Burger & Lobster kini berada di Sky Avenue

KONSEP ENGLAND DIPERTENGAHKAN
Burger & Lobster baru sahaja beroperasi di Sky Avenue dengan mengunakan konsep rangkaian Burger & Lobster dari England untuk memberikan pengalaman yang menarik buat para pengunjung yang ingin menikmati burger dan lobster yang sangat segar dan enak.

Dekorasi restoran ini sangat menarik dimana para pelanggan akan dikelilingi dengan peralatan menangkap udang karang. Jubin seramik Portual dan pencahayaan dalaman yang malap mengimbau suasana penangkap udang karang bersama kombinasi kayu oak.

Restoran ini mampu memuatkan hampir 150 orang dan akan membuka cawangan baru di Twentieth Century Fox World tidak lama lagi yang boleh memuatkan lagi 170 orang.

Sir Riccardo La Monica
Pengurus Franchise Burger & Lobster
Tambahan lagi konsep Burger dan Lobster lebih kepada 'fun dining.' Sir Riccardo menyatakan bahawa Sky Avenue adalah pilihan lokasi yang tepat untuk memberikan pelangan rasa lebih gembira dan selesa ketika menikmati menu makanan dari Burger dan Lobster.

Riccardo menyatakan 'everyone can eats' apabila ditanyakan mengenai sasaran pelanggan. Harga yang mampu bagi mereka mempunyai lebihan bajet untuk menikmati makanan yang segar dan organik.

SENARAI MAKANAN BURGER & LOBSTER
Setiap harga menu makanan untuk udang karang akan mengikut berat Lobster sekitar 650-700gram yang akan dihidangkan dalam menu dibawakan khas dari Nova Scotia, Kanda melalui KLIA sebelum dihantar ke Resorts World Genting setiap minggu.

Lobster adalah hidangan makanan yang teramat laris serta mampu dijual pada harga yang berpatutan.

ANTARA MENU MAKANAN YANG TERDAPAT
DI DALAM BURGER & LOBSTER

CHILI LOBSTER
Chili Loster adalah salah satu menu pilihan yang menepati citarasa rakyat Malaysia yang sememangnya rasa pedas adalah kegemaran bagi masyarakat tempatan. Chili Lobster dihidangkan bersama roti panjang brioche.

THE ORIGINAL
 The Original menawarkan Lobster sama ada di panggang atau dikukus dan diapit dengan kentan goreng salad, sos mentega lemon dan bawang putih yang sangat popular di dalam restoran ini.


Terdapat 3 pilihan iaitu The Original, The Big Boy dan Chili Lobster. Dan yang paling terkenal ialah ketulan udang karang segar gulung yang disediakan dalan 3 gaya yang berbeza.

Menu Burger
 100% daging lembu Australia dengan kepingan daging diapit dengan bun brioche berbijan dan ditambah daging salai, keju, daun salad, tomato, bawan, jeruk khas serta rahsia Burger dan Lobster.

Lobster Hidup sebelum di masak o.O
 Lobster dijaga dengan baik supaya isinya berada dalam keadaan segar dan enak.


Adelia and Sir Riccardo, you all kena jumpa dan dengar penjelasan restoran  dari beliau sendiri.

Antara Minuman style ikat tepi =D
Tak sangka gaya ikat tepi pun terdapat pun ada dalam Burger dan Lobster. Walaupun restoran bukan dari Malaysia tetapi mereka mencuba untuk menerapkan gaya hidup orang Malaysia di dalam restoran mereka. Itu menjadikan Burger dan Lobster masih menepati citarasa tempatan. =D

Sila layari : Facebook Burger & Lobster dan Instagram Burger & Lobster untuk update terkini.

Burger dan Lobster terletak di Aras 1, Sky Avenue. Dari 11 pagi sehingga 10 malam setiap hari manakala 11 pagi sehingga 11.30 malam pada hujung minggu.


Kenapa Sky Avenue ?
Sky Avenue menawarkan layanan 1st class untuk mereka yang mengunjungi Genting Highland. Ianya telah melaburkan sejumlah wang hampir RM10.38 billion untuk memberikan rasa kemewahan kepada setiap pelawat yang melawat.

Selain itu Sky Avenue memperbanyakkan tempat istirehat untuk keluarga dan rakan-rakan menikmati pelbagai makanan dan minuman yang disediakan di setiap lot.

Terdapat pelbagai restoran, butik pakaian, dan juga kemudahan seperti surau, bilik air dan juga tempat baby diapers changer untuk memudahkan setiap pelawat yang berkunjung.

Apa lagi, kini anda semua boleh merasai sendiri pengalaman berada di Sky Avenue denan segala kemewahan yang ditawarkan oleh pihak Resort World Genting.

Untuk maklumat lanjut mengenai Sky Avenue, Genting Highland, sila layari :
www.rwgenting.com

Jom tonton VLOG saya ketika berada di Sky Avenue

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com