He met an occupational therapist. Mommy Head Ache.

1/31/2017 06:35:00 PM

Okay my son Yusuf Rayyan needs to cuti, yes kena cutikan dari sekolah tadika,(malas nak mentioned sekolah apa) disebabkan dia suka lompat sana lompat sini, panjat meja tak nak dengar arahan teacher now cikgu suruh jumpa doktor sebab nak tengok if my son okay or not.   You never know, I memang concern dah bila cikgu cutikan dia. I risau if my son ada masalah. You know I need to spend a lot of money if dia got masalah. He needs a special class pula. The thing is masa yusuf rayyan dapat MMR vaccination that time dia memang non stop crying at night plus leher dia ada swelling besar, yes I admitted that I naik turun Hospital Pakar almost many months due to his health problem last 2 years ago. So anyone who wants to kecam me because of what I think of vaccination. You are welcome. My son kena like that so thats my shoes story. Not yours.  So mommies out there yang tak fully vaccinated anak I guessed not to worry sebab my son fully vaccination for kena cutikan dari sekolah. So what do you guys expect ? I've read mommies fully vaccinated kids cakap jangan kasi anak pergi sekolah if your kids not vaccinated. Now my son fully vacc ? What do you guys wanna say pula ? Hmmph so parent ada choices for their right. Now after I moved in this area, I missed all the appt for Yusuf Rayyan after dia 3 Years old. Because I am a stay-at-home mom so I thought I missed all the follow up because I was pregnant the second. Husband kerja plus I don't drive. So susah for me to follow up check up for Yusuf rayyan.  It was so stressful tau, I thought no. But Bila I sendiri need to uruskan hal anak-anak plus I tak berani drive jauh-jauh. But now When Yusuf Rayyan already 4 years old, our intention nak sekolahkan dia dekat dengan rumah sebab I masih takut nak drive jauh-jauh. I hanya drive dekat sahaja I cannot jalan sebab penat juga tengahari panas terik hantar anak p sekolah, lagipun dah ada kes ibu hantar anak pergi sekolah, anak kena culik depan mata, yes kes ini berlaku di Sungai Chua, But a week later cikgu minta yusuf pergi jumpa doktor dapatkan surat doktor about yusuf rayyan, you never know that time I totally lost, I thought yusuf rayyan is a normal kid cuma dia masih cakap pelat sahaja. I'm lost and I feel terrible bila dia tak mahu ke sekolah tak nak dengar cakap cikgu and so on. So I dah rasa takut dah cuak, rasa macam dunia dah gelap. Later I pergi jumpa doktor kk, dekat KK sini cakap ada Occupational Therapist, feeling Lucky so no need to go to NASOM to check my son's behaviour. Jauh tau plus who wants to send me there. I drive pun but tak berani drive jauh jauh lagi. Hanya Allah sahaja tahu perasaan aku waktu tu. Aku tak tahu dah nak cerita dekat sesiapa pun dengan suami sendiri mak sendiri. Allah sahaja tahu time ni, aku rasa nak nangis, tapi aku cekalkan juga hati.
Later masa jumpa Occupational Therapist for Sesi Assessment yang pertama, so far Yusuf Rayyan lulus banyak assessment kot ! Aiyoo anak aku biar betik Okay pula, Occupational therapist tu tak saspek yang anak aku ada masalah, cuma anak aku masih tak reti lukis orang lidi, dia lukis muka manusia badan Train, zz. Sabar je lah wahai anak aku. Aku memang STOP BAGI anak aku GAJET atau Menonton TV terlalu lama, haritu aku STOP sampai beberapa hari memang bagus behaviour anak aku, DIA memang think-out-of-box, tapi sekarang aku kasi juga la dia tengok karton interaktif dalam sejam, sebab nak kasi dia hafal gambar animals dengan yang sepatutnya la, kadang-kadang aku pun tak kenal item, so aku pun google juga. Okay tapi anak aku masih dalam pantauan la, lagi sebulan assessment yang kedua, Temporary aku homeschooling anak aku yang 4 tahun 5 bulan ni. So far dia dah hafal 1-20 A-Z, Alif-Ya, dah pandai pergi toilet dan basuh kencing sendiri, tapi ish main air buat sabun la pula. Pokok pangkalnya aku memang start buat jadual home schooling untuk dia. At least dia takkan rasa ketinggalan apa yang tadika tengah mengajar kalau boleh aku nak dia lagi advanced cuma kesian lah kat Yusuf belajar dengan adik kecil, tak ada rakan sebaya, intention aku bukan nak suruh dia more to akademik at this age but aku nak dia berkawan dengan rakan sebaya, boleh alert jaga diri sendiri, independent, dengar arahan, Kalau NAKAL tu tak pe la normal kan budak lelaki. Kecil kecil biarlah nakal jangan besar nakal. Huhu. Tapi aku perasan anak aku jauh lebih sukakan suasana kat rumah berbanding suasana di sekolah Mungkin Rumah agak selesa. Tak kira aku nak dia pergi sekolah at least boleh bergaul. please Yusuf Rayyan, berkawanlah ye.. Mama Doakan Yusuf Rayyan jadi manusia hebat bantu orang susah, cemerlang dunia dan akhirat, senangkan mama dan papa, jadi anak soleh dan masuk syurga. Amin. Kalau you all nak tahu lebih lanjut pasal Yusuf Rayyan. Facebook : Yusuf Rayyan Instagram : @Yusuf.Rayyan.2012

You Might Also Like

Twitter

Like me on Facebook

Instagram