Harga Mampu Makan di KL - FOODZANIA Sungei Wang Plaza


Hi semua, Syafiera lagi ni, last week I sempat singgah ke The Epic Circle at Sungei Wang, memang dalam Sungei Wang plaza. Dekat bahagian level 3 Foodzania. Dekat sini terdapat 'food court' yang menggunakan reka bentuk berbentuk food caravans,  food truck dan food cart. Dengan menggunakan dekorasi recycled items tak silap I. Dekat sini ditawarkan dengan pelbagai jenis makanan dengan harga yang boleh dikatakan mampu makan. Mostly around RM3.50 to RM15 for every dishes depending makanan yang diambil.


Dengan reka bentuk yang menarik, ianya mampu menarik ramai pengunjung untuk taking selfie or taking group photo di sini. FoodZania pun sangat kids-friendly dan muslim-friendly.


D'Food Caravans memberikan pelbagai pilihan menarik dan makanan harga mampu milik. Jadi apa lagi jom terjah makanan apa yang menarik di dalam D'food Caravans.


04 Menawarkan hidangan Masakan Arab, dekat sini korang boleh dapatkan mandy rice dan juga kari kambing. Ianya dikendalikan oleh Chef Ahmad dan menu makanan dijual sekitar RM5 ke atas dan ianya muslim-friendly. Jika anda peminat middle-eastern food, this caravan truck recommended for you.


06 SS2 Goreng Pisang, be careful SS2 ni bukan dekat Subang tau tapi dekat dalam kawasan D' FOOD Caravans. Dekat sini korang boleh dapatkan pisang panas dengan keju leleh.


Paling banyak-banyak makanan dan minuman yang ada dekat D'Food Caravanz ni I paling suka minuman teh herba. Sebab bagi I yang ni minuman paling selamat untuk orang yang ada GDM History for me, memang tak ada tambahan gula malahan ianya menggunakan herba dan bunga kering. I paling suka minuman ros tu sebab yang tu boleh buat kulit jadi berseri-seri. Minuman ni digantikan dengan daun stevia sebagai pengganti gula. So it's really safe for my health issue. Muahaha.


Antara makanan Middle-east yang sangat popular dari Chef Ahmad ialah seperti Nasi Mandi Ayam, Nasi Mandi Shish Tawouk, Breaded Chicken Chop dan Hummus.

Makanan dari Middle East ni boleh dikatakan sangat sihat lah sebab cara masakan tak silap panggang dan bakar. Nasi pula menggunakan rempah-ratus.

I paling suka dengan Hummus yang ni sebenarnya memang kegemaran I dengan husband, usually hummus ni dimakan dengan roti pita.  Tak silap I ianya dari kacang kuda yang diblend halus kemudian di campur dengan tahini, bawang putih, jus lemon dan juga minyak zaitun.


DM Port Caravans menawarkan hidangan makanan campur ala-ala masakan tradisional Melayu dijual dengan harga RM 5 setiap hidangan.  Didalam gambar anda boleh nampak Hidangan Nasi Lemak dengan Rendang Ayam, Nasi ayam masak merah, Nasi dengan kari ayam dan juga Nasi Ikan Asam Pedas. Setiap hidangan didatangkan dengan sayur kobis dan juga sambal belacan. Masakan ini memang agak popular untuk pengunjung yang menyukai hidangan nasi campur.


Untuk Pasta-lover jangan risau, di sini terdapat juga caravan yang menjual hidangan mat salleh oleh Jo Pasta dan setiap hidangan dijual dengan harga RM7.50 satu set. BEST seller adalah seperti Spaghetti Bolognese, Spaghetti Carbonara dan juga Chicken Chop dengan Nasi Kari Jepun. Bagi I hidangan carbonaranya memang I rekomen sebab I suka rasa cheesy-cheesy. Hehe.


Dekat D'Food Caravan juga ada makanan masakan cina. Di operasi kan oleh Hakka Cuisine dah ianya Muslim-friendly. If you want to order mostly menu list dalam bahasa cina dan jangan risau mereka boleh berbahasa dalam pelbagai dialek. So kalau anda nak mencuba sendiri hidangan dari mereka just tanya mereka apa yang mereka offered.

Makanan paling famous ialah sepertu Yong Tau foo, Yam Abacus, Lei cha dan Hakka Dish. Kalau tanya I, I memang paling suka yong tau fu sebab bagi I yong tau foo ni memang senang didapati di street area. Tapi dekat sini pun you all boleh nikmati dengan harga RM3.50 ke atas.


Sushi popiah pun sangat menarik di mana popiah yang di isi dengan sayur-sayuran, nasi jepun kemudian di balut dengan kulit popiah dan dibalut sekali dengan LAPISAN seaweed dan terus nampak seperti sushi roll. Yang ni boleh dikatakan sebagai healthy snack memang boleh kenyang dengan sekali suapan.


Waffles yang disapu dengan jem strawberry, chocolate, dan peanut better. Yang ini budak-budak memang suka. Waffles ni memang senantiasa ada dimana-mana di mana kita boleh pilih flavor yang kita nak.


TADAAA... These all the foods we had last time, kalau nak makan pesen macam ni, better makan ramai-ramai ajak kawan lepak-lepak, dan mostly harga yang mampu milik untuk golongan pertengahan. Memang mengikut bajet sebab seperti mana kita tahu makanan dekat Kuala Lumpur mostly sangat expensive Luckily ada Food Court yang dah deko cantik-cantik style vehicles street so you all boleh tangkap gambar dan pose dekat situ.

Untuk maklumat lanjut Pasal FoodZania,

Foodzania, Level 3
Sungei Wang Plaza, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Operating hour 10AM–9PM

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com