Kemeriahan di CITTA MALL sempena Ohari Matsuri Festival Jepun dapat dirasa sehingga hari ini.


Pelbagai aktiviti menarik yang boleh didapati di sini sempena sambutan festival Jepun Ohara Matsuri seperti memakai pakaian tradisi Jepun Yukata dan Kimono, japan fair, dan pelbagai lagi.

Cepat jangan lupa pada 26 November ke 27 November ni booth sesi bergambar macam ni... ada dekat citta mall level 1 tau.. mountain fuji pun ada.. nak pakai baju yukata kimono pun ada..nanti ada Japan fair tau.


Antara aktiviti yang menarik adalah  pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.



Di sini terdapat juga mainan tradisi Jepun macam ala-ala yoyo tau..


Japan fair booth menjual pelbagai makanan, minuman serta pakaian tradisi dari Jepun.


Bagi peminat Pokemon, ais krim pokemon ada jual. Best ke tidak tu ?


Pada hari Sabtu semalam berlangsungnya juga penyerahan cek sebanyak RM10,000 kepada SunBeams Home DI CITTAMALL.


Kanak-Kanak SunBeam Homes yang terlibat di dalam aktiviti di Festival Jepun Ohari Matsuri semalam di Citta Mall.


Untuk Pemakaian kimono anda perlu shopping RM30 ke atas di dalam setiap resit 1 kimono untuk1 orang sahaja selama beberapa minit, jika anda walk-in anda perlu membayar RM20 untuk pemakaian, kemudian gambar anda akan di print dan setiap gambar berharga RM2.


Pelbagai aktiviti menarik yang boleh didapati di sini sempena sambutan festival Jepun Ohara Matsuri seperti memakai pakaian tradisi Jepun Yukata dan Kimono, japan fair, dan pelbagai lagi.

You all tak nak ke fe-feeling macam kat Japan. Ye la bajet dah lari nak je Japan this year tapI rasa rasa macam nak bergambar di suasana autumn ni.. cepat jangan lupa pada 26 November ke 27 November ni booth sesi bergambar macam ni... ada dekat citta mall level 1 tau.. mountain fuji pun ada.. nak pakai baju yukata kimono pun ada..nanti ada Japan fair tau.

26 November 2016:

11:00 am – Japanese Dance Along Session
11:30 am – Ohara Matsuri Colouring Contest
2:00 pm – Japanese Dance Along Session
2:30 pm – Kendama Culture Workshop
4:00 pm – Sushi Rolling Workshop
5:00 pm – Ramen Challenge
27 November 2016:

11:00 am – Japanese Dance Along Session
11:30 am – Kendama Competition
4:00 pm – Sushi Rolling Workshop
5:00 pm – Ramen Challenge


Citta Mall
No 1, Jalan PJU 1A/48, PJU 1A, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Tel: +603- 7662 5000

Operations hours: Mon – Sun: 10am -10pm
Facebook : @CITTAMall
Instagram : @cittamall

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com