Hada Labo Whitening Water Gel menjadikan Kulit anda lebih cerah Tiga kali ganda.

 

Jadikan kulit wajah anda lebih cerah dan tegang dengan mengunci kuasa hidrasi pada kulit anda dengan Hada Labo Whitening Water Gel yang memberikan kulit anda 3x ganda kebaikan pencerahan sekali gus menjadikan kulit anda lebih cerah, berseri dan kekal lembab sepanjang hari.

Diformulasikan dengan pelbagai bahan untuk mencerahkan kulit termasuklah Vitamin C, Vitamin B3 dan juga Carnosine, Hada Labo Whitening Water Gel menjanjikan anda kulit yang cerah, bercahaya dan berseri secara semulajadi melalui 3 aksi seperti :
  • Anti-Redness
    Hada Labo Whitening Water Gel dimewahkan lagi dengan Vitamin C untuk mengimbangkan kulit yang tidak serata, menjadikan kulit lebih bersinar dan cantik secara semulajadi.
  • Anti Dark Spot
    Vitamin B3 yang terdapat di dalam Hada Labo Whitening Water Gel membantu untuk mempercepatkan keseriaan kulit dan juga pencerahan.
  • Anti Dullness
    Carnosine, adalah salah satu bahan anti-penuaan di dalam proses untuk mengembalikan keremajaan kulit wajah disamping menjadikan kompleksi kulit kuning langsat lebih berseri dan kekal bermaya.
Dengan menggunakan teknologi (HPP&M) High perfomance Penetrating dan Deep Moisturizing di dalam Hada Labo Whitening Water Gel ianya telah digabungkan dengan 4 jenis (HA) Hyaluronik Asid termasuklah molekul saiz besar, kecil, super dan Nano HA yang akan meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk menghidrat dan dikunci kelembapan di dalam kulit. Tambahan ianya direka  dengan Teknologi Aqua Oil Volume Matrix -Sistem Pelembab 3D juga membantu untuk membentuk perlindungan kelembapan sebagai perisai pada permukaan kulit, dan menjadikan kulit berhidrasi sepanjang masa.


Hada Labo Whitening essence mempunyai tekstur yang sangat ringan, tidak berminyak dan mudah meresap ke dalam kulit. Ianya adalah sebagai asas untuk menjadikan kulit lebih lembab dan juga lebih sihat.

 

Mempunyai botol seakan botol serum untuk memudahkan lagi penggunaan. 

 

Gel putih yang mudah meresap ke dalam kulit tanpa meningalkan rasa melekit adalah salah satu produk yan memang diminati oleh remaja dan wanita masa kini. Ianya amat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif dan berjerawat.


Hada Labo Whitening Water Gel sangat ringan, gel yang terasa seperti air yang membuatkan kulit terasa seperti dimanjakan disamping menjadi kulit lebih senang untuk bernafas. Ianya mempunyai pH yang seimbang, bebas wangian dan minyak mineral. Untuk menjadikan kesan cerah pada kulit, gunakan bersama 'newly improved' Hada Labo whitening essence yan mempunyai tahap 'purity' yang sangat tinggi dengan Arbutin yang membantu untuk mengurangkan kemerahan dan bintik hitam yang kelihatan, di mana ianya akan mempercepatkan kecerahan kulit dalam masa 4 minggu.



Hada Labo Whitening Water Gel sangat sesuai digunakan sebelum pemakaian mekap pada wajah malahan ianya menjadikan mekap lebih tahan lama disamping merawat kulit.

Hada Labo Whitening Water Gel mempunyai bahan yang sangat sempurna bebas dari bahan pewarna, perasa, fragrance dan mineral oil.

Gunakan 2 kali sehari selepas Hada Labo Whitening Lotion - Whitening Essence lepas tu baru gunakan Hada Labo Whitening Gel. Sapu pada wajah dan leher kemudian urut sehingga produk menyerap ke seluruh wajah.

Hada Labo Whitening Gel RM69.90
Hada Labo Whitening Essence RM74

Dijual di seluruh farmasi di dalam Malaysia bermula dari 26 September 2016.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com