Pendapat kita tak akan pernah sama...

Harini dengan penuh dukacita aku sebagai seorang wanita nak meluahkan perasaan di dalam blog sendiri.. ala sekali sekala tak salah pun, selalu up cerita happy-happy, apa salahnya nak up cerita hari ini pula dalam sejarah..



Bukan senang, bukan susah, kenapa kita perlu menjaga hati orang melalui penampilan, betul melalui penampilan sudah tentu orang teruja nak approach kita, nak tahu apa kita pakai nak tahu berapa kita habiskan duit nak mendapat pujian dari society..

Hari ni aku singgah bertemu dengan perunding imej, aku syak memang aku tak sehaluan.. =( Mungkin aku bukan lagi newbie dalam membentuk penampilan.. sebenarnya pengalaman adalah pembentuk imej.. dari pengalaman maka terbentuklah imej seseorang.. dari yang kusut masai berubah menjadi seorang yang kemas..

Bagi aku luaran tu semuanya adalah untuk puaskan hati orang lain sahaja.. sebenarnya imej yang sebenar dari dalam.. apa yang dari dalam terbentuklah yang di luar untuk kulit menutup cela urat dan juga tulang..

For me we have a different style of opinions..
I wanna be a bee not a flower walaupun hidup lebih kurang 3 bulan..

I knew bunga itu cantik.. tapi hanya mekar seketika.. hanya ditatap seketika.. bila layu dibuang... unless dikeringkan dijadikan hidangan teh..




Lebah walaupun mempunyai racun pun tetap berguna.. dari penghasilan makanan superfood, anti septik, dapat boost immunity seseorang... malahan sebagai penawar 1001 penyakit mengikut sebuah kitab..

What the hell benda ni la aku bergaduh dalam kelas workshop tadi sebab aku sorang je nak jadi lebah semua nak jadi bunga dengan niat nak disukai ramai.. 😲 sampai bila ? Bila tua pun ada orang kesah ?


Bukan yang terbaik,
Tapi berusaha ke arah yang terbaik,

Melakukan kesalahan,
Tapi belajar memperbaiki..

Nak cakap tapi malas nak cakap 🤐 nak menyebut malas apatah lagi bertentangan mata.. dont care anymore bout what you are offering.. maybe I dont fit in any of your tasks.. look at me.. ( just dont say.. yes I am ) 😲

🙄

Luahan hati,

Syafiera.....

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com