Sup Sayur Ringkas dan Berkhasiat dengan Rempah Ratus Mak Siti

Menu Ringkas Sup Sayur untuk waktu sahur

Sup sayur adalah rutin harian bagi yang jenis suka makan sayur-sayuran dan ianya adalah menu paling ringkas untuk disediakan malahan jauh lebih berkhasiat namun di sebalik warna yang ada ianya tidak digemari oleh sebilangan kanak-kanak. Jadi hidangan yang menarik, ringkas dan lazat walaupun hanya sup sayur dapat juga menambat hati yang merasa.

Kali ni I nak share hidangan sup sayur yang ringkas tapi boleh dikatakan agak enak juga sebab di masak dengan rempah ratus yang masih baru di pasaran tapi boleh hasilkan masakan yang biasa dan ringkas namun lazat rasanya.

Sebagai penggemar sayur- sayuran, banyak menu masakan yang boleh dihasilkan walaupun dengan sayur-sayuran sama ada bergoreng, sambal sayur mahupun gulai. Dalam bulan Ramadhan ni kita digalakkan bersahur jadi sup sayur adalah menu masakan paling ringkas yang boleh di nikmati dan berkhasiat.

Ringkas tapi berkhasiat
Sayur-sayuran ada yang boleh di masak dan dimakan secara mentah, pemilihan sayur-sayuran adalah sangat penting kerana ada setengah sayur-sayuran boleh kehilangan khasiat penting jika dimasak dengan api yang tinggi suhunya. Jadi di sini I nak ajar cara masak sup sayur yang betul tanpa kehilangan khasiat yang penting.

Langkah Mudah untuk Hidangan Sup Sayur
 Bahan-bahan untuk Sup Sayur Ringkas dan Berkhasiat :
  1. Lobak merah
  2. Sayur Sawi
  3. Bawang putih dan bawang besar
  4. Serbuk Rempah Sup Mak Siti
  5. Cili 2 batang ( ikut selera pedas masing-masing)
  6. Minyak Masak (Palm Oil)
  7. Garam Bukit
  8. Air
Langkah mudah untuk sediakan hidangan Sup Sayur Ringkas dan Berkhasiat :
  1. Potong Sayur sawi dan asingkan batang dan daun, ketuk bawang putih, potong bawang besar, lobak merah mengikut saiz yang diingini dan ketuk cili api tanpa lumat just pecah nampak isi je tau.
  2. Masukkan minyak sikit dalam periuk biarkan panas sikit lepas tu masukkan bawang putih, bawang besar, batang sayur sawi dan serbuk rempah sup mak siti, kemudian gaulkan sehingga sebati.
  3. Lepas dah sebati bahan dalam periuk tu macam garing sedikit rempah tu, boleh masukkan air mengikut berapa orang makan, macam I buat untuk 2 orang makan.
  4. Lepas tu jaga suhu dan gaulkan sup, masukkan lobak merah, bila dah lembut sikit lobak merah tu, tutup api.
  5. Bila dah panas-panas suam tu baru masukkan daun sayur sawi, lepas tu gaul balik bagi dia masak tapi tanpa api tau.
  6. Dah suam-suam baru masukkan garam dan gaul.
  7. Tadaa sup sayur ringkas dan berkhasiat tanpa "over-cooked" dah boleh dihidangkan.
Boleh dinikmati dengan hidangan lain

Sup sayur dah macam ala-ala side dishes bagi I yang bukan vegeterian ni, of course I nak tambah menu lain untuk menu bersahur, so bolehlah makan dengan ayam goreng ke, telur dadar ke, dengan sambal belacan, budu, dan dinikmati dengan buah-buahan pun sedap juga tau. Nak sihat kenalah tahu cara memasak yang betul, selamat mencuba resepi sup sayur ringkas dan berkhasiat dengan serbuk rempah mak siti by Syafiera Yamin tau. Rugi tak mencuba :)

Dengan Pilihan Serbuk Rempah Mak Siti dapat menghasilkan hidangan juadah yang enak dan lazat
Baru-baru ni I berpeluang untuk mengenali setiap produk dan jenis serbuk rempah yang diperkenalkan oleh Mak Siti, rupanya serbuk yang diperkenalkan boleh menghasilkan pelbagai menu masakan yang lazat dan memang mengikut tradisi. Serbuk rempah mak siti didatangkan dengan saiz pek kecil dan besar. Usually I lebih suka beli yang pek kecil sebab once dah pakai I memang pakai 1 pek tu, at least I rasa lebih hygenic memandangkan I bukan berniaga hanya untuk masak-masak di rumah. Serbuk Rempah Mak Siti ada pelbagai jenis pilihan antara yang sempat I catitkan adalah seperti :
  1. Serbuk rempah kari daging
  2. Serbuk rempah kari ikan
  3. Serbuk rempah nasi beriani
  4. Serbuk rempah kari rendang
  5. Serbuk kunyit (sebatian) campuran
  6. Serbuk rempah Sup
  7. Serbuk rempah kari daging
  8. Serbuk rempah kari makanan laut
  9. Serbuk rempah kari ikan
  10. Serbuk soto
  11. Serbuk rempah masak kicap ikan
So far hampir hampir semua hidangan masakan Mak siti dah hasilkan serbuk jadi memang mudah sangatlah kita-kita semua nak masak tanpa banyak alasan lagi untuk jadikan menu masakan kita sedap-sedap tau.

Sekitar Majlis Pelancaran Rempah ratus Mak Siti 
Selama ni memang follow up dengan serbuk rempah ratus mak siti, yerlah husband pun kalau beli rempah dia mesti belikan dari jenama Mak Siti, kalau you all nak tahukan sebenarnya dah ada lebih dari 70 jenis rempah ratus mask siti di pasaran baru- baru ni dah ada dalam botol which is lagi nampak bergaya dan tak messy paling latest dah ada flakes limau purut, yea lepas ni nak masak masakan yang ada limau purut tak payah nak guna yang ori hehe sebab yang ori tahan berapa lama je kalau tak masak memang berkuning la limau purut tu. Thank you Mak siti mudahkan suri rumah nowadays dengan serbuk rempah pelbagai pilihan !

Serbuk Rempah Mak Siti kini di jual dalam botol juga tau
 
Hidangan Juadah Masakan Tradisi dengan serbuk rempah mak siti
Tu dia antara hidangan juadah hasil dari serbuk rempah mak siti seperti ikan bakar, mee soto, kari daging, rendang, nasi beriyani dan macam-macam lagi. 

Masakan tradisi yang dihidangkan menambat 'taste bud' yang merasai sendiri keenakan hidangan yang disediakan ketika majlis pelancaran
Antara menu hidangan yang kitaorang dapat cuba sendiri ketika majlis pelancaran serbuk rempah mak siti yang berlangsung di Bandar Tun Razak Jumaat lalu, so far Neyra memang suka sangat dekat sambal jawa and sempat dia bawa balik untuk sahur katanya dia rindu sangat masakan sambal jawa tu, kitaorang tak tipu yang hidangan kambing memang licin kitaorang makan sebab rasanya memang cukup rasa. Memang mengimbau suasana hari raya.

I Tak sabar nak sediakan hidangan menu hari raya menggunakan serbuk rempah mak siti sure tetamu pun tak sabar nak try masakan I tau.

Selain daripada Sup sayur jom cuba juga Resepi Mee Kari Mudah dari Neyra juga tau.

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di:

Website:

Facebook:

Instagram:

Alamat:
Nasuha Enterprise Sdn Bhd
Ladang Rempah Ratus & Herba
Batu 12, Jalan Muar-Pagoh,
84500 Muar, Johor.

Tel: 06-9737508/509
Whatsapp: 017-3309330

Okaylah selamat mencuba you all,

Salam lebaran,
Syafiera Yamin

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com