Merungkai Misteri VOLKSWAGEN KUNING !



Semalam I sempat pergi tonton tayangan perdana VOLKSWAGEN KUNING di Cineplax E-Curve. Sebelum permulaan tayangan, adalah bacaan doa dimulakan, mula-mula eh seram betul sampai baca-baca doa bagai, teringat tayangan highland tower dulu siap ada yang kena rasuk bagai ye.Tapi nasib lah malam tadi masin-masing masih dalam keadaan waras ye.

Introduction seram lah bila ada Dorm Melati, eh kurang gemar betul dengan mata si Melati tu, palin stress dia difokuskan dalam kamera, tak sangka Melati pun suka posing ala-ala model ye. Yang itu tayangan belum lagi tapi akan datang.

Terungkai nya misteri Volkswagen Kuning.
Apakah penyebab wujudnya Volkswagen Kuning ye ? Sebab tak habis-habis ganggu orang dekat atas jalan raya. Pandai pula tu main acah-acah lampu terang gila kaw-kaw tiba-tiba dia dekat bahagian depan pula, adei stress. Aku kalau ada kereta main acah-acah ni sama ada aku berhenti tepi jalan tak pun mungkin pecut laju atau pun mungkin patah balik. Tapi aku tak mungkin bawa kereta malam-malam sensorang menuju ke hutan apatah balik kampung senseorang.

Siapakah HERO sebenarnya dalam Volkswagen Kuning ?
Eh mula terasa pelik si hero utama iaitu Fuad, dia ni panas baran, kalau aku dapat laki panas baran macam ni aku ketuk kepala dia, eh geram, aku benci laki panas baran, sebab panas baran ni mesti ada setan dok gangu dia, di sebabkan sifat panas baran ni la boleh jadinya perkara yang tak terduga contohnya kemalangan di jalan raya.



Wujudnya Pak Ayyob sebagai penyelamat dan boleh meramal masa hadapan. Haha yang ni memang WIN bila Pak Ayyob mampu menilik masa hadapan yang Sarah bakal membunuh ayahnya sendiri.

Volkswagen Kuning berkait dengan masa lampau ayah Sarah.
Ayah Sarah ni masih tenang bila Sarah mengalami kemalangan di jalan raya, rupanya dia sudah tahu Pemilik Volkswagen Kuning ingin membalas dendam.

Pembunuh, Hantu sudah diketahui
Haha, yea sekarang penonton tak perlu sakit hati macam kebanyakan cerita seram, Volkswagen Kuning sudah suka menganggu mereka yang membawa kereta di jalan kegemaran dia. So sesiapa yang lalu jalan raya kegemaran dia, kirim salam je la wei.

Kesimpulan
Jangan buat jahat, jangan curang, dapat suami baik layanlah baik-baik, lelaki, ada je wanita masih boleh hidup tanpa lelaki. Nak kaya usaha bukan mengharap harta orang lain.

Sekitar Malam Tayangan Perdana VolksWagen Kuning
Antara barisan pelakon yang menjayakan Volkswagen Kuning
Group Wefie Bloggers dari +Bro Framestone 

Kitaorang( +qistina izzara ) di interview, photo dari +Khir Khalid 

Eina Wahab menang OPPO atas nukilan seram Teksi Buruk.




Nak tahu kisah VOLKSWAGEN KUNING ni, Sila tonton di PAWAGAM bermula ESOK ! 22 SEPTEMBER 2016. Kalau seram jangan datang ye ! Kalau suka seram rasa nak menjerit-jerit mengalahkan Naik Roller Coster boleh lah datang. Nasib I tak menjerit, I ketawa je. Tak Macho la kalau menjerit. I kan SADO.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com