Manjakan Dirimu dan Hilangkan Stress di The Sompoton Spa

Tekanan di tempat kerja menjadikan seseorang kelihatan tidak bermaya senantiasa penat. Bagi yang mengalami masalah tekanan rasanya memang korang perlu pergi ke spa yang berhampiran.

Bagi aku pula bukan tekanan disebabkan oleh tempat kerja, tapi sebagai seorang yang jenis tak boleh nak duduk diam, berjalan sana sini mencari cerita untuk masukkan dalam blog, aku rasa banyak juga tenaga aku gunakan untuk kesana kesini. Selain tu sebagai seorang ibu kepada 2 orang anak, stress tu boleh dikatakan tiap-tiap hari ada. Nak pula anak yang jenis bijak pandai kalau rumah ni dah macam tadika dia buat memang time lepas dia dah belajar yang kena kemas later terpaksalah diserahkan pada I. Selain tu, kalau nak kesana-kesini of course nak kena rentas laluan ramai orang itu termasuk dengan jem di jalan raya lagi. Pokok-pangkalnya anything I do Mesti ada stress especially nak cari idea menaip.

Minuman Herba Serai

Jadi disebabkan tekanan dan kemurungan yang masih I boleh kawal, I decided to accept offer dari member I punya member untuk mencuba sendiri rawatan spa di The Sompoton Spa. Firstly I excited tau bila dapat offered macam ni. Siapa tak suka The Sompoton Spa weii.. I googled The Sompoton Spa ni memang high-end spa tau boleh dikatakan Spa untuk orang-orang kaya tau. Siapa tak excited wei ?

The Sompoton Spa ni tak silap aku dah 6 bulan berada di bangunan Menara Yuri Zell V ni. Sebenarnya The Sompoton Spa ni available di bahagian-bahagian hotel 5 bintang memang betul-betul untuk orang kaya yang nak manjakan diri. Tapi siapa kata hanya orang kaya je boleh manjakan diri di The Sompoton Spa ni ? Sebenarnya dengan harga promosi yang ditawarkan oleh The Sompoton Spa kali ni I yang boleh dikatakan sebagai golongan orang biasa pun boleh menikmati rawatan yang ada di dalam The Sompoton Spa ni.


Selipar yang disediakan
Demi menjaga kebersihan spa, masa I sampai di The Sompoton Spa ni, I kena pakai selipar yang disediakan.. kasut I disimpan di dalam almari. Jadi dengan adanya selipar ni I boleh bergerak selesa selepas seharian kaki I didalam kasut yang menimbulkan bau yang kurang menyenangkan, tapi jangan risau sebelum rawatan kaki akan dibersihkan.

Minuman Kesihatan dan Tuala Sejuk
Sebelum rawatan dilakukan, I diberikan minuman herba mungkin dan tuala basah yang sejuk untuk hilangkan keletihan dan kepenatan dalam meredah kota raya.  Tuala basah tu I lap-lap bahagian muka dan tangan untuk kurangkan rasa panas ketika berada di luar.

Bahan yang digunakan untuk Rawatan SPA
Dalam rawatan di The Sompoton Spa, mereka menggunakan produk yang berkualiti tinggi yang terpilih termasuk campuran khas minyak pati yang menggunakan rempah tropika, minyak dan herba. Selain itu Produk Pevonia adalah rangkaian yang utama digunakan dalam sesi rawatan.

Beauty Therapist The Sompoton Spa
Terapi Kecantikan I yang melayan I minggu lalu ialah Annie, tak silap I dia dari Sabah. Dari I masuk sehingga balik dialah yang melayan I. Dah la cantik best pula layanan. Sampai Jatuh hati I tengok dia. Cara dia bagi rawatan I memang I suka sangat. Kalau you all nak datang ke The Sompoton Spa ni jangan lupa cari dia.

Rawatan yang I buat ialah '3 HOURS LUXURIOUS SPA INDULGENCES' termasuklah :

  • Urutan Bali / Balinese Massage@ 90 minit
  • Urutan Kaki secara santai / Relaxing Foot Massage @ 30minit
  • Skrub 1 badan / Full Body Scrub @ 30 minit
  • Sauna /steam @ 30 minit
  • Fancy Foot Wash


Fancy Foot Wash @ 15minutes
Sebelum Rawatan urutan badan, kaki I dibersihkan dengan skrub, skrub ni berfungsi untuk buang kulit mati dan daki. Selama 15 minit I dapat rasa kaki I rasa hilang penat dan kulit jadi mulus.

Full Body Scrub @ 30 minutes
Selama 30 minit, badan I dilumurkan dengan skrub halus ke seluruh badan termasuklah celah-celah badan yang terkepit dengan lemak. Teknik sapuan dan urutan ketika skrub sangat lembut dan tidak berasa kasar dan sakit tau. Ada setengah spa yang I pernah pergi dulu, cara skrub dia sangat ganas. sakit tau D= tapi dekat The Sompoton Spa ni you all jangan bimbang sebab terapi kecantikan spa ni dia hired yang berpengalaman dan yang ada sijil.

Jacuzzi TIME
Lepas dah sesi skrub, Jakuzi ni di penuhi air dan diletakkan aroma haruman berasaskan minyak kelapa dara dan sabun. So I dalam jakuzi ni lebih kurang 20minit untuk bersihkan skrub. Jakuzi ni dia boleh rasa tau tekanan air. Memang puas hati duduk dalam jakuzi ni, rasa macam boleh berenang-renang je.

Tekan Pada Photo Slide Untuk Gambar Menarik Dan
Ruang The Sompoton Spa Menara Yuri

Balinese Massage @ 90 minutes - Signature
Yang ni I rasa paling best sangat-sangat. Teknik Urutan yang membuatkan I tertidur terus. Yang ini ialah Signature massage di The Sompoton Spa yang mengambil masa dari 60/90 minit. Ianya adalah urutan tradisi dengan kombinasi urutan melayu, swedish dan shiatsu untuk merawat dan menguatkan imuniti tubuh dan minda, meningkatkan aliran darah dan membentuk aura positif.

STEAM/SAUNA @30minutes
Selepas selesai urutan satu badan dan kaki kemudian I dibawa ke dalam bilik sauna. I sorang dalam tu mula-mula seram juga sebab I risau time tengah bersauna tu keluar makhluk lain rasa macam dalam the silent hill bila wap memenuhi ruang. But the best part liang pori kulit rasa terbuka je. Tak silap fungsi bersauna membantu untuk detoks dan mampu membuang lebihan toksik dan lemak dalam badan. I sebolehnya nak cepat habis yang sauna ni. Bagi I kalau bersauna dalam bilik yang besar macam ni better ada rakan rakan. Sensorang seram. 😂

Minuman Herba Serai
Hampir 3 jam dalam The Sompoton Spa selesai sudah rawatan urutan badan yang boleh dikatakan sangat best dan sekali gus hilang stress dan hilang penat badan. Final thing before I headed out keluar I diberi minuman serai one more time. Berfungsi untuk buang angin dalam badan dan memberikan kembali tenaga yang hilang ketika dalam proses rawatan urutan.


Promosi ! Grand Opening Special
The Sompoton Spa
ZELL-V MENARA YURI
Promosi kali ini hanya RM160 instead of Rm300 sempena pengenalan lokasi baru The Sompoton Spa. 

'3 HOURS LUXURIOUS SPA INDULGENCES' termasuklah :

  • Urutan Bali / Balinese Massage@ 90 minit
  • Urutan Kaki secara santai / Relaxing Foot Massage @ 30minit
  • Skrub 1 badan / Full Body Scrub @ 30 minit
  • Sauna /steam @ 30 minit
  • Fancy Foot Wash
Anda dan juga pasangan dapat menikmati rawatan spa pada harga yang sangat berbaloi.

The sompoton Spa di Zell-V Ni terdapat 10 bilik. 5 bilik untuk couples 5 bilik untuk individuals. Ruang yang sangat selesa dan besar dan aroma haruman serai memberikan ketenangan jiwa.

Bagi anda yang ingin menikmati sendiri Rawatan Spa di The Sompoton Spa jangan lupa book your appointment now :

Sila layari :
Facebook : spasompoton

Sila dail : 03-22601063

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com