch+Lomb sebagai siri penjagaan mata dan pilihan yang tepat kerana ianya akan membuatkan anda tampak lebih mempesona dan elegan. Saya jatuh cinta dengan siri Bausch + Lomb Lacelle sebab ianya membuatkan saya nampak dunia lebih jelas tanpa kabur dan saya boleh menggayakannya dengan pelbagai jenis pakaian. Siri Bausch + Lomb Lacelle jewel dijual dengan harga RM68 sekotak untuk 2 keping manakala Siri Bausch + Lomb Lacelle diamond daily dijual dengan harga RM42 sekotak untuk 10 keping dan RM110 sekotak untuk 30 keping. Kedua-dua siri lacelle ini boleh didapati di semua kedai-kedai optik utama di seluruh negara.

 Untuk maklumat lanjut, sila layari : Facebook : Bausch + Lomb Malaysia Website : http://www.bausch.com.my/

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com