Baguskah VEET SENSITIVE TOUCH™ Electric Trimmer ni ?

3/19/2017 04:38:00 AM


Baru-baru ni, I berpeluang sendiri untuk mencuba sendiri VEET SENSITIVE TOUCH™ Electric Trimmer. Ianya agak baru dari Veet seperti yang kita tahu, veet selalunya yang jenis krim tu untuk membuang bulu yang tidak diingini di bahagian yang tidak sepatutnya.

Selalunya bulu yang ada pada badan ni ada banyak benefits, ianya adalah untuk melindungi kulit dari cahaya matahari yang terik tapi faham-faham tak ramai di antara kita terutamanya kaum wanita tidak sukakan bulu yang berada di badan lebih-lebih lagi di bahagian atas bibir sebab orang akan ingat ianya adalah misai.

I sangat suka warna pilihan VEET SENSITIVE TOUCH™ Electric Trimmer kali ni kerana ianya memang mencerminkan gaya santai seorang wanita yang gemarkan benda yang bersih dah comel malahan ianya sangat senang untuk di bawa travel kemana-mana dengan saiz yang mini.


VEET SENSITIVE TOUCH™ Electric Trimmer didatangi dengan aksesori yang sangat lengkap iaitu :

Untuk Bahagian muka :
  • 2-sided trimming head - 12mm dan 6 mm untuk membentuk bulu kening 
  • 2mm danmm sikat disambung mengikut kepanjangan rambut
  • Mempunyai styler cap
Untuk Area anggota badan yang lain :
  • Trimming head 20mm
  • Sikat yang disambungkan mengikut kepanjangan rambut
Aksesori lain :
  • Pembersih Berus
  • Bag kecil untuk travel dan kalis air
  • Bateri disediakan
Semua aksesori boleh dikatakan lengkap dan ianya sangat mudah untuk digunakan !



Pengalaman I sendiri :
Kalau mengikut I, I lebih suka gunakan kaedah waxing kerana ianya mencabut terus dari akar kulit maknanya coming soon unwanted hair akan jadi lebih halus dan lambat untuk keluar. Tapi I teringin juga nak mencuba sendiri electric trimmer ni, lebih-lebih lagi untuk membentuk bulu kening.

VEET SENSITIVE TOUCH™ Electric Trimmer yang terbaru ini mempunyai perlindungan dari berlaku kemalangan kecil seperti luka terkena pisau. Ianya sangat mudah untuk di'setup' dan nampak bergaya bila membuat proses cukur. Ianya tidak sakit langsung dan ianya membuang bulu yang tidak diingini dengan pantas dan cepat terutamanya di bahagian yang sangat sensitif seperti bahagian privacy seseorang wanita, celah ketiak dan tanpa mencederakan kulit lembut seperti di muka. Overall I would rate 9/10 stars ! I think yang ini I memang rekomen sangat bagi wanita yang bekerjaya yang ingin sesuatu yang cepat, berkesan, moden dan ideal !

Selepas penggunaan VEET SENSITIVE TOUCH™ Electric Trimmer ianya sangat mudah untuk dicuci dengan berus yang disediakan dan boleh disimpan di dalam bag putih kalis air yang disediakan.


Untuk lebih Detail, Sila Tonton Video I di bawah :


Untuk maklumat lanjut, sila layari :
http://www.veet.com.my/en/products/creams/

Boleh beli disini secara online :
http://www.lazada.com.my/veet/

Facebook :
https://www.facebook.com/VeetMalaysia/

You Might Also Like

Twitter

Like me on Facebook

Instagram