PEMAKANAN SEMASA BreastFeeding ANAK ECZEMA

Melalui Group Masyarakat Kena Tahu terdapat banyak perkongsian yang menarik untuk para ibubapa menambahkan ilmu mengenai anak-anak yang munkin tidak diberitahu oleh para doktor. Jadi saya sebagai salah seorang ibu juga banyak mendapatkan info mengenai posisi bersalin, ilmu penyusuaan, kesihatan malahan isu yang paling kotroversi adalah mengenai Vaksin yang dicucuk ke dalam tubuh badan anak-anak kita. Walaupun di dalam perkongsiaan dari ibu bapa yang mempunyai pengalaman namun ada juga segelintir pihak yang tidak berpuas hati dan menentang perkongsiaan yang dibincangkan bersama. 

Tepuk dada dan tanya selera anda fikirkanlah yang terbaik untuk diri serta keluarga anda. Pilihan di tangan anda, bukan dengar dan angguk-angguk sahaja.

Salah satu topik yang menarik dibincangkan kali ini ialah mengenai kanak-kanak yang mengalami Eczema dah alah dengan susu ibu sehinggakan ibu tersebut terpaksa berhentikan penyusuaan setelah 4 bulan atas nasihat doktor. I sebagai pro-feeder sangat musykil dan ini kali pertama saya berhadapan dengan situasi di mana susu ibu mendatangkan alergik kepada bayi.

Disebabkan susu ibu disalahkan, ramai ibu-ibu yang menyusukan anak mempertahankan susu ibu adalah anugerah dari Allah dan ianya adalah penawar. Namun ada juga berpendapat ibu/bayi berkenaan mengalami masalah galactosemia dan memarahi ibu yang menyusukan anak tidak memahami situasi.

Tapi sebagai ibu, saya lebih yakin jika anak mengalami masalah alergi ianya mungkin berpunca dari cara penjagaan pemakanan ibu atau bahan ubatan yang diambil ataupun disebabkan bahan asing yang masuk di dalam badan sama ada separa sedar atau tidak sedar sahaja.

Memandangkan Eczema adalah common disease Nowadays. Puncanya ? Tak habis-habis salahkan genetik. Atuk Nenek Mak Pak tak ada masalah eczema tapi sampai kat anak ada pula eczema. Huuhuhuh. Fikir-fikirlah sendiri.

Back to the main topic. Terdapat beberapa ibu yang berkongsi cara untuk 'handle' bayi yang mempunyai eczema.


Dan menurut Ibu lain mengenai (eczema) dan corak pemakanan adalah faktor utama :



Saya perhatikan ramai parents pada eczema sufferers/eczema sufferers yg macam takut2 dgn makanan. Bukan sekali dua saya baca ibu bapa bagi anak makan nasi dgn sayur je.

Mcmana anak nak dapat tenaga kalau makan nasi + sayur je tiap2 hari?

Ramai yg fikir.. oh ayam gatal, ikan ni bisa, daging tak boleh makan...

Mcmana boleh timbul pemikiran mcm ni?

Ingat: Kalau Indivudu A allergik pada ayam, tak semestinya Individu B pun kena elakkan ayam.

So apa yang korang kena elakkan sebenarnya?

1. ELAKKAN MAKANAN TERPROSES
Makanan tinggi gula, roti, biskut, kuih muih, kek.. dll

2. ELAKKAN MAKANAN BERGLUTEN
Makanan daripada gandum tolong elakkan. Sila google apa makanan bergluten.

3. ELAKKAN PRODUK TENUSU
Produk tenusu banyak menyebabkan radang, terutamanya produk tenusu komersial. Kalau kulit tu tengah merah menyala, gatal-gatal, tengah harung TSW... jangan amik tenusu dulu.

Tentang Protein...

Mcm saya cakap tadi, ramai parents yg tak bagi anak2 makan protein. Sian budak tu.. mcamana nak dapat zat? Sebelum korang menolak terus animal protein... mungkin korang kena consider benda ni:

MMG SAH KE ANAK ALLERGIK DGN PROTEIN HAIWAN?
Ada buat elimination diet? Ada simpan food diary?
Bila anak makan telur/ayam/daging mmg naik merah ke? Mmg sah ke naik merah pasal makan telur/ayam/daging?

Nak kepastian.. rekod apa yg anak makan. Amik gambar makanan tu. Catat makan pukul brp, hari apa... lepastu catatkan pulak kalau anak ada reaksi dgn makanan tu atau tak.

Kadang2 cara kita masak masakan tu boleh sebabkan keradangan..
Contoh: Ada yg allergic dgn telur goreng, tapi telur rebus dia ok

Kadang2 sumber protein tu yg menyebabkan keradangan.
Contoh: Ada yg allergic dgn ayam komersial tapi boleh makan ayam kampung

SUP TULANG/BONE BROTH
Ok.. kalau korang takut bagi anak makan protein haiwan, at least cuba bagi anak makan bone broth. Boleh baca cara buat kat sini:

Tapi mcm biasa, perhatikan reaksi anak dulu. Kalau makan pastu naik merah2.. then stop.
Seterusnya ibu ini berkongsi lagi pemakanan yang perlu dan pantang untuk diambil jika menyusukan anak.

PEMAKANAN SEMASA BF ANAK ECZEMA

Saya pernah berkongsi ini, tetapi bagi memudahkan, saya kongsi disini juga. Kepada ibu-ibu bf lain yang merasakan diet anda banyak membantu, sila kongsi juga

Selain NO KEPADA MAKANAN-MAKANAN DI DALAM GAMBAR, ini adalah amalan pemakanan saya sepanjang bf anak saya yg ada eczema dr umur 3 bulan, till dia hampir recover (tempoh 6 -8 bulan).

- beras putih tukar kepada beras rebus/perang. (Saya prefer brown rice + wild rice)
- breakfast: oats kosong (dgn air sahaja)
- garam bukit himalaya pink
- tumis sayur guna olive oil, goreng2 guna minyak Alif, Vesawit, Saji. JANGAN BELI MINYAK PAKET (tetapi 3 bulan pertama mmg rebus, kukus sahaja. Mostly sayur daun hijau. Saya makan bak choy hari-hari (1kg setiap hari).
- ayam & daging lembu JANGAN makan. Ayam kampung, organic, antibiotic free boleh. Daging kambing, daging arnab organic boleh (6 bulan pertama, saya tak makan ayam, daging wlpn organik).
- Ikan gatal JANGAN makan. Yg boleh makan. Ikan selar, ikan merah, ikan merah, ikan siakap, ikan sebelah, ikan salmon (3 bulan pertama saya makan ikan sebelah, ikan merah kecil – isi putih)
- Ganti tepung gandum putih & wholemeal dengan tepung gluten free.
- Sayur pilih yg kurang racun atau "organic". Klu sayur xorganik, rendam dlm air garam 5min
- JANGAN makan makanan/minuman 3 in 1. milo pon xleh.
- Buah (cari yg rendah gula). Elak makan buah diperam karbait (mangga india, dole pineapple)
- Buah kurma (elak kurma dam, manis sangat), buah kismis, kurma merah, buah tin, buah delima yang asli pun bagus untuk kesihatan. Makan dlm kuantiti yg rendah, jgn overload.
- Buah betik, pisang (bebas karbaid), ulam pegaga, ulam raja, daun selom, daun ketumbar, saderi, daun sup juga bagus. Lebih baik pilih buah dan sayuran tempatan kerana buah & sayuran import mengandungi ubat atau bahan kimia untuk elak daripada serangan kulat & serangga perosak supaya tahan lebih lama.
- Air, kalau boleh guna air bertapis. Air zam-zam sangat bagus. Recommended air mineral Bleu, Sprintzer kaya dgn alkali (3 bulan sy minum spritzer. Anak saya hingga kini minum air spritzer)
- Makan raw garlic 3-4 ulas sehari

Saya AVOID Histamine-Rich Foods :
•Dried fruit: apricots, prunes, dates, figs, raisins
•Most citrus fruits
•Aged cheese including goat cheese
•Nuts: walnuts, cashews, and peanuts
•Vegetables: avocados, eggplant, spinach, and tomatoes
•Smoked fish and certain species of fish: mackerel, mahi-mahi, tuna, anchovies, sardines

& juga AVOID Histamine-Releasing Foods:
•Bananas
•Chocolate
•Cow’s Milk
•Nuts
•Pineapple
•Shellfish
•Strawberries

p/s ini semua berdasarkan pembacaan dan pengalaman yang lain. penerimaan anak anda mungkin berbeza. yg penting perbanyakkan makanan beralkali dan kurangkan makanan berasid terutamanya makanan berproses, gula tinggi, berasaskan tepung putih. Makanan tinggi omega-3, zinc, iron dan vitamin E pun penting. Pastikan jumlah kalori & nutrisi harian cukup utk ibu menyusu.

Join group KSE Diet utk panduan pemakanan yang bersesuaian.
Perkongsiaan kesihatan yang amat bagus sekali. Harap ibu-ibu di luar sana please cari ilmu gali lagi dalam sebab anak-anak kita, naluri kita lebih kuat bukan orang lain. Pilihan di tangan ibu bapa sendiri. Untuk membaca lebih lanjut mengenai perbincangan ini sila teruskan pembacaan anda di sini : https://www.facebook.com/groups/896874157091838/permalink/1090637011048884/

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com