Baru !! Pencuci Wajah Hada Labo ada AHA dan BHA.


Hi you all dah cuba ke pencuci muka terbaru dari Hada Labo? AHA + BHA ada dalam kedua-dua pencuci muka ni, last time I ada singgah klinik aestetik, dia cakap kalau nak cari pencuci muka cari yang ada AHA dan BHA, yang ni adalah asid kot yang sebenarnya diperlukan untuk kulit. Bukan kes yang (simbah asid) itu asid untuk meng'aib'kan kot.

I memang suka Pencuci Muka dari hada Labo ni sebab I pernah guna satu masa lalu, memang dia betul-betul bersihkan kulit wajah I yang dulu rasanya packaging kaler putih.

AHA + BHA Double Action Exfoliating Formula ( Acne Control )
 I rasa Hada Labo ni dah macam tahu-tahu je manusia kat dalam Dunia ni memang kerap mengalami masalah jerawat pada wajah, bukan remaja je malahan yang dah dewasa pun masih mengalami jerawat. Aku rasa memang most of tak jaga pemakanan tu jerawat naik the hell banyak gila. But lucky la generation days, hada labo dah keluarkan facial wash yang memang khas untuk kawal masalah jerawat korang tu.


Fungsi AHA + BHA Double Action Exfoliating Formula ( Acne Control ) dia bantu buang sel kulit mati, lepastu mencuci jauh ke dalam dan dapat menyingkirkan bintik hitam dan bersihkan liang pori. Polish kulit kusam dan kulit kasar. Paling best kan AHA + BHA Double Action Exfoliating Formula ( Acne Control ) ni pH seimbang, bebas wangian, alkohol dan minyak mineral.

Yang Acne Control ni dia ada kandungan Wild Pansy extract Untuk cegah masalah jerawat yang banyak dan Bentonite Clay untuk menyerap lebihan minyak dan singkirkan kotoran dan impurities kat kulit korang tu hehe.

p/s : Sekarang muka I tengah naik banyak jerawat gila-gila sebab I non-stop pakai makeup untuk NYX challenge, I need to rest my skin, lucky ada pencuci muka yang boleh bersihkan kulit wajah I macam AHA + BHA Double Action Exfoliating Formula ( Acne Control ) ni so lepas dah cuci bersih muka terus pakai pelembab and continue tidur hehe.

AHA + BHA Double Action Exfoliating Formula ( Oil Control )

AHA + BHA Double Action Exfoliating Formula ( Oil Control )  sama je fungsi nye dengan AHA + BHA Double Action Exfoliating Formula ( Acne Control ) tapi yang ini untuk kawal minyak berlebihan, I guessed I still can use both sebab Kulit I memang berminyak and ada jerawat banyak haha. Tapi yang ni I belum try lagi, I habiskan dulu yang Acne Control baru I pakai yang ni.yang ni ada kandungan ekstrak Alpine yang membantu memperbaiki liang pori.


Both products memang I think I approved ! Yes ! Sebab dua dua ada :

  1. Triple Anti-Pollution Formula - formula yang sangat unik membantu untuk menyucikan dan melindungi kulit dari pencemaran alam sekitar dengan mengurangkan daya upaya zahrah yang tercemar untuk masuk ke dalam kulit. Ianya juga bertindak untuk menyingkirkan pencemaran metal dan membentuk sekatan untuk melindungi kulit dari kerosakan akibat daripada pencemaran.
  2. Double Action Exfoliating Formula - Paling menarik Pencuci muka Hada Labo mengandungi AHA ( Glycolic Acid) dan BHA ( Salicylic Acid) untuk melembutkan kulit, menyingkirkan sel kulit mati secara lembut, meningkatkan penyerapan kulit dan mengembalikan keserian wajah secara sihat dan semulajadi.
  3.  Dua dua ni ada kandungan Bentonite Clay sejenis tanah liat yang datang dari abu gunung berapi yang kaya dengan kandugan mineral dan sangat efektif untuk menyerap lebihan minyak disamping menyingkirkan kotoran pada wajah.
  4. Kedua-dua ini juga bebas dari alkohol, warna, wangian, minyak mineral. Dua dua ni mempunyai pH yang seimbang.
I rekomen untuk menggunakan pencuci muka ni 2x sehari, cuci dengan air suam. 

Dijual dengan harga RM31.90 setiap satu di seluruh farmasi, pasaraya berhampiran di dalam Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, Sila layari :
Website : https://hadalabo.com.my/
Facebook : Hada Labo Facebook
Instagram : Hada Labo Instagram

2 ulasan :

  1. saya ada masalah jerawat pasir di dahi. yg mana suitable utk saya guna? acne/oil control? thanku respond sis

    BalasPadam
  2. Hai sis, sblm ni sye ade jerawat tp x ketara sgt. Bru 2 minggu pkai hada labo ni, jerawat pasir mkin rancak keluar knape yea? Bolwh sis bantu?

    BalasPadam

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com