I ingat you baik tapi... Unbelievable...

Okay yang ni adalah salah satu tajuk yang sangat jarang-jarang aku nak update, yerlah tak ada masa aku nak muatkan blog aku dengan cerita macam ni. Tapi dah lama aku pendam jadi aku rasa baiklah aku tulis dari tak tulis supaya keluar segala isi hati aku dan luahan isi perut. Blog aku sekati aku lah nak tulis apa pun.

Menyampahnya nak cakap nama-nama yang terlibat. Ianya adalah sebagai salah satu nota untuk diri sendiri supaya kalau menang hadiah jangan compare dengan yang kalah, jangan berlagak jangan riak.

"Contoh ayat = aku menang hadiah contest, tak sangka ramai-ramai yang join yang powerful aku juga jadi pemenang. Memang rezeki akulah kali ni"  ya ini memang adalah contoh cuma biasalah manusia memang jenis suka membanding-bandingkan ye ke tidak ?

Tiada siapa sukakan kekalahan, itu adalah fakta, persaingan yang bagus amat dititikberatkan jadi terima secara positif, jika ada orang bertanya awak menang tak ? Kalau tak mampu nak jawab jangan lah update status disamping menokok-tambah cerita supaya cerita jadi lebih sedap dibaca maka bertambahlah jemaah kutuk manusia tersebut. Tahulah bangga tapi janganlah berlagak sangat.

Nota untuk diri sendiri, kakak aku siap berpesan lagi kalau dah menang hadiah tu diam-diam je, nak bagitahu masyarakat lain menang no hal cuma jangan berlagak dan riak sangat - orang tak suka walaupun tu rezeki engkau sebab diaorang tak dapat nanti diaorang benci engkau, kalau ada yang bertanya macam mana kau menang ke tak lagi kau pening nak menjawab ? Kakak aku memang dah pesan awal-awal jangan obvious sangat nak tunjuk perangai bangga tu.

Well kata-kata kakak aku ni sebenarnya masuk akal.. yer lah aku kalau menang of course lah nak satu dunia tahu wow bertuahnya aku... Lol...

yer last time aku baru aku updated aku menang SG reward cash voucher dan Ipad on the recent.. dah ada orang mula PM, tahniah akak menang hadiah lumayan, mula-mula terkejut juga sebab kita tak kenal tapi cakap sahaja Alhamdulillah terima kasih.. tapi jangan lah sampai kau ni pergi cakap kat dia busy body la sibuk je PM PM, tak ada kerja ke, tak ada anak ke nak jaga ? Ada je kadang-kadang orang PM aku kalau ada contest group, syafiera awak ke pemenang hadiah sekian sekian ? Aku pun okay je menjawap, tak adalah aku EGO sangat nak update kat status ayat macam ni pun : Ada orang busy body lah tak ada anak ke nak jaga sebuk nak tahu aku menang ke tak ?

Setakat ni aku masih berbuka hati untuk menjawap persoalan as long as bukan pertanyaan yang kurang ajar ataupun memaki. Amboih hebat sangat kita dok judging orang ye tak ?

Aku ni senang kalau orang dah mula cakap benda tak baik pasal aku, dia nak update status nak panggil kawan-kawan untuk mengumpat berjemaah, silakan.. aku block tak kisahlah kau hebat sangat kau bagus sangat ke, yang penting hari-hari aku makan Allah yang beri rezeki bukan di sebalik hati yang ego, berlagak, riak and so on. Aku pun tak hadap nak ambil tahu your family matters or about you because I ingat you baik tapi sebenarnya hmm Allah Je lah tahu kan ?

Ku sangka muka yang cantik sahaja hatinya hodoh rupanya muka tak cantik pun hati pun kadang-kadang gelap ye... jadi janganlah jadi manusia yang berhati busuk sekalian alam... Salam Takziah #silameninggal jangan disangka hatiku yang sesuci bunga tidak boleh bertukar menjadi #pohonberacun yang bakal membunuh dirimu..

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com