COMBI High & Low Swing Chair [FEALETTO AUTO SWING]

Boleh jadi kerusi makan

Baru seminggu Adelia mencuba sendiri COMBI High & Low Swing Chair [FEALETTO AUTO SWING], 'parenting station' so far okay la, dia sudah boleh terima benda baru dalam rumah ni. Kerusi dari COMBI ni mempunyai banyak fungsi dalam satu tau. Hanya 1 kerusi dah boleh jadi macam katil gitu. Kerusi ni sesuai untuk dari NEWBORN sehinggalah 48 Bulan. Depends la macam anak aku yang sulung umur dah nak masuk 5 tahun pun masih naik juga sebab badan dia tak berat sangat pun tu sebab dia pun conquer juga benda ni.

Boleh jadi tempat tukar diapers atau baring-baring
Kalau macam Adelia dah lepas mandi, I boleh tukarkan pampers diapers dia atas tu je, bedak dan barangan bayi yang lain letak dalam storage tu untuk mudahkan ibubapa mencapai barangan ketika melakukan proses tukar lampin dan pampers.

Boleh tidur sambil dibuai lembut
Kalau macam I busy nak buat kerja ke, and nak bagi dia tidur, I letak dia depan TV and COMBI High & Low Swing Chair [FEALETTO AUTO SWING] ni dan tekan butang auto swing dan melody on, so sambil I buat kerja dia tidur so senang lah I. Lagipun produk ni pun agak selesa untuk budak-budak dan ada safeness.


I suggested dan rekomen lah untuk bakal menjadi ibubapa consider buying this, especially time pantang memang okayla mempunyai benda ni, dari newborn sampai 4 tahun okay lah, at least ibu berpantang dapat rehatkan badan and ada auto swing mode kasi baby korang tidur nyenyak. Lagipun yang jenis macam ni I tengok lebih selamatlah daripada yang jenis buaian dalam net tu.

COMBI High & Low Swing Chair [FEALETTO AUTO SWING] 
ada beberapa Items untuk 1 pakej :

Dacco Cushion
 Dacco Cushion ni khas untuk new bown, dia dari head pad, back pad dengan seat pad. Dan ada valcro zip lagi untuk lekatkan dia dengan kerusi.

Ada manual instruction juga dacco cuhion ni

Storage Box

Dalam ni korang boleh letak barangan bayi macma bedak ke, cologne ke, and so on

Table : Meja Makan atau meja untuk bermain

Power Cord : Untuk pemasangan elektrik khas untuk auto swing dan melodi

Buku Manual


Banyak sangat fungsi COMBI High & Low Swing Chair [FEALETTO AUTO SWING] ni, Ianya adjustable, ada roda so korang tak penat nak angkat just tolak je sebab ada tayar kan. Kerusi pun boleh ubah level dari 1 - 4, ada music dan auto swing. Korang kena miliki satu kalau nak tahu macam mana ianya berfungsi.
Bagi you all nak memiliki COMBI High & Low Swing Chair
[FEALETTO AUTO SWING], 
Sila layari :Website : www.combi.com.hk
Facebook : https://www.facebook.com/malaysiacombi/

Head over to 100Comments.com for Malaysian product reviews, daily product giveaways, useful tips & advice

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com