K SONG Family KTV- Hiburan seisi keluarga paling Meletop !

K-SONG TEMPAT HIBURAN SEISI KELUARGA

K-SONG Family KTV adalah tempat hiburan untuk seisi keluarga yang menawarkan promosi yang terbaik untuk mereka yang suka menyanyi, berkaraoke dan bersuka ria bersama rakan-rakan mahupun ahli keluarga.

K-SONG Family KTV terletak didalam tingkat 5 di Klang Parade Mall. Terdapat lebih daripada 500 buah lagu, artis dan versi original lagu-lagu yang diminati ramai termasuklah lagu-lagu yang terbaru, Carta hits disamping lagu-lagu berirama tradisional, heavy metal, balada dan sebagainya.

PROMOSI DARI K-SONG
Parti Ulang tahun Hari jadi untuk Member sahaja sebanyak 50% untuk bilik VVIP, member boleh berkaraoke dalam bulan hari jadi dan diberi percuma Minuman dan juga makanan ringan.

Ladies Night dari pukul 7PM sehingga 10PM, dapat percuma segelas Teh Lemon Ais setiap wanita dan percuma 1 mankuk kentang goreng untuk 1 bilik sekurang-kurangnya seorang wanita.

PROMOSI DARI K-SONG
1 Min 2 Fame untuk anda berpeluang memenangi hadiah yang menarik.

Promosi 20% untuk Member day setiap mingu ke 3 setiap bulan.
Hanya untuk hari Isnin sehingga Khamis kecuali hari cuti perayaan dan cuti umum.

BLOGGER YANG SUKA BERKARAOKE
Terdapat lebih kurang 10 orang blogger yang gemar berkaraoke, kami telah di'suggested'kan bilik paling luas - rasanya memang muat untuk 20 orang dalam nilik ni, rasanya bilik ni mungkin adalah DELUXE Size, terdapat 3 buah TV dan 2 tempat untuk memilih lagu-lagu dan 4 biji microphone. Sound system sangat bagus, setiap kali menyanyi masing-masing suara terus jadi sedap.

Masing-masing sangat sempoi dalam berpakaian especially Ayu Jean memang dah macam nak menyanyi kat konsert, ni mesti pengaruh Taylor Swift, muehehe.

Rawlins jangan cakaplah, asyik ambil lagu jiwang, yang mak orang macam Nadia ambil lagu dangdut perawan atau janda, Ayu Jean apa-apa lagu dia boleh layan, Shiqeen kena nyanyi sorang-sorang dia takmo share muahahahhaha ! Neyra ngan Norfa tukang rakam time memasing menyanyi, Carol and Wendy ambil lagu cinta-cinta in chinese languange.

I pula ambil lagu diam-diam takut nak nyanyi suara tak sedap. Lel.

PELBAGAI PILIHAN LAGU
 Ambil, rambang mata/ rambang suara pilihan lagu banyak sangat. Ada yang ambil lagu bollywood, balada, lagu dangdut, pelbagai bahasa, lagu orang puteh, bahasa cina, bahasa tamil, lagu cintan cintun, artis seksi seksi, artis hot kau taip je la memang semua keluar. Nyanyi lah sampai puas hati.

MAKANAN DAN MINUMAN
 Makanan yang disediakan ringan-ringan sahaja. Boleh makan Chicken Nugget kalau yang lapar tu.

KARAOKE SYOK SENDIRI
Aku sangat ENJOY berada dalam KSONG ni lebih-lebih lagi bersama rakan-rakan blogger, waktu untuk lepaskan tekanan, kau menjerit lah senseorang dalam room tu. Bagi korang yang suka berkaraoke why not sumbankan suara tu dalam bilik karaoke K-SONG ni. Ada bilik kecil dan juga bilik besar boleh pilih.

Untuk maklumat lanjut, seila layari :

KSONG KTV @ KLANG PARADE MALL

Lot 5F.20-23, Level 5,  
Klang Parade No.2112,  
KM2, Jalan Meru, Klang  
Selangor Darul Ehsan

Open : 10.00 am – 3.00 am (Everyday)  
Phone No : 03-3359 6303
Facebook: K Song Family KTV Klang Parade 
Instagram : ksongklangparade

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com