Bawa Kereta Manual Menyeramkan dan membebankan OTAK.

2/05/2017 05:14:00 AM

Tahun baru 2017, Waktu ni anak dah bermula sesi tadika dia. Ya ampun memang banyak dalam fikiran. Bolehkah anak aku berkawan memandangkan dia dah stay dekat rumah hamper 4 tahun. Bolehkah dia bergaul menerima kawan-kawan baru ? Bolehkah dia dengar arahan cikgu ? Macam-macam dalam fikiran aku. Suami aku let's give my son a try okay ke tak dia kat tadika nanti.

From that moment benda yang paling aku pening sekali ialah nak menghantar anak aku ke tadika, Adakah aku akan hantar jalan kaki atau bawa kereta ? Memandangkan kitaorang ada 2 buah kereta satu auto satu manual JADI rugi la pulak aku tak bawa kereta.

Dulu beli kereta AUTO kononya nak hantar anak-anak pergi sekolah. Tapi laki aku suruh aku PRO bawa manual dulu baru dia let go bawa manual. Aku syak dia tak mahu dah bawa manual sebab manual tu mana ada Air COND. jadi dia bantai suruh aku bawa manual. Stress wei kau ingat senang bawa manual ? Kau kena mahir dengan gear, kaki kiri kena kuat tekan pedal clutch. Fuh memang bawa manual kau takkan rasa mengantuk kau akan ALERT all the TIMES.

Pokoknya, aku dah ambil lessen sejak aku berumur 20 an time aku masih belajar diploma. Lepas dah habis belajar dan LULUS. Aku memang tak bawa kereta yerlah time tu tak ada kereta sampai la LESEN Percubaan aku dah habis tempoh maknanya aku dah dapat LESEN Penuh, sekarang umur aku dah nak masuk 27 tahun, Imagine lama juga aku tinggal.

Masa awal-awal anak aku masuk sekolah memang aku hantar dia jalan kaki, gigih aku bawa 2 orang budak ni, Adelia aku kendong pakai I angel baby carrier manakala yang Yusuf Rayyan ni aku suruh dia naik stroller aku taknak kasi dia jalan takut dia penat.

Pukul 12.30PM memang terik gila time tu. Bayangkanlah dari rumah ke tadika tu 800m pergi, lepas tu balik 800m lagi. itu hantar je baru. Lepas tu dia habis tadika pukul 430PM aku pun berjalan kaki lagi 800m pergi 800m Balik. Total 3200m maknanya 3.2KM aku berjalan. Ada satu masa tu aku tak tahu aku rasa nak PITAM tengah jalan jadi aku terpaksa STOP denkat traffic light. Serious. Aku tak boleh imagine if aku pengsan at that TIME.

Tak sangka masa aku jalan tu ada juga orang tegur aku ni GILA yer lah jalan kaki panas-panas terik. Gila ke apa? huhu dah la dengan bawa anak lagi.

Sampai hari ke 3 tu aku nekad bawa juga kereta manual tu, pagi tu aku suruh laki aku ajar tapi dia taknak, dia suruh aku bawa sendiri, dia tak habis-habis cakap, kalau sebab anak seorang ibu sanggup buat apa je untuk hantar anak ke sekolah. Ayat dia pedas, alah bukan dia yang jaga anak Isnin hingga Jumaat pun yerlah sebab dia kerja, korang percaya tak kalau Sabtu dengan Ahad memang aku minta dia uruskan anak. Serious. Aku sabtu dengan Ahad aku nak guna masa untuk diri sendiri, masak lagi jadi aku minta bahagikan masa untuk anak-anak supaya tanggungjawab si ayah pada anak-anak nanti dah tua nanti baru anak-anak tolong ayah pula. Sekarang aku perasan ramai lelaki lepaskan tanggungjawab bila bab anak-anak kecil ni.

One of the reason aku bawa juga kereta manual ni memang aku tak larat jalan kaki 3.2 KM. Kerja-kerja blog aku banyak aku delayed akibat kepenatan serious sangat. Bila terlampau penat jalan kaki, mana aku masak, muka aku pucat macam ZOMBIE, laki aku terpaksa bawa kitaorang makan kat luar, mampus kalau everyday nak makan kat luar.

Jadi aku terpaksa usaha bawa juga kereta manual tu, belajar gear belajar tekan pedal. Aku belajar praktis sendiri, laki aku taknak tolong, huwaaa, nanges tau. Jiran dah support dia cakap bawa hari hari nanti mahir lah bawa kereta tu.

Masa 1st day bawa memang aku akui ada enjin mati. Aku tak berani tukar-tukar gear awal-awal. Gear 1 & 2 je la, memang aku bawa SLOW. haha. Seram. Waktu tu aku baca DOA Je la. Aku bawa kereta sekali aku nak PARKING tak reti, time tu dah lah orang jemput anak-anak. Aku parking makan jalan kot, sekali aku keluar dari kereta terus minta AUNTIE AUNTIE tengah tunggu anak anak balik sekolah minta depa tolong PARKINGKan, mula-mula ramai taknak sebab diaorang dah biasa bawa AUTO, sampai ada AUNTIE tegur aku YOU DAPAT LESEN TERBANG kah ? fuhhh sedih je, aku bukan dapat lessen terbang aku cuma dah lama tinggal jadi PERASAAN TAKUT tu masih ada lagi. Nasib baik ada lagi Auntie tolong PARKING kereta untuk aku. Alhamdulillah.

Nasib baik Allah permudahkan everything. Allah bantu aku gerakkan kereta ni. Alhamdulillah, Benda yang aku buat memang aku baca doa banyak-banyak bawa kereta, paling best Aku minta ALLAH lenggangkan jalan raya waktu aku memandu, aku paling risau bila banyak kereta dan kereta sesak, aku takut sangat enjin mati waktu dekat simpang-simpang. Satu lagi memang aku DOA tak bertembung dengan LORI. Aku niat bawa kereta nak hantar anak aku pergi sekolah, aku memang serious tak larat jalan kaki. :(

Tapi aku akui aku masih belum mahir dengan bermain GEAR dan kawal pedal clutch. Tak sampai 2 minggu cikgu tadika minta anak aku dicutikan sebab anak aku jenis taknak dengar arahan dan bermain aktiviti dalam kumpulan. Apa lagi memang aku tak bawa lah kereta sekarang kereta tu tersadai balik but at least asas aku dah start balik. Hopefully lepas ni aku mahir-mahirkan bawa kereta untuk kesana kesini. Bila dah pandai drive sikit-sikit ni baru rasa stressnya DRIVING. =D

STEERING LOCK
haha, pengalaman bila dah bawa kereta ni, STEERING kereta LOCK lah pula, sebab aku dah cabut kunci dari START ENGINE tu, tapi nak luruskan tayar, sekali aku pusing-pusing bunyi TEKKK..... Time tu steering aku dah ter LOCK, Punyalah gelabah aku ingat steering aku dah patah tak boleh gerak gerak. Aku pusing-pusing balik tak boleh. Aku kol jiran aku dia tak ada rumah, aku kol husband aku dia marah sebab dia kerja, jadi aku minta tolong rakan-rakan dari FB dan pakcik google,

Steering LOCK ni sebenarnya untuk keselematan dari pencuri. Yerla kalau tak ada kunci dah sterring bergerak gerak dia terus LOCK, haha.

Cara dia masukkan kunci lepas tu pusing ke arah kita pusingkan tayar. Kalau ke kanan pusing ke arah kanan, kalau arah kiri pusing ke arah kiri. Make sure letak kunci bahagian start engine tu. Alhamdulillah Okay dah lepas tu. hehe.

So aku rasa aku memang nak mahirkan bawa kereta manual sebab aku nak hantar atau bawa anak-anak aku pergi jalan-jalan senang, tak payah nak susahkan laki aku.

Sekian cerita pasal kereta Manial. =D

You Might Also Like

Google+ Followers

Blog Followers

Penjual Shaklee

Penjual Shaklee