Makan, Shopping dan Tengok Orang Karaoke di Klang Parade Sabtu haritu !

4/11/2017 02:33:00 AM

My family and I, hehe
Hari Sabtu lepas, I sempat requested husband nak pergi jalan-jalan di Klang Parade, mula-mula dia cakap jauh tapi I insisted nak pergi juga hehe, Klang Parade ni sebuah Mall yang agak besar tau and banyak vendors yang terdapat dalam tu. Tempat yang paling I suka ialah food court dia, dalam tu ada 2 food courts satu untuk halal dan satu non-halal punya. Nama Food Court ni Food Junction Klang Parade, korang kalau sensitif bab isu halal korang boleh singgah food court yang halal.

Dekat dalam ni terlampau banyak makanan yang sedap-sedap dari western, tradisional sampailah masakan ala-ala chinese style and macam macam ada, paling best kaunter air siap ada fresh juices ! Yang tu la I ordered sampai 4 cawan hehe. Minum sampai kembung perut.


Spagheti aglio olio
I ordered spagheti ni, rasa dia not bad la harga lebih kurang RM10 sepinggan, I rasa tukang masak dia vegeterian tu I tengok dalam tu banyak sayur je.. tapi apa pun memang rasa dia sangat sedap, seriously. Then I ordered chinese tea, gree tea, dan mixed juices. Harga pun sangat affordable la, mixed juices ni harga dia RM7 manakala yang green tea and chinese tea rega harga lebih kurang RM3 satu cawan.


Yang ni bukan I order tapi kawan-kawan I lepak time tu, depa ni boleh tahan kuat makan badan keding pun makan banyak hehe, Dekat food junction ni ada claypots ada cheese cheese ni memang boleh buat I ternak lemak, sape kata food court punya makanan tak sedap ? I tengok gambar pun dah terliur tengok makanan dorang ni ordered. haha.


Yang menu makanan atas ni, neeza punya, dia makan untuk sorang ni weii, hebat betul dia order macam-macam, confirmed dia makan habis ni. Dari Ais kacang, mushroom soup, nasi goreng, garlic bread, air secawan lagi I rasa harga rega harga set banyak macam ni lebih kurang RM30 je. wow. affordable sangat.


Kalau korang singgah Klang Parade Mall, wajib korang cuba menu makanan yang ada dalam food juction ni, murah pun murah, banyak pilihan, sedap pulak tu. Ada 2 seksyen 1 halal 1 non-halal.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Food Junction, Tingkat 5, Klang Parade.
Instagram: www.instagram.com/nextfoodjunction/
Facebook: www.facebook.com/NEXTFoodJunction/

Lepas dah makan-makan, apa lagi Kitaorang sempat SHOPPING di NEXT Ladies, pakaian dalam ni memang cantik-cantik dan moden sangat ! Harga pakaian pun sangat murah  ada yang bernilai RM19 I rasa pun paling mahal RM 89 rasanya. 


Tengah shopping-shopping terjumpa lah DJ era FM, Dina Nadzir, tak sangka I Dina pun suka shopping baju kat sini, hehe. I harap dia dapat jumpa pakaian yang sesuai dan menarik untuk dia.


Eh, I sebenarnya tak shopping keseorangan pun, rupanya ramai lagi kawan-kawan i shopping di Next Ladies ni, mungkin sebab pakaian kat sini murah-murah jadi depa ni beli lah sikit untuk diri sendiri and family depa, apa pun Best kan SHOPPING kawan-kawan ?


Sambil shopping tu sempat lah i bergambar dengan Dina Nadzir, kenapalah dia ni comel and tinggi dari I. No wonder la ramai orang suka bergambar dengan dia sebab sangat humble and friendly tau. <3


Cantik-cantikkan koleksi pakaian dari Next Ladies ni, baju pun sopan sopan j I tengok, I tahu ni memang trend pakaian modest sekarang, sure raya nanti ramai yang gaya peplum macam ni.


I juga sempat tegok pakaian di La' Miss mak aih harga pakaian dalam butik tu no bad juga tapi kualiti kain dia memang Very good sangat. I suka kualiti kain dia.


Tadaa, hasil kutipan yang I dapat tangkap di Klang Parade Mall Sabtu haritu semuanya berjumlah RM227.00 untuk 9 helai baju. Memang puas hati sangat I dapat beli untuk I dapat beli untuk Mak I. I memang target baju jacket warna-warna nanti kalau ada majlis I boleh mix and match je.


Satu Lagi, Next Ladies ni menawarkan korang yang nak berniaga pakaian di bahagian situ, kalau korang nak berniaga silalah hubungi Cik Azel: 012-3138668.

Kalau korang rasa berbaloi and rasa nak pergi sendiri tengok koleksi baju-baju murah boleh la layari sendiri :
NEXT Ladies, Tingkat 1, Klang Parade :


Habis je shopping, terus Pergi ke #1Min2Fame pertandingan Karaoke yang ditaja oleh KSONG ! 
I ni suka tengok orang menyanyi, sambil dengar sambil kritik kritik penyanyi tu nyanyi sedap ke tak sedap, hehe. Rupanya hampir 100 penyertaan tapi hanya 15 sahaja yang layak ke pusingan final.


Yang ni ialah hos yang meng'hos'kan #1min2fame ni.


Oh padanlah I terserempak dengan Dina Nadzir rupanya dia judges untuk pertandingan ni.
Judges kali ni hebat-hebat, mereka kena dengar dan teliti suara-suara penyanyi yang layak menjadi juara.


Waktu persembahan kakak ni I dah terpaksa balik sebab ada hal yang nak disetelkan. Jadi I tak dapat nak enjoy ngan kawan-kawan time tu tapi apa pun semua penyanyi yang menyanyi memang suara sedap-sedap mesti juri sukar nak buat keputusan sape yang layak menang kan.


Sebelum I balik I sempat tangkap gambar dengan peserta-peserta karaoke ni, yang sorang belakang kita tu rupanya blogger, I tak sempat dengar dia menyanyi sebenarnya pun tapi dengar cerita dia menang kot. hehe.


Tadaa, inilah pemenang pemenang Karaoke, tahniah guys !

Pengadil:
Dina Nadzir, Riz Zaizizi, producer Rafikoncept.

Pemenang Pertandingan Karaoke 1Min 2Fame Vol. 2

1. Tempat pertama: Faisal Md Saad
2. Tempat kedua: Ardi Gunsuh
3. Tempat ketiga: Shariffudin Azhar (Blogger)

Info sumber ni I dapat dari +Zayani Zulkiffli , kena tagg dia nanti dia marah kalau kita kopi paste dia punya info hehe.

Apa-apa pun memang best sangat Sabtu haritu, Kitaorang enjoy gila-gila sangat.. dapat jumpa kawan-kawan sekepala memang lah best sangat tau.

Sila gunakan hashtag berkenaan jika korang singgah ke Klang Parade :
#KlangParade #NextLadiesMY #NextFoodJunction #KSongKTV

Untuk maklumat lanjut, sila lah singgah:

Klang Parade
No.2112, KM2, Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor, Malaysia.
Contact: 03-3343 7889
atau
Email: info@klang.parade.com.my
atau layari :

You Might Also Like

Twitter

Like me on Facebook

Instagram