Kemudahan Alat Bantuan Pendengaran kepada 3,000 orang awam dengan kerjasama NESSA ASIA & SKUAD 69 PDRM

 

>> Masa untuk mengalami 'pendengaran pintar' dengan NESSA' khas di cipta untuk  TV  <<
Selamilah Dunia Melalui Pendengaran Yang Bijak


Pada awal Oktober 2016 lalu, kira-kira 3,000 orang yang terlibat dalam matlamat untuk meningkatkan kualiti kehidupan menerusi pendengaran yang lebih baik dengan kerjasama di antara NESSA ( penyedia penjagaan pendengaran paling inovatif di Asia ) dan juga Skuad 69 PDRM ( Persatuaan Kebajikan Bekas Anggota Polis Skuad 69 ) sebagai perhimpunan awal.

Beberapa pertubuhan kerajaan, bukan kerajaan, pertubuhan kebajikan serta orang ramai turut di jemput hadir selain dikhususkan untuk skuad 69 dalam acara selama separuh hari bertempat di Taman Koperasi Polis, Kuala Lumpur.


YB Datuk Haji Abdul Rahaman bin Haji Abdul Karim Exco Kesihatan Sukan & Anti-Dadah Negeri Melaka telah merasmikan kempen ini.

Yang turut hadir menjayakan kempen ini termasuklah YBhg Datuk Shahril Ridza Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif (KWSP); Dato’ Dr Mohamad Azman bin Dato’ Aziz Mohamed, Ketua Eksekutif (PERKESO); YBhg Mejar General, Dato’ Mohamed Khir bin Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM; YBhg Dato’ Hj Abdul Fattah Hj Abdullah, Presiden (ANGKASA); Datuk Hj Zainal Abidin Bin Jaffar, Ketua Pegawai Eksekutif (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) and En Shazali bin Ahmad, Pengarah Pendidikan Khas KPM.

Ketua Pegawai Operasi NESSA Helder Araujo

Kesungguhan NESSA dalam memberi kerjasama dengan Skuad 69 PDRM adalah sebagai langkah untuk mencegah, memudahkan dan menyelesaikan masalah pendengaran segilintir rakyat Malaysia.

NESSA amat berterima kasih kepada Skuad 69 PDRM dan menghargai peluang untuk bertujuan menggalakkan lagi sokongan kebajikan kepada  anggota persatuan, kakitangan kerajaan, pesara dan orang ramai yang telah memberi sumbangan kepada negara.

NESSA memberi perhatian lebih kepada pasukan polis terutamanya pegawai polis lalu lintas adalah yang paling ramai mengalami masalah pendengaran. Hasil ujian audiometrik bahawa 80% daripada mereka didapati mempunyai masalah pendengaran disebabkan bunyi bising ( bunyi yang kuat di tempat kerja ) yang dilakukan ke atas anggota polis di daerah Gombak pada tahun 2010 menurut laporan pemerhatian.

Selain itu pemerhatian khusus kepada anggota tentera juga diberi penekanan kerana mereka senantiasa menghadapi latihan bunyi tembakan dan letupan yang kuat, sekali gus menganggu sistem pendengaran. Namun masalah pendengaran di majoritikan adalah masalah penuaan.

NESSA dengan berbesar hati menawarkan penyelesaian yang paling sesuai iaitu alat bantu pendengaran untuk mereka yang dikesan mengalami masalah pendengaran.

Antara yang layak adalah pesara kerajaan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awan untuk memohon bantuan di bawah pelan kakitangan awam dan termasuklah diri mereka, pasangan dan anak-anak mereka.

Faktor lain penyebab masalah pendengaran adalah dari tabiat harian yang merosakkan sistem pendengaran terutamanya bagi mereka yang suka mendengar muzik dengan kuat, kesan sampingan terhadap ubat-ubatan. Masalah pendengaran hari ini sangat membimbangkan kerana bukan sahaja warga emas yang mengalami malahan mereka yang masih muda.

Bayangkan di Malaysia sebanyak 30%  daripada 3.8 juta warga emas mengalami masalah pendengaran dan 90% Rakyat Malaysia tidak menggunakan alat bantu pendengaran walaupun mengalami masalah pendengaran mungkin kerana masalah kewangan.

Skuad 69 PDRM yang sedang menunggu giliran mendengar pendapat setelah Ujian Pendengaran
Terdapat 4 Tahap Masalah Pendengaran :
  1. Kehilangan Pendengaran Tahap Ringan
    • Kesukaran mendengar pertuturan perlahan atau dari jarak jauh.
    • Susah untuk memahami perbualan biasa di tempat yan bising seperti restoran atau pasar.
  2. Kehilangan Pendengaran Tahap Sederhana
    • Menjejaskan keupayaan anda untuk mendengar bunyi yang perlahan dan sederhana terutama di tempat yang bising.
    • Kerap meminta pengulangan soalan.
    • Sukar untuk memahami ketika perbualan telefon
    • Selalu menguatkan kelantangan TV
  3. Kehilangan Pendengaran Tahap Teruk
    • Hanya mampu mendengar suara yan kuat sehingga jarak  1 meter sahaja.
    • Ahli keluarga merungut bunyi TV terlalu kuat
    • Ahli keluarga sering meningkatkan suara apabila berbicara dengan anda.
    • Perbualan biasa menjadi amat mencabar untuk anda.
  4. Kehilangan Pendengaran Tahap Sangat Teruk
    • Tidak mendengar walaupun pada bunyi yang amat kuat
    • Walaupun dengan alat penggunaan alat bantuan pendengaran, pemahamam pertuturan adalah terhad.
     
4 Faktor yang Mempengaruhi Tahap Pendengaran :
  1. Penuaan
  2. Jangkitan Telinga
  3. Pendedahan pada bunyi kuat
  4. Kesan Sampingan Ubat-ubatan 
Cara untuk Melindungi Pendengaran Anda :
  1. Tidak menggunakan kapas putih untuk mengorek telinga
  2. Penggunaan ubat mengikut dos yang disarankan oleh doktor
  3. Kurangkan kekuatan bunyi ketika mendengar melalui fon kepala
  4. Prihatin terhadap kesan sampingan ubat-ubatan 
Pastikan Anda Melakukan Pemeriksaan Pendengaran Setiap 12 bulan


Pemeriksaan telinga/Otoskopi :

Paula did an instant check up for my ears. Hehe Cek taik telinga. One of it.. actually yang ini adalah pemeriksaan telinga atau otoskopi. Fungsi nya adalah untuk melihat keadaan salur dan gegendang telinga, untuk mengenalpasti sebarang jangkitan dalam telinga, untuk mengenalpasti pengumpulan tahi telinga dan untuk mengesan kebocoran pada gegendang telinga.


And then, fon kepala untuk menguji pendengaran melalui bunyi beep dilakukan untuk melihat sama ada I mempunyai masalah pendengaran atau pun tidak. Setiap kali bunyi beep I perlu tepuk meja secara perlahan ataupun mengangkat tangan tanda I boleh dengar bunyi yang dijalankan.


Mengikut keputusan I tidak mengalami masalah pendengaran yang teruk mungkin kerana I masih muda atau pun tidak terlibat dengan aktiviti yang lasak dan berada di tempat yang mempunyai bunyi yang kuat. Sebab I memang jenis tak suka mendengar bunyi yang kuat lebih-lebih lagi TV I memang pastikan volume dibawah 20 daripada 100.


Kemudian terdapat ujian "Visual Instrument Android OTG" munkin untuk cek gegendang telinga untuk pastikan telinga bebas dari jangkitan kuman.


I punya gegendang telinga dalam keadaan yang baik, Alhamdulillah.

Visual Instrument Android OTG.
 


Antara produk keluaran NESSA, terdapat beberapa warna dan jenis disediakan mengikut masalah yang dialami oleh pesakit. NESSA menawarkan bateri percuma selama 3 tahun.

Setiap bateri perlu dipakai selama beberapa jam sahaja dan perlu ditukar kerana ianya diperbuat dari Iron dan low-power demi keselamatan telinga pesakit.

Saiz alat bantuan pendengaran untuk telinga sebesar duit siling 10sen.

Antara Pakej Ekslusif Untuk Pendengaran Bijak
  1. 1 Unit Berharga RM6000 - percuma baucer RM500 (AEON/GIANT) Atau pulangan tunai sebbanyak RM500.
  2. 2 Unit  Berharga RM11000 - percuma TV LCD (40")
  3. Direka untuk TV - percuma bateri selama 3 tahun - Percuma sokongan dari rumah tanpa ha
 
Pastikan anda melakukan pemeriksaan pendengaran setiap 12 bulan. 
Senang tak payah nak ulang alik ke hospital. 
Hanya hubungi 
NESSA di 03-27884605/ malaysia@nessa.asia atau layari www.nessa.my

1 ulasan :

  1. Bolehkah saya sebagai pesara kerajaan mendapatkan alat bantuan pendengaran secara percuma? Bagaimana?

    BalasPadam

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com