Manjakan Dirimu dengan Nivea Skin Delight Oil Body Milk

 

Kini tidak perlu lagi hidup di zaman Mesir seperti Cleopatra untuk mandian susu. Wanita moden yang bukan keturunan 'royal' sudah mampu untuk kelihatan cantik. Di zaman moden ini semuanya boleh untuk mendapatkan pelbagai jenis susu untuk memastikan kulit lebih lembut, licin dan halus. Tanda kecantikan sejati selalunya terletak pada kulit yang gebu dan  lembut. Ianya memerlukan usaha dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan menggunakan produk yang sesuai untuk memastikan kulit senantiasa segar dan lembut sepanjang hari.

NIVEA Skin Delight memperkenalkan losyen badan 'body milk' ini bagi memahami kehendak dan keperluaan wanita dalam penjagaan kulit badan di mana para wanita kini mahukan diri dimanja sebaik mungkin ketika meluangkan masa untuk diri sendiri.

Nivea Skin Delight bertindak seperti minyak badan. Ianya mengandungi susu untuk menyubur dan mencerahkan kulit disamping memperbaharui sel kulit mati. Nivea Skin Delight terdapat 2 haruman yang semerbak iaitu ekstrak bunga mawar dan juga ekstrak bunga lavendar.


Nivea Skin Delight Glowing Rose

Penggunaan bunga mawar dalam dunia krcantikan tidak asing lagi dalam dunia kecantikan. Dari haruman sehinggalah kelopak bunga mawar digunakan untuk merawat kelembapan kulit tambahan menyerikan kulit badan.

Nivea Skin Delight Relaxing Lavender

Lavendar adalah satu tumbuhan yang digunakan untuk memberikan ketenangan dalam dunia aromaterapi selain itu ianya membantu merawat iritasi pada kulit.


Nivea Skin Delight Lotion adalah sangat lembut pada kulit malahan tidak berminyak dan cepat meresap ke dalam kulit. Dengan pengunaan berterusan, anda akan mendapati kulit anda mempunyai tahap lembapan yang tinggi dan melambatkan proses penuaan untuk kulit.

Terdapat dua haruman untuk di pilih, Glowing Rose menyerlahkan gaya feminine anda manakala Relaxing Lavendar memberikan ketenangan.

Saiz 250ml : RM 16.50/Harga runcit , RM11.60/Harga Pengenalan
Saiz 400ml : RM21.90/Harga Runcit , RM17.50/Harga Pengenalan

Sila layari : Facebook NIVEA untuk maklumat lanjut.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com