Hada Labo's ALL NEW HYDRATHING PREMIUM LOTION provides intense hydration all day long


Hi semua !

Jika anda menginginkan kulit hidrasi  yang kekal tahan lama untuk mencegah kulit kering,  Hada Labo's ALL NEW HYDRATHING PREMIUM LOTION adalah yang anda perlukan sebagai pelengkap dalam rejim kecantikan harian anda. Hada Labo dikenali dengan penggunaan HA di dalam produk mereka iaitu Hyaluronic Acid tapi kali ini Hada Labo memperkenalkan Hada Labo's ALL NEW HYDRATHING PREMIUM LOTION dengan 5 jenis Asid Hyaluronik untuk memaksimakan lagi keberkesanannya kepada kulit supaya lebih lembut dan menjadikan kulit lebih sihat.


Di formulasikan dengan 5 jenis HA ( Asid Hyaluronik )
  1. Hyaluronic Acid
    Sebagai lapisan benteng pertahanan untuk mencegah kehilangan kelembapan kulit
  2. Super Hyaluronic Acid
    Dengan 2 x kelembapan untuk mengunci HA dan menampung jumlah kelembapan di dalam kulit untuk hidrasi yang besar
  3. Nano Hyaluronic Acid
    Dengan saiz yang kecil dapat menembusi ke dalam kulit wajah dan menjadikan kulit lebih lembab di bahagian bawah kulit
  4. Absorbent Hyaluronic Acid
    HA dengan pegangan yang kuat dapat membenarkan HA kekal lebih lama di dalam kulit walaupun setelah berpeluh atau setelah mencuci wajah
  5. 3D Hyaluronic Acid
    HA yang di ikat bersama-sama untuk membentuk kelembapan 3D yang akan membalut kulit untuk memberikan kesan yang lebih lama untuk kelembapan berpanjangan.

Ianya amat sesuai untuk kesemua jenis kulit dan di formulasikan bersama Algae Derived Sacran yang memberikan pengekalan air untuk menjadikan kelembapan kulit dan tegang, dan kulit senantiasa akan lebih berhidrasi.

Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang ketara, Hada Labo's ALL NEW HYDRATHING PREMIUM LOTION adalah pilihan yang terbaik.

Malahan ianya adalah pH seimbang, bebas alkohol, fragran, warna dan mineral oil.

Hada Labo's ALL NEW HYDRATHING PREMIUM LOTION (170ml) Dijual pada RM63.50 dan akan berada di farmasi WATSONS di seluruh Malaysia.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com