Satay Sedap Ukay Perdana kena sangat dengan namanya dan isi gemok-gemok.

Harini I dengan kawan-kawan  sempat singgah di Satay Sedap Ukay Perdana. Restoran ini menawarkan beberapa jenis satay seperti satay ayam, daging, kambing dan juga perut. Bagi mereka yang tinggal di area berdekatan, meh la cuba sendiri, kalau nak diikutkan harga nya agak berpatutan dengan saiz isi yang ditawarkan especially di kawasan yang dikatakan agak elit elit ni. ( Bukit Antarabangsa - kawasan orang kaya ), hehe.

Satay dan rakyat Malaysia memang takkan dapat dipisahkan, jom kita terjah sendiri Satay Sedap di Ukay perdana.

Satay Kambing, ayam, daging dan perut
I dapat merasa sendiri keenakan satay di Restoran Satay Sedap. Restoran ini dikatakan agak menarik kerana ianya menggunakan hiasan vespa antik, dinding dipenuhi dengan 'frame-frame' gambar motosikal lama dan juga vespa lama. Terasa seperti di zaman dulu dulu kala je.

Restoran Satay Sedap
 Lokasi ni agak strategik dan senang cari parking. Dan bersebelahan dengan DOBI, apa lagi sambil mendobi kain sambil makan satay la. Hehe.

Satay Sedap Oleh Encik Sham
 Bagi you all nak kena dengan pengasas, beliau ialah Encik Sham, jika ada tempahan atau nak minta delivery di sekitar ni pun boleh dial sendiri Encik Sham Ye.

Menu Mee Rebus
 Ini adalah menu yang ada selain daripada satay iaitu mee rebus. Trust me rasa kuah mee rebus ni sangat pekat memang sesedap dan cukup rasa. Mee ni reminded yang asli masakkan. Kuah dia pun sangat mengimbau masa dulu kala, heheh.. harga semangkuk mee rebus ni RM6.50. Jangan lupa perah limau kasturi sebelum makan ye.


Harga-harga Satay Sedap Ukay Perdana :

  • Satay Ayam : RM1
  • Satay Daging : RM1.20
  • Satay Kambing : RM 1.80
  • Satay Perut : RM 1.20
  • Nasi Impit 1set : RM2
  • Nasi Impit 1 Bantal : RM 10 ( tak silap nasi Impit ni buat sendiri )
  • Kuah Satay 1 Kilo : RM15

Jus Epal Hijau Asam Boi
Yang ni memang minuman favorite kitaorang, masam-masam manis, memang sesuai sangat dengan kombinasi satay-satay ni. Segelah Apple Asam Boi ni lebih kurang RM4.90.

Jom Layan gambar-gambar Satay Sedap Ukay Perdana di bawah ( brace myself ) I still teringat lagi rasa dan bau satay ni :)







Adelia berebut dengan mama dia.
Oh ya, my daughter la berebut makans atay ngan I, she loves the taste, haha. Btw Untuk you all yang rasa-rasa nak cuba satay sedap isi gemok-gemok harga berpatutan especially di kawasan elit ni boleh singgah ye :

Satay Sedap
No. 24G Jalan UP 1/7
Ukay Perdana 1
68000 Ampang
Selangor. D ehsan

Facebook : Satay Sedap Ukay perdana

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com