MOTORINO HIDANGAN PIZZA PELBAGAI RASA DAN SEDAP |
MOTORINO dikatakan adalah salah satu restoran Pizza Itali Neopolitan terbaik di New York dan mendapat pujian daripada penulis kolum akhbar New York Times. MOTORINO yang utama terletak di Brooklyn dan East Village dan ianya merupakan salah satu pelaburan yang paling besar oleh pihak Resorts World Genting untuk mengisi ruang baru yang dibangunkan di Sky Avenue.
5 FAKTA MENGENAI PIZA NEAPOLITAN |
MOTORINO PIZZA 'FRESHLY BAKED AND HANDMADE' |
MOTORINO PIZZERIA YOUR MENUS PLEASURE |
KEPAK AYAM PANGANG BERPERISA LEMON, PUDINA DAN SERBUK CILI |
BEBOLA DAGING MOTORINO |
Gabungan budaya masakan New York dan Itali telah memberikan pengunjung peluang untuk menikmati sendiri bebola daging Motorino yang dimasak dengan sos tomato ditambah keju pecorino dan daun selasih.
ANTARA PIZZA YANG TERBAIK DI MOTORINO |
Terdapat hampir 10 jenis piza yang berlainan 'TOPPING' yang diletakkan di atas doh pizza seperti keju kerbau mozzarella dengan tomato, bawang merah serta pasli, minyak cili, kentang, minyak zaitun dan daun basil segar akan menaikkan rasa dan aroma, manakala salad bresaola akan sentiasa memberikan rasa penuh keranggupan dan segar. Campuran bahan-bahan ini menjadikan Piza Motorino akan senantiasa di hati setiap yang sudah mencubainya sendiri.
Harga Piza bermula dari RM45 sehinga RM67.
Selain itu tiramisu, kek coklat dan gelato adalah pilihan pencuci mulut yang sedap dan Marvellous !
Bagi anda yang ingin merasai sendiri kesedapan dan keenakan piza Motorino ini anda boleh pergi sendiri ke Sky Avenue di aras 1 dari 10 pagi sehingga 12 tengah malam pada Ahad sehingga Khamis ( Jumaat, Sabtu, cuti umum dan hari sebelum cuti umum)
Sila dail 03-6101 1118 atau layari www.rwgenting.com
Catat Ulasan