Mary Kay Botanical Effects | Sesuai untuk semua jenis kulit | So Fresh So Cleanse


'So Fresh, So Clean' adalah slogan yang digunakan untuk penjagaan wajah dari Mary Kay Botanical Effects. Produk terbaru dari Mary Kay kini telah diringkaskan, dimewahkan dan dikayakan dengan anti-oksida untuk membantu menyihatkan dan meyuburkan kembali kulit wajah serta memudahkan kehidupan seharian. Kehidupan yang kini semakin mencabar jadi pastikan kulit perlu berada dalam keadaan yang segar dan sihat dengan teknik penjagaan kulit wajah yang betul.



Produk ini mempunyai 5 langkah mudah untuk mendapatkan kulit yang sihat :
  1. Botanical Effects Gel Cleanser
    Membersih secara mendalam dan efektif disamping menghapuskan minyak pada wajah.
  2. Botanical Effects Exfoliating Scrub
    Mengelupaskan kulit mati dan kulit kusam, menjadikan liang pori lebih bersih.
  3. Botanical Effects Toner
    Sisa baki kotoran pada wajah dikesan, ianya sebagai langkah memperbaiki kompleksi wajah dan membuatkan wajah lebih bersih.
  4. Botanical Effects Moisturizer
    Gel Serapan pantas yang tidak berminyak dan melembabkan kulit wajah sehingga 12 jam.
  5. Botanical Effects Moisturizer SPF30
    Mempunyai perlindung tabir dari matahari serta melembabkan kulit wajah sehingga 12 jam dengan satu langkah mudah.
Cara pemakaian:

Pada waktu Pagi : Gel Cleanser. Toner, Moisturizer, Moisturizer 30
Pada waktu malam : Gel Cleanser, Toner, Moisturizer
Srub pada waktu pagi atau malam  setiap 2-3x seminggu. 

Botanical Effects Gel Cleanser
Cleansing gel ni hanya perlu the only 'pea size' sebab bila bercampur dengan air, ianya akan menghasilkan busa yang banyak dan amat mencukupi untuk 1 wajah. Semasa penggunaan cleansing gel ni ianya bertindak membersihkan kotoran di dalam liang pori kulit dan kulit terasa lebih bersih dan 'breathable.' Teknik urutan yang betul ketika menggunakan cleansin gel adalah diperlukan. So far I sangat suka how genius this cleansing gel kekalkan pH pada kulit I. Haruman Aloe Vera juga memberikan ketenangan and soothes serta merawat masalah kulit wajah pengguna.

Botanical Effects Exfoliating Scrub
Twice a week, I'll make sure akan gunakan Invigorating scrub untuk remove dead skin cell especially I memang jenis suka pakai makeup, so memang scrub amat diperlukan. Hasilnya kulit terasa lebih lembut dan bersih malahan kulit akan terangsang untuk menghasilkan sel kulit baru dan wajah bertambah flawless serta glowing.

Botanical Effects Toner
Mary Kay Botanical Effects toner sangat bagus disapu pada kulit setelah wajah dibersihkan. Ianya membantu menghaluskan dan mengecilkan liang pori yang besar. Sekali gus wajah terasa lebih bersih dan terasa lebih segar. Ianya cepat kering dan tidak melekit.

Botanical Effects Moisturizer
Moisturizing gel mary kay botanical effects membantu memberi kelembapan pada kulit malahan ianya tidak berminyak dan mudah meresap ke dalam kulit. I sangat suka pelembab ni kerana ianya adalah gel yang membantu merawat kulit bermasalah seperti kekeringan dan mempercepatkan mengecutkan jerawat yang baru.

Botanical Effects Moisturizer SPF30
Mary Kay Botanical Effects spf30 boleh digunakan selepas pemakaian asas. Ianya digunakan sebelum pemakaian mekap pada wajah. Melindungi kulit dari sinar matahari hampir 12 jam disamping memberi kelembapan. Dengan sapuan rata pada kulit ianya memberikan kesan 'glowing' pada wajah dan menjadikan pemakaian makeup tahan lebih lama.

Bahan utama yang terkandung di dalam Botanical Effects Moisturizer ini adalah Dragon Fruit ataupun dikenali sebagai buah naga. Buah naga yang mempunyai kandungan Fatty Acids dan beberapa Vitamin B-Complex termasuklah 'Anti-stress vitamin ' b1 (Thiamin) serta B2 (riboflavin) dan B3 ( Niacin)

Buah Naga ini juga terkandung di dalam Botanical Effects yang juga kaya dengan minerals seperti iron, calcium dan phosphorous selain itu ianya mempunyai anti-oxidants yang membantu melawan kerosakan kulit disebabkan radikal bebas.

Aloe vera juga adalah tumbuhan yang sangat terkenal dengan khasiat dan boleh hidup secara semulajadi dan terdapat di dalam Botanical Effects. Ianya salah satu tumbuhan yang mengandungi lebih dari 75 khasiat termasuklah 20 minerals dan juga 12 vitamins. Aloe vera dapat membantu mengekalkan  kelembapan kulit dan kaya dengan vitamin E, salah satu anti-oksidan yang paling popular dalam penjagaan kulit wajah.

Bermula dari 1st November 2016 Mary Kay Botanical Effects boleh didapatkan melalui Mary Kay Independent Beauty Consultants (03-77117500) dan berharga :
  • Botanical Effects Gel Cleanser : RM75 -127g
  • Botanical Effects Exfoliating Scrub : RM75 - 88ml
  • Botanical Effects Toner : RM75 -147ml
  • Botanical Effects Moisturizer : RM 85- 85g
  • Botanical Effects Moisturizer SPF 30 : RM65 -50ml
Untuk maklumat lanjut mengenai Mary Kay Botanical Effects, sila layari :
Laman Web : www.marykay.com.my
Facebook : Mary Kay Malaysia
Instagram : @MaryKayMySg

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com