Kopi dan Teh Terbaik di Cafe's Richard

RUANGAN SANTAI CAFE'S RICHARD
Menikmati kopi espresso asli, kopi dan teh serta makanan bersama rakan dan keluarga dengan gaya Parisian adalah gaya hidup yang unik dan nampak klasikal. Dengan ketinggian 6,000 kaki dari aras laut telah menjadikan penyedia kopi tradisional Perancis untuk memberikan kegembiraan kepada sesiapa yang memberi kunjungan ke Cafe's Richard.

Lebih dari 2.4 juta cawan kopi Richard dihidangkan setiap hari di seluruh dunia baik di kafe, bistro, restoran sama ada dari bangunan Saint-Germain-des-pres ke kawasa berbukit Montmartre sehingalah ke tempat bersejarah Grands Boulevards.

Ruangan Kelopak Bunga Kemboja telah menjadi rebutan tempat duduk secara berkumpulan di dalam kawasan kaca fiber seluas 263 meter persegi yang boleh memuatkan hampir 120 orang dalam satu-satu masa.  Pereka telah mendapat ilham dengan mengunakan unsur-unsur parisian sebagai reka bentuk kafe klasik di Perancis dengan mengunakan rel tembaga, lantai mozek bumbung berkain dan kerusi rotan raffia.

CAFE'S RICHARD MENAWARKAN
MINUMAN KOPI DAN TEA TERBAIK
Kafe Parisian terkenal sama seperti monumen kebangsaan Menara Eiffel. Ianya telah menjadi sebahagian daripada budaya Perancis dengan suasana yang penuh santai dan menenangkan. Citarasa asli ini telah dibawa ke Genting Highland dengan rangkaian kopi dan teh yang berkualiti tingi dan beberapa kepakaran dalam penghasilan pastri seperti 'speculoos' iaitu badam bersalut coklat dan juga biskut jejari berempah.

MENU MAKANAN DAN MINUMAN CAFE'S RICHARD
'Bonjour  monsier' dan ' merci madame' adalah frasa asas yang telah diajar kepada 13 kakitangan tempatan untuk mengalu-alukan para pelanggan dan merasai sendiri suasana di Perancis.

Kakitangan juga telah didedahkan dan dilatihkan dengan seni penyediaan kopi oleh Michael McCauley iaitu Master Roaster agar kakitangan mampu dan yakin menjelaskan perbezaan antara Costa Rica Tarrazu dan kopi Sumatera dalam kaedah penyediaan berbeza.

JENIS KOPI TERBAIK DARI PELBAGAI NEGARA
Hampir 10.000 TAN biji kopi hijau, diperoleh dari ladang-ladan di Kenya, Brazil, Papua New Guinea, India, Colombia, Galapagos, Mexico dan Guatemela telah dipanggang oleh Kafe Richard. Dalam seni masakan antarabangsa Perancis yang diiktiraf, memanggang dan mengadun kopi cukup sinonim dan ianya adalah satu kepakaran yang perlu ada.

PROSES PENGHASILAN KOPI
YANG SANGAT MENGUJAKAN !
Kaedah memanggang kopi yang sangat istimewa oleh Kafe Richard  adalah untuk mengekal aroma dan keaslian semula jadi biji kopi yang membuatkan setiap kopi dari Kafe Richard memiliki profil terbaik serta unik.

Beza kopi konvesional antara Kafe Richard ialah mereka lebih berhati-hati dalam memilih biji-biji kopi dari seluruh dunia untuk memberikan pelanggan rasa yang unik.

Kopi arabika 100% ekslusif dibancuh dengan gaya kopi espreso Prancis yang dikenali sebagai Perle Noir atau mutiara hitam. Ianya ditanam secara organik dan kopi espresso dihidangkan yang di bawa dari Mexico.

MINUMAN SANTAI SEPERTI '1ST' KELAS
 Bagi yang menginginkan rasa selain kopi. Pelbagai jenis Teh juga disediakan di Kafe Richard seperti teh hitam, putih, hijau, roiboos dan herba dari India, China, Sri Lankda, Afrika Selatan dan juga banjaran Alps.

Bagi mereka yang ingin menikmati Teh Parisian yang berkualiti tingi bersama hidangan ringan, Kafe Richard menyediakannya sekitar dari pukul 2.30 hinga 5.30 petang.

PASTRI LENGKAP HI-TEA
Anda juga boleh menikmati hidangan lengkap pastri dari Kafe Richard bersama pilihan pemanis mulut seperti Mini Eclair, kek keju, krim puf dan creme brulee yang pasti membangkitkan selera anda untuk masa bersantai bersama rakan dan juga keluarga.

Kafe Richard terletak di aras 1, Sky Avenue. Waktu operasi ialah 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.rwgenting.com

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com