Wajah Nampak Lebih Muda dan Anjal |
Ciri-ciri produk penjagaan kulit wajah yang seiring dengan umur ialah produk yang mempunyai kolagen untuk membantu kulit menjadi elastik dan anjal kembali.
Rangkaian Produk Hada Labo untuk 30 tahun ke atas |
'Elastin' dan kolagen membantu untuk mengekalkan keanjalan dan kulit yang elastik. Rangkaian produk ini di semai dengan 'Elasgrow' dan juga soya yang ditapai iaitu antara bahan yang sangat ekslusif untuk menggalakkan lagi penghasilan kolagen dan elastin untuk membantu kulit lebis elastik dan anjal sekali gus wajah nampak lebih tegang, lembut dan menaikkan lagi seri muka wajah.
Kolagen & Elastin membantu meremajakan kulit wajah |
Wanita Perlu mencegah penuaan dari awal 30-an |
Rangkaian Produk Hada Labo Lifting + Firming Advanced Anti-Aging Care |
Rangkaian terbaru dari Hada Labo untuk 'Lifting + Firming Advanced Anti-Aging Care' mengandungi 4 jenis HA iaitu Asid Hyaluronik yang membantu menghidrasikan kulit jauh ke dalam dari permukaan kulit sehinggah ke lapisan dalam kulit untuk kulit jadi lembut dan gebu. Ianya juga mengandungi Anti-oksidan yang sangat kuat untuk mencegah kesan kerosakan kulit dari radikal bebas.
4 JENIS HA (Asid Hyaluronik) yang terdapat di dalam 'Lifting + Firming Advanced Anti-Aging care' iaitu 3D HA, HA, Super HA dan juga NANO HA.
Dengan gabungan Kolagen, Elastin dan juga 4 jenis HA ini menjadikan kulit lebih anjal, plump dan juga boucy.
LIFTING & FIRMING ESSENCE ( RM89.90) |
Lifting & Firming Esssence dari Hada Labo secara natural diambil dari ekstrak delima dan Lycopene, yang merangsang 100x antioksidan lebih daripada Vitamin E untuk mencegah tanda penuaan dan pencemaran. Mengandungi kandungan ekstrak soya untuk menambah baikkan elastik kulit dan mengalakkan kolagen dan elastin menjadikan kulit lebih tegang dan awet muda.
Dengan teknologi (HPP & M) 'High Perdomance Pentrating & Deep Moisturizing yang mempunyai sistem aktif untuk menjadikan kulit lembut jauh ke dalam dan menjadikan kulit sekata berhidrasi dari permukaan sehinggalah ke dalam lapisan kulit. Ianya juga memberikan kulit kebaikan yang lengkap sebelum meneruskan produk penjagaan kulit yang lain. Digalakkan untuk menggunakanya selepas penggunaan Hada Labo Lifting & Firming Lotion.
Lifting & Firming Milk (RM67.50) |
Losyen susu yang sangat ringan dan mudah meresap ke dalam kulit untuk memulihkan seri keremajaan kulit dan ber'glowing sekali gus menjadikan kulit nampak lebih tegang dan lembut. Boleh digunakan 2x sehari setelah penggunaan losyen atau esen.
LIFTING & FIRMING CREAM (RM78) |
Krim 'velvety' ini cair di atas kulit untuk memberikan kebaikan khasiat untuk menguatkan dan meningkatkan keremajaaan kulit, menjadikan kulit lebih berseri, tegan dan bercahaya. Selepas menyapukan losyen atau esen, ambil amaun yang cukup kemudian sapukan keseluruhan pada bahagian wajah dan leher. Urut sehingga meresap ke dalam kulit.
LIFTING & FIRMING WRINKLE CARE CREAM(RM78) |
Krim ini sangat kaya dan berkhasiat yang telah direka khas dengan bahan anti-penuaan yang merawat masalah kontur yang sensitif terutamanya di bahaian kulit dan mata. Dengan penggunaan yang kerap menggunakan krim penjagaan kedutan akan meninggalkan kulit dengan garisanyang sangat halus dan lebih lembut dari sebelumnya. Kulit juga terasa sangat plump, lebih muda dan testure kulit terasa lebih baru. Kena gunakan 2x sehari selepas melembab. Sapu pada bahagian yang mempunyai garisan halus yang ketara seperti di bahagian dahi, mata, dan juga kawasan bibir.
LIFTING & FIRMING LOTION - RICH (RM 67.50) |
Losyen ini sangat pekat dan bertindak seperti toner. Ianya diguna setelah wajah di cuci bersih. Fungsinya adalah menjadikan kulit aktif dan memberikan kelembapan secara mendalam ke dalam lapisan kulit serta menjadikan kulit dalam keadaan yang bersedia untuk menerima kebaikan untuk penjagaan kulit seterusnya.
LIFTING & FIRMING MASK (RM52.90) |
Bagi saya dengan penjagaan wajah yang lengkap mampu menjadikan kulit cantik dan dapat mencegah penuaan. Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat tidak digalakkan menggunakan produk ini kerana produk ini kaya dengan lembapan. Ianya amat sesuai untuk mereka yan mempunyai maslaah kedutan dan garisan halus.
Memandangkan umur I baru masuk 27 tahun. Nampaknya saya perlu menjinakkan diri untuk menggunakan rangkaian produk ini supaya muka nampak anjal dan muda dari umur sebenar.
Rangkaian Hada Labo Lifting & Firming mempunyai pH yang seimbang dan bebas dari alkohol, wangian, warna dan juga mineral oil. Ianya sudah berada di pasaran di seluruh Malaysia termasuklah Watsons, Guardian, pasaraya besar berdekatan anda bermula Januari 2017.
Produk penjagaan kulit dari Hada Labo |
Untuk maklumat lanjut, Sila layari :
Website : https://hadalabo.com.my/
Facebook : Hada Labo Facebook
Instagram : Hada Labo Instagram
Umur 30an...kulit muka tak sekata..berminyak dan pori² terbuka..
BalasPadamUntuk kulit berjeragat ..hada labo yg mana
BalasPadam