QWORK : Kemahiran anda diperlukan di Syarikat yang berpotensi tinggi

Hari Rabu yang lalu pada 22March 2017 di Platinum Sentral, I berpeluang untuk mengenali satu platform yang menawarkan pekerjaan kepada mereka yang masih menganggur, lepasan graduasi atau mereka yang ingin bekerja untuk mengubah nasib masa hadapan ataupun you all yang sudah ada kemahiran tinggi yang masih cuba meninjau syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan yang berbaloi. Qwork Employer Business Networking mungkin ialah solusi yang sangat tepat untuk memenuhi permintaan ramai terutamanya untuk golongan Generasi Y.

Kalau dapat pekerjaan gaji setimpal
mesti boleh berfashion cantik-cantik kan

QWORK, i am not sure what is Q stands for mungkin sama ada Queue, quickie  atau questionable. Platform Qwork ni ala-ala macam jobstreet, tapi jobstreet rasanya sudah tidak wujud atau dah diterminated rasanya. Lol. *facts failed*

Apa Itu QWORK ?

Okay mengikut kefahaman I :
QWORK ialah salah satu platform yang akan menyuai-padankan kemahiran bekerja seseorang dengan kemahiran yang diperlukan oleh sesebuah syarikat mahupun organisasi.

Semenjak Jun 2016 yang lalu QWORK telah menerima data yang sangat 'impressive' dari mereka yang memerlukan perkerjaan ataupun pekerja yang mampu mengurangkan kos dan mejimatkan masa di antara Majikan dan juga Pekerja.

Dengan hanya hujung jari sahaja, anda hanya perlu mendaftar di qwork.my dengan secara percuma. Majikan yang ingin mencari pekerja hanya perlu menaip kemahiran bertenaga yang diperlukan dan mungkin anda adalah seorang yang amat diperlukan ketika saat-saat genting. Jika anda menepati kriteria yang diingini anda akan di'HIRED!'

Jika anda mempunyai prestasi yang baik dan mendapat 'review' yang terbaik anda akan naik pangkat di dalam platform QWORK which is anda akan diberi kepercayaan untuk mendapatkan gaji yang lebih besar ada masa akan datang. Jadi sangat penting untuk majikan atau pekerja memberikan REVIEW terbaik dengan tugas yang dilakukan supaya 'win-win situation' dapat membantu pekerja bertambah mahir dan syarikat mendapat nama baik untuk meningkatkan kepercayaan mereka yang masih baru dalam QWORK.

Kenapa mesti QWORK ?
Bagi saya platform sebegini patut dimanfaatkan bagi mereka yang masih baru dalam mencari pekerjaan. Ianya serba sedikit membantu rakyat Malaysia yang masih tiada pekerjaan untuk mengasah bakat mereka untuk menjadi pekerja yang berkualiti dan dihargai. Anda boleh baca sendiri kenapa mesti QWORK ?

Anda yang mana satu ?

Kalau I, I rasa I lebih kepada HIPSTERS sebab bidang I memang lebih kepada designing, I even used my face as a canvas to draw something, hehe, Yes I memang peminat peminat mereka-cipta dengan menggunakan perisian seperti AI dan Photoshop. Kedua-dua perisian ni memberikan I lebih control especially merekacipta 'vector art' sendiri.

Tapi dalam QWORK, no matter how skill-full are you ? You daftar you tetap akan jadi newbie selagi masih belum melakukan any jobs yang di offered di dalam Platform QWORK, looks like everyone is a newbie. Once you dah buat banyak job melalui platform QWORK, you akan naik level sikit demi sedikit dari Renown hinggalah ke ACE. Dari situ Makin tinggi level you makin senang you nak demanding salary. Think Wisely about this okay.

QWORK Memperkasa Kerjaya dan Industri
QUBE ini ialah projek yang bakal diadakan di dalam Qwork. Direka khas untuk memperkasa kemahiran dan bimbingan kerjaya sosio-remaja untuk pusat pembangunan Remaja. Program 'Get-Skilled-Get-Employed' akan dibantu oleh QWORK untuk menyediakan resume sebelum diserahkan kepada mana-mana organisasi yang berkaitan.



Overall, I tak masih tak pakar dalam Qwork ni tapi saya yakin Qwork adalah platform yang sangat terbaik dan sesuai untuk generasi Y atau milenial atau graduan yang baru 'fresh from the oven' untuk mendapatkan pengalaman bekerja yang berkualiti dengan kemahiran. Anak-anak remaja masa kini perlu dilatih supaya dapat membentuk generasi yang lagi hebat da dapat menyumbangkan tenaga ke arah ekonomi Malaysia yang lebih maju.

Dengan sokongan kerajaan dan institusi yang terlibat, semoga Qwork akan lebih success dan melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Untuk maklumat lanjut mengenai Qwork, sila layari :

Website: www.qwork.my
Facebook: Qwork Malaysia
Instagram: @qwork.my
Twitter: @QworkMY


Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com