Rumah Sewa ku Kini Berhantu.

Kisah benar ini berlaku di Kajang sewaktu Laila (bukan nama sebenar) berusia lebih kurang 15 tahun.  Sekarang Laila sudah 26 tahun so lebih kurang 11 tahun dah berlalu. Waktu tu keluarga Laila baru berpindah dari Seremban ke Kajang, al-maklumlah family Laila ni dulu jenis suka berpindah-randah, dulu Laila bersekolah kat leftenan adnan tu ha, pindah rumah sewa kat kajang masa Laila umur 11 tahun, belum lagi bermula cerita seram tapi nak intro sikit lah life si Laila ni masa muda-muda dulu. Rumah tu family Laila sewa dekat tuan landlord, Laila tak tahu macam mana la ayah Laila deal dengan tuan tanah tu. Rumah tu serious rumah papan je longkang tak ada, jadi air pun jenis bertampung belakang rumah, zaman dulu Laila suka juga la main dekat air tu, siap ada cacing tau, rumah tu pun selalu banjir, so Laila dan adik beradik pun selalulah berenang bila time banjir, kotor tak kotor belakang kira. Nasib baik lah masing-masing tak kena penyakit kencing tikus.

Laila macam biasa meneruskan lagi persekolah di Leftenan Adnan sehinggalah habis UPSR, masuk tingkatan 1 Laila sudah start belajar dekat Sekolah Menengah Jalan Bukit, ala sekolah yang dekat dengan KTM Kajang tu. Fuh malam-malam ni Laila mengimbau kembali masa silam. Okay cerita seram masih belum start lagi. Laila masih tak tahu lagi apa yang ayah Laila 'Deal' dengan Landlord sampailah Laila nak masuk umur 15 tahun barulah semuanya bermula, rupanya ayah Laila ada deal dengan landlord untuk buka sebuah restoran which is emak Laila jadi tukang masak, okay semenjak dari situ, rumah sewa yang Laila duduk dengan family Laila dah nak dekat 4 tahun juga lah, ayah Laila renovated rumah tu dari tak ada longkang terus ada longkang, dulu rumah tu ada pokok kekabu, selalu lah kekabu jatuh mak Laila selalu kutip buat bantal, tapi makin tinggi pokok tu ayah Laila decided nak potong pokok kekabu tu, yerla risau jatuh atas rumah, dapatlah pula jiran mulut kecoh, fuh pening.

Okay cerita di teruskan lagi dengan apa yang ayah Laila  deal dengan tuan landlord pasal kedai makan tu, ayah Laila mostly keluarkan duit untuk kedai tu sebab ayah Laila dulu kontraktor so adalah duit dia kan nak manage kedai makan tu, tuan lanlord rumah sewa family Laila tu konon pun jadi rakan kongsi tapi ayah Laila tak gemar dengan sikap dia sebab dia tu suka suka je upah tukang masak 2-3 orang, 1 kepala dia suruh ayah Laila bayar gaji pekerja RM50 setiap hari. Fuh horror tak ? Kalau hotel ye la kan  tapi yang ni hanya warung jer kot. Ni zaman dulu kot bukan zaman sekarang. Zaman sekarang logiklah juga, Ayah Laila minta mak Laila je masakkan sebab mak Laila masak memang sedap. Tapi tak sampai berapa minggu, ayah Laila decided untuk berhentikan pekerja dan hanya minta mak Laila je yang uruskan kedai. So Laila, emak Laila dan adir beradik pun uruskanlah kedai makan tu.

Okay waktu petang masa tengah uruskan kedai, tuan landlord rumah sewa family Laila tu datang pecahkan barang dalam kedai, dia mengamuk tak tentu pasal kot, Laila dan adik-adik takut juga sebab dia jadi gila tak tentu arah. Nasib ada kawan Laila, dia seorang pelatih tentera tolong tenteramkan Laila dan adik-beradik dan suruh tuan landlord tu balik. Okay Laila macam biasa masih terkedu dan tak tahu apa-apa pun waktu tu meneruskan sahaja persekolahan seperti biasa, balik rumah sewa tu seperti biasa.

Okay kalau anda nak tahu rumah dekat tanah lot macam rumah setinggan ada  buah dalam 1 halaman. Ada 2 kan ? Sebelah tu rumah landlord dan sebelah lagi rumah yang Laila sewa, ayah Laila rajin renovated kot rumah tu cantik-cantik siap ada bilik extra lagi. Tu lah sebelum memang lah baik tapi sekarang dah bergaduh antara ayah Laila ngan si landlord ni.


Tuan landlord ni sebenarnya orang Kelantan, ayah Laila pun orang Kelantan jadi mungkin waktu awal-awal ngam kan ? Sekarang dah gaduh apa lagi, banyak cara kot tuan landlord ni nak usir keluarga Laila keluar dari rumah tu, ayah Laila pun jenis dah buat rumah tu macam rumah sendiri, ayah Laila siap kata dia habis berpuluh ribu juga untuk renovated rumah tu, tapi tak ada black and white paper pun, ayah Laila kata ada tapi landlord taknak sign, jadi Laila pun tak faham, dah tu dah banyak habiskan duit renovated rumah sewa apa pasal ? salah siapalah kan ? Jadi tuan landlord tu memang ada hak lah untuk halau family Laila kan ? Tapi ayah Laila memang jenis berdegil yer la dia mungkin dah sayang kot dengan rumah tu.

Tuan Landlord tu gunakan banyak cara nak kot nak halau ahli keluarga Laila dari rumah tu. Sampai satu masa bila  Laila balik sekolah emak Laila dah start taknak tinggal kat rumah tu, dia siap tidur kat ofis ayah Laila. Tapi Laila ni waktu tu dah nak PMR kot nak study lagi, stress betul tau. Emak Laila siap cerita kat Laila yang dia siap termimpikan ada paku besi tergantung dalam rumah sewa yang Family Laila tengah tinggal tu. Pernah satu hari, family Laila memang taknak tingal kat rumah tu lagi, tapi Laila balik rumah tu sorang-sorang sebab Laila nak study tapi Laila terlupa bawa kunci rumah lah pula, Laila duduk dekat luar rumah, waktu tu Laila dah rasa lain macam, rasa macam sakit kepala, waktu tu baru teringat kenapa Emak Laila tak kasi balik dah rumah tu. Ended up memang Laila tidur kat ofis ayah Laila sebab jatuh sakit demam panas, termasuk adik-beradik Laila.

Ayah Laila apa lagi dia pergilah belajar 'syifa' nak sembuhkan balik adik-beradik Laila ni, tapi bila balik lagi rumah tu macam -macam Laila jumpa dalam rumah, longkang dengan bahagian tanah rumah tu, ada serpihan kaca juga, emak Laila pernah pesan kalau nak mandi kat dalam rumah tu make sure jangan telanjang sebab dia dapat rasa ada benda duduk tinjau time mandi, Laila ni dulu budak remaja yang masih belum matang, biasalah mandi pun  faham-fahamlah, tapi memang Laila perasan ada benda meninjau masa Laila mandi  kat rumah tu. Memang family Laila sekejap duduk dan tak duduk je kat rumah tu, dah kadang-kadang je balik sebab terpaksa tapi Laila dan adik-beradik banyak pergi ofis ayah Laila la sebab mak Laila dah tak sanggup duduk mimpi benda tak baik je setiap kali duduk dalam rumah tu.

Sampai satu masa memang family Laila dah tak tahan lagi, tuan landlord semakin melampau, memang dia nak bunuh keluarga Laila ke macam mana ? So ayah Laila mungkin dah sedar dan bawa Laila sekeluarga keluar dari rumah tu. Laila sekeluarga tinggalkan rumah tu tanpa bawa satu barang keluar sebab tuan landlord tu halang Laila sekeluarga ambil barang Laila sekeluarga sampai berlaku adegan berdarah dan melibatkan kes polis. Jadi bila dah berlaku kes macam tu, memang ayah Laila cari rumah lain untuk pastikan Laila sekeluarga selamat je.

Barangan Laila sekeluarga hampir semua hilang especially barangan emas Laila, dapat tahu nape tuan landlord tu taknak kasi Laila sekeluarga punya balik sebab dia jual barang Laila sekeluarga, landlord tu pun ada anak tiri, anak tiri dia pernah juga curi duit ayah Laila diam-diam masuk rumah tu satu ketika dulu, entahlah tak boleh nak kenang, macam-macam tuan landlord tu buat kat Laila sekeluarga, dari sihir, curi barangan rumah dan jual barang Laila sekeluarga.

Selepas adegan berdarah satu masa lalu Laila sekeluarga nak datang barang di rumah sewa tu, akhirnya Tuan landlord tu lepaskan barang-barang Laila sekeluarga untuk keluar dari rumah tu, bayankan sudah hampir 5 tahun sewa akibat satu pergaduhan terus Landlord tu sihir keluarga Laila. Nasib baiklah keluarga Laila keluar dari rumah tu secepat mungkin, kalau tak belum tentu Laila masih hidup sampai kini.

Selepas beberapa tahun berlalu, ayah Laila dapat informasi dari jiran lain bahawa tuan Landlord ni sudah meninggal dunia, dan waktu nak menghembuskan nafas tu, jiran ada beritahu yang Tuan Landlord ada memanggil nama ayah Laila. Fuh bukan main seksa meninggal tau ? Ah itu urusan dia dengan Tuhan. Ayah Laila tak mahu maafkan TuanLandlord ni, Laila rasa macam kasihan pun ada juga. Tapi Laila dah maafkan cuma ayah dan emak Laila sahaja masih keras hati.

Sejak dari Kes adegan ni la, Ayah Laila join pelbagai aktiviti syifa, dan dia menamalkan perubatan alternatif Islam. Bila dia join rawatan alternatif Islam, Laila memang nampaklah dia jarang tinggal solat dan selalu membaca Al-Quran sampai orang gelar dia Ustaz. Kadang-kadang ada juga orang datang nak berubat dengan ayah Laila minta halau jin rasuk dalam pasangan dan anak-anak mereka.

Pernah sekali Laila menyaksikan sendiri orang yang kena rasuk bertarung dengan ayah Laila, waktu tu Laila di ofis ayah Laila tengah siapkan assigments guna komputer ayah Laila, ayah Laila ada rakan baik yang bakal tunang dia ni ada SAKA.

Masa Laila tengah buat kerja, tunang kawan baik ayah Laila jerit-jerit,
"Ini bukan hospital, mana doktor, mana nurse !"
Tapi kawan ayah Laila tenangkan tunang dia suruh duduk dahulu..
Ayah Laila minta tunang kawan baik mengucap khalimah syahadah,
waktu tu tunang kawan baik ayah Laila terus berlawan dengan ayah Laila,

sampai kedua-duanya penat bertarung terus tunang kawan ayah aim Laila cakap nak hantar Black Snake ambil Laila, Laila apa lagi seram lah, malam tu memang tak tidur, siap baca ayat Qursi sampai esok pagi, fuh tak ada pun black snake tu, Alhamdulillah, lepas tu memang Laila nak buat assigments taknak ikut ayah Laila. Just baut kerja sendiri, taknak benda-benda tu kacau Laila, Laila tak kuat.

Tapi makin lama hidup, Laila dah berjumpa dengan ramai orang yang kena rasuk termasuklah rakan sekerja Laila. Rakan sekerja Laila ni dah la kurus kedin ketinggian pun dalam 140cm, tapi kuat makan 2-4 pinggan juga dia makan. Laila bekerja tak sampai 2 bulan pun dekat ofis percetakan, sebab rakan sekerja Laila ni la. Anak bos ni tunang dia, dia jadi menyampah dengan Laila sebab dia cakap Laila nak rampas tunang dia. Dengar cerita sejak Laila berhenti kerja dari ofis percetakan tu dia selalu pengsan dan kena rasuk. Ramai staff tak suka dia sebab dia takut oran rampas tunan dia, Ended up ayah bos berhentikan dia sebab dia tak membantu bekerja pejabat langsung.

Sampailah kini Laila dah berkahwin, kisah misteri ini tetap wujud walaupun di sekeliling Laila, suami Laila pun jenis tak suka Laila tampal-tampal gambar kat dinding katanya Jin dan syaitan suka bertengek walaupun ayat Al-Quran pun.  Ingat lagi satu masa lalu nak keluarkan orang kena rasuk baca ayat Qursi, jin dalam badan orang tu pun tergelak-gelak dia cakap tajwid sudahlah banyak salah ada hati nak halau dia. Jin tu memang dah berkenan dah dengan wanita tu jadi memang susahlah dia nak lepaskan.

Kawan-kawan ini kisah Laila, anda ada tak kisah yang lebih misteri dari Laila ?
Apa kata anda jangan lupa saksikan

VOLKSWAGEN KUNING !



FILEM : Volkswagen Kuning
GENRE : Seram
TERBITAN : MiG Picture Sdn Bhd
PENGARAH : Shadan Hashim
PELAKON : Pekin Ibrahim, Atikah Suhaimie


Fuad(Pekin Ibrahim) dan Sarah (Atikah Suhaimie) ini adalah pasangan yang baru sahaja bertunang. Semasa perjalanan ke kampung, mereka telah sesat dan mengalami ganguan untuk mencari kedai makan dimana ganguan itu telah menyebabkan Fuad ditahan dalam wad akibat mengalami kemalangan.

Namun Sarah tidak mengalami apa-apa kecederaan. Tapi tanpa di duga Sarah membawa balik 'sesuatu' bersamanya.

Untuk cerita lebih lanjut nampaknya masing-masing kena tontonlah sendiri cerita Volkswagen Kuning ni.

Sinopsis dah seram meremang bulu roma. Sudah pulak digabung dengan cerita Si Laila ni lai lah seram. Sesiapa nak tonton tayangan perdana cerita Volkswagen Kuning ni ? Bolehlah meyertai 'contest blogger' anjuran Bro Frame Stone.

 >> Blogger's Contest : Filem Volkswagen Kuning untuk menyertai !  <<

Selamat berjaya masing-masing !

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com