RITZ AROMATERAPI MENYAMBUT ULANG TAHUN YANG KE-5.

RITZ AROMATERAPI
RITZ ialah sebuah syarikat yang memberikan konsultasi dan juga rawatan yang menggunakan aromaterapi,  herbal dan produk spa berasaskan herba dan bahan semulajadi 100% daripada minyak esential, herba dan juga rempah dari tumbuh-tumbuhan yang mempunyai kuasa penyembuhan untuk kesihatan, kesejahteraan dan kecantikan bagi si pemakai.

RITZ telah menyambut hari ulang tahun yang ke 5 pada Ahad lalu 15hb January 2017 DI Prescott Hotel Kajang. RITZ telah diasaskan oleh Puan Rita Omar pada Julai 2011. Pusat Ritz Aromatherapy Holistic Wellness & Academy ( RITZHACA ) menyediakan rawatan aromaterapi dengan produk yang semulajadi.

KEK RITZ UNTUK ULANG TAHUN YANG KE-5
Sempena sambutan Ritz AromaTherapy yang ke 5  dimeriahkan lagi dengan sesi pemotongan kek dan pemberian pasu bunga Orkid oleh pengasas  kepada Ibu Puan Rita Omar.

SESI PEMBERIAAN HADIAH KEPADA IBU PENGASAS

SESI PEMOTONGAN KEK OLEH IBU PENGASAS

PRODUK DARIPADA RITZ AROMATHERAPHY
Ritz mempunyai beberapa produk yang berasaskan dari miyak pati aromaterapi dimana minyak pati mudah diserap ke dalam badan apabila diaplikasikan kepada kulit. Antara produknya adalah seperti penjaaan muka, penjagaan badan dan juga rambut.

RITZ PIGMENTATION SERUM
RITZ NATURAL ANTI-AGEING OIL
Ritz Pigmentation Serum membantu mencerahkan bintik-bintik hitam dan mengurangkan masalah penuaan kulit. Ianya megandungi anti-radang, anti-penuaan dan anti-hyperpigmentasi malahan mengandungi lembapan untuk penghidrasi kulit sehingga jauh ke dalam lapisan kulit. Digalakkan menggunakan serum ini terlebih dahulu sebelum menyapu Ritz Natural Anti-Ageing Oil.

Ritz Natural Anti-Ageing Oil mengandungi 100% minyak esential yang membantu untuk mengembalikan tona kulit yang sekata dan seimbang, anti penuaan dan juga anti-pigmentasi. Bagi yang mempunyai masalah kedutan, garisan halus bolehlah mencuba sendiri keunikan minyak ini. Paling menarik ianya menggalakan lagi penghasilan kolagen, menjadikan kulit wajah lebih elastik dan juga memperbaiki DNA.

SEMURNI WONDER CREAM
THERAPEUTIC OIL RITZ - ManjaQu
Semurni Wonder Cream berharga RM28 dalam bekas 30gm dimana ianya ialah krim 'multi-purpose' yang mengandungi 100% campuran tulen minyak esential. Krim ini boleh dikatakan sangat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai masalah kulit seperti dermatitis, luka, ruam, bisul, jerawat dan juga eczema. Tidak mempunyai bahan kimia yang berbahaya dan telah diuji secara dermotologi. Boleh digunakan secara kerap dan sesuai untuk semua jenis umur, bangsa dan juga bayi yang baru lahir.

Minyak Ritz ManjaQu Therapeutic diformulasikan 100% minyak pati tulen khas untuk bayi. Ianya mengandungi bahan yang organik dan juga pati yang tulen untuk proses urutan. Menjadikan bayi dan kanak-kanak senang tidur, membantu merawat masalah perut kembung, melembutkan kulit bayi dan merawat masalah penghadaman.

HIJABIS HAIR SPRAY 'MUMTAZ'
Bagi mereka yang berhijab dan mempunyai masalah bau rambut dan kelemumur. Anda boleh menggunakan semburan rambut hijabis untuk mengembalikan keyakinan anda apabila berada di tempat umum. Ianya merupakan produk terbaru dari Ritz AromaTerapi dengan hatga RM39 sebotol yang membantu untuk mengelakkan dan merawat keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru. Melembut, menyinar dan melembabkan rambut secara semulajadi. Menyegarkan kulit kepala. Membuatkan rambut anda wangi sepanjang hari. Mengatasi kelemumur dan masalah rambut gatal. Ianya mungkin adalah pilihan yan terbaik untuk seisi keluarga, ibu-ibu, wanita bekerjaya mahupun surirumah dan juga kanak-kanak perempuan.

Tahniah kepada Ritz AromaTerapi yang sudah 5 tahun berada di dalam dunia perniagaan, semoga terus sukses dan maju dalam memperjuangkan minyak aromaterapi sebagai salah satu rawatan mengurangkan tekanan dan juga masalah kulit serta masalah organ dalaman.

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Ritz Aroma Terapi, 
sila layari :
Ritz AromaTherapy
| Website | Facebook | Instagram | 0133693766 atau 0123803766 |

Anda juga boleh mendapatkan Produk Ritz Aroma Therapy di :
| AMAXMALL | LAZADA |11STREET |



Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com