Buang Daki dan haluskan Kulit hanya RM19 !


Yuhuu syafiera here again, last time I ada terima satu parcel dari The Shop Keeper Online, masa I buka-buka, I dapat glove, mula-mula I ingat untuk 'kitchen use'  and then sangat pelik kalau kitchen use mestilah tebal sikit kan untuk tahan panas, I tertanya-tanya apa funsgi Glove ni. Kemudian I ada posted pasal glove ni dekat SOCMED I tau. Macam -macam jawapan. Sampailah waktu malam tu baru I ada dapat email briefing Pasal Glove ni, oh ya I terlupa yang Neyra suruh I review 'EXFOLIATOR GLOVE' ni. Jom baca lagi lebih lanjut apa fungsi glove ni ye.


SILA TONTON VIDEO MACAM MANA NAK GUNA.



Exfoliator Glove dikatakan sangat unik sebab ianya Glove pembuang daki pertama di Malaysia. Paling menarik mengenai glove ni ianya mampu menanggalkan sel kulit mati dan daki diseluruh badan kecuali kulit muka. Dikatakan sangat berkesan berbanding scrub atau jaring yang terdapat di pasaran. I dah cuba sendiri. Hmmph boleh tonton video untuk tengok keberkesanannya.


Glove ni material dan tekstur yang memang seakan-akan kain kasar. Yang I terima yang berwarna hijau. Dan mempunyai sedikit bau macam arang rasanya.

Antara kelebihan Exfoliator Glove ni :

  • Ianya sangat mudah dijaga dan tahan lama sebab ianya boleh dicuci, dikeringkan, dan boleh guna terus pada kulit dan tak perlu nak beli losyen tangan tapi bagi I, I rasa lepas dah scrub badan korang pakai glove ni, you all mesti guna juga moisturizer yang sesuai ye untuk kembalikan balik keseimbangan kulit.
  • I sangat berpuas hati sebab memang glove ni buang daki dan kulit mati I sebab lepas penggunaan I dapat rasa kulit I sangat smoother than before.
  • Paling best warna kulit lebih cerah dan sangat glowing. Dengar kata dengan penggunaan yang konsisten, warna kulit semakin nampak lebih cerah.
  • Nak cerah tak perlu dah guna bahan kimia yang berbahaya pada kulit cuma kena rajin la.
  • TAK SABAR Nak dapatkan ketiak yang bersih, cerah dan tak ada garisan hitam berdaki, seriously I rimas bila ketiak melekit dan smooth. hehe.

Hari Pertama I guna, bolehlah nampak better dari before,
cuma Daki I tak banyak keluar mungkin sebab I mandi selalu cuci pakai yang body net tu. 



Daki I lepas guna exfoliator glove, time ni daki banyak timbul sebab I buat aktiviti lasak, badan melekit-lekit jadi memang daki jadi banyak macam ni la. - gambar ni daki I ye, 
jangan curi gambar daki I, kalau nak kena beli sendiri  Exfoliator Glove, ala RM19 je.


Satu lagi bukti daki I keluar lepas kena sental dengan exfoliator glove, korang rasa? Geli ke tak ? Tapi nanti kulit cantik balik jangan risau tau. Once dah exfoliated daki semua ni boleh pakai losen lagi cepat serap untuk memperbaharui sel kulit baru.
Bagi you all nak cuba sendiri 'exfoliator glove' ni, apa yang anda perlu buat ialah :

  1.  Mesti mandi dengan air panas suam ( hot shower ) selama 15 minit untuk kulit jadi lembut.
  2. Cuci glove dan perah untuk buang air yang berlebihan.
  3. Gosok Bahagian Badan secara melintang & memanjang (selang seli) sehingga keluar daki.
  4. Lepas daki dah keluar tu, apa lagi pergi mandi sekali lagi cuci badan balik.
  5. Untuk kesan yang maksimum gunalah dalam 2 x seminggu.
Ada pantang-larang weii kalau pakai 'exfoliator Glove' ni :
  1. Kalau boleh jangan share dengan orang lain biar sorang 1 sebab nak elak penyakit berjangkit yang tidak diingini, okay.
  2. Lepas dah pakai glove ni sila cuci sehingga bersih supaya tiada pembiakan virus, bakteria or fungus.
  3. Tolong jangan gosok di bahagian yang sama dengan lama takut kulit tercedera especially kulit yang sensitif.
Dah baca kebaikan, pengalaman I, korang mesti beli lah satu, cuba sendiri, I suka glove ni in my personal view sebab kulit rasa sangat licin yoo..

1. Semua pembelian adalah melalui Facebook Page The Shop KEEPER Online : https://www.facebook.com/theshopkeeperonline/

2. Harga: RM 19 per pc (exclude postage)





Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com