Serum Muka Untuk Parut Jerawat dan AS A MAKEUP BASED

5/31/2017 02:31:00 AM

Muka aku banyak parut jerawat plus ada parut chicken pox korang rasa ?
Tapi yang penting walau tak pakai Makeup still wajah aku glowing HAHA !
Kalau sesiapa yang kenal aku, memang tak sah lah aku keluar tanpa pakai Makeup kan ? Biasalah lainlah kalau lahir-lahir je time remaja aku ploles no jerawat bagai, tapi semenjak aku start form 3 macam hare jade jerawat naik Macam  penyakit misteri kat wajah aku. Korang tak tahu berapa banyak duit aku guna nak berubat, nak jadikan kulit aku bebas jerawat, La ni dah umur 27 tahun jerawat naik juga tapi tak seteruk yang dulu mungkin sebab aku dah start aware menggunakan produk yang selamat pada wajah aku plus aku dah jaga pemakanan plus mungkin sebab aku dah berkahwin dan dah mempunyai 2 orang anak, jadi aku yakin lepas dah beranak bagai hormon gedik miang mungkin dah drop haha. Nasiblah aku dapat LAKI yang jenis tak kisah dengan kulit wajah aku.

Sekarang ni tak sangka lepas dah kahwin ada je laki-laki lain ngorat aku, wek nak muntah aku cerita haha. Bila dah start aware kan, aku akan mencari produk-produk yang aku rasa selamat untuk aku pakai plus sesuai dengan kulit aku, tak kisahlah jenama apa pun... janji yang penting tak buat muka aku jadi kanser haha. Kalau korang tengok aku ni, memang aku ni rajin cerita pasal produk tapi aku sanggup cuba eh sukahati aku la, aku kan umpama tikus di makmal, sanggup mencuba yang mana terbaik, kalau dah rasa itu terbaik barulah berani nak teruskan penggunaan produk tu dalam long term kan ? Eh yang penting bukan produk yang guna najis, sel manusia lah kan, okaylah tu sapu kat kulit je isntead of inject kau tak tahu mana benda alah tu nak keluar kan ?

Ni la Founder Clara Adore : Miz Era

Baru-baru ni, Aku Syak Founder Miz Era dah boleh detect aku punya masalah, pakai makeup tapi capuk Ya Ampun mungkin dia perasanlah kot, dia pun mesej aku dia suruh aku try produk dia ni, dia cakap sesuai untuk yang suka pakai mekap, aku sebenarnya malas lah juga nak review produk atm, konon.. Memandangkan orang dah tak nak aku review produk depa, lagi pun dah ramai pun orang sanggup buat apa sahaja demi produk percuma janji tak beli..

Dia borak dengan aku secara personal, mula-mula aku rasa nak tolak je tapi bila mengenang kembali kulit muka aku dah breakout plus dah tak ada perlindungan yang sesuai before aku makeup, aku pun setuju je la. Mula-mula tak heran pun awal-awal yer lah sebab aku nak review banyak produk dari harga seribu lebih sehingga lah yang RM10. Nak kata, aku memang jenis skeptikal and poyo hehe.


Warna Cecair Jernih dan Berbau Harum
So far, aku dah cuba lah dalam beberapa hari, masa pakai serum ni, aku picit pam dia banyak kali taknak keluar, sekali tu aku keluarkan produk tu dari dia punya casing, lepas tu bila picit baru boleh keluar isinya, hehe, sebab aku tengok dia punya pam tu style kau icit akan ada base bawah tu tolak ke atas. Lepas tu aku sapu serum ni dekat muka aku. Serum ni katanya diperkaya dengan Vitamin C, Vitamin E, Aloe Vera dan mempunyai pH 5.5. So aku rasa korang mesti dah tahu kan fungsi khasiat yang ada dalam serum ni.

Wajah Pengasas Miz Era before and After
Nampak tak beza wajah pengasas setelah menggunakan produknya sendiri ? Tapi mukanya tak banyak jerawat obvious macam aku ni, nampaknya kulit aku ni memang kena pakai hari-hari la kalau nak nampak result yang efektif. Cara aku guna senang je, lepas aku cuci muka, terus aku sapu serum ni, memang serum ni cepat masuk dalam kulit, non-sticky dan tak rasa berminyak. Lepas tu kulit wajah rasa macam tegang je plus aku suka bau dia harum and lepas tu kalau taknak pakai makeup pun boleh.

Sapu banyak sikit dekat Volcano yang tengah meletus tu, plus konfiden muka cantik tak payah pakai makeup walaupun jelas nampak jerawat tu. Miahahah
Aku tak boleh claimed keberkesananya pada kulit korang, tapi bagi aku, aku tak skip lagi pakai Clara Adore pada wajah aku sebab aku rasa dia sejuk je setiap kali sapu kat muka aku, plus kalau aku ke event aku memang pakai serum ni sebelum pakai makeup, korang nak tengok ke kulit aku lepas pakai makeup dengan Clara Adore ? Aku memang tak touch up muka aku dengan bedak dah bila pakai serum ni.

Mungkinkah disebabkan Lighting yang buat muka aku nampak ploles like this haha ?
Apa lagi ? Aku dah cuba. Korang tak rasa nak cuba sendirian berhad ke ? Tapi aku tak jamin ianya berkesan dekat kulit korang, sebab kalau aku claimed bila korang pakai tak berkesan nanti mungkin aku dipersalahkan. Hehe tak mampu mak nak tanggung. Benefits product ni ? Korang kena tanya dengan founder Miz Era sendirian berhad. Harga pun kena tanya dengan Miz Era juga.

Sekian review aku mengenai Clara Adore by Miz Era. Aku masih tak skip lagi guna serum ni setiap kali pakai mekap korang agak- agak ? Kalau makeup cantik macam dalam photo ni. hehe.

Untuk maklumat lanjut, sila contact >> Miz Era <<




You Might Also Like

Google+ Followers

Blog Followers

Penjual Shaklee

Penjual Shaklee