Rahsia Sambal Hijau Ikan Masin Sepat sedap.

11/01/2016 05:51:00 PM


Husband suka sangat sambal hijau, kalau makan tengahari dia pakat ajak wife and anak-anak makan dekat restoran minang hulu langat ni. Dia pernah suruh wife dia buat sambal hijau ni, jadinya wife dia pun mencuba la.. 

patutnya pakai ikan bilis kan tapi I ada ikan masin je dalam peti ais, so I guna ikan masin ganti ikan bilis...


Bahan-bahan dia sangat SIMPLE okay !

Bawang putih bawang merah.
Cili hijau besar cili hijau kecil
Ikan masin sepat ganti ikan bilis

Belacan
Air asam jawa
Minyak kelapa

Potong ikan masin sepat ikut rasa
Potong cili hijau besar dan kecil bawang putih bawang merah..
Tumbuk semua bahan ikut ala kadar tapi jangan hancur lumat..
Belacan pun kena tumbuk..
Air asam jawa... asam jawa pekat pun tak pe lagi sedap..

Minyak letak lah dalam 5 sudu besar dalam kuali...panaskan (ikut paras bahan bahan yang digunakan..)

Lepas tu goreng belacan dulu...
Baru letak semua bahan...
Kacau sampai rata..

Perlahankan api... dah siap... hehe.


Tak payah letak garam dah sebab ikan masin kan ada.

Sambal hijau ni bagus ada belacan, cukup pre-pro biotik gitu... :0 

Good Luck yah !

You Might Also Like

Google+ Followers

Blog Followers

Penjual Shaklee

Penjual Shaklee