Nude Glam Trend Terkini | Physicians Formula | Watsons

 

NUDE GLAM antara gaya terkini yang menjadi kegilaan para gadis, selebriti termasuklah mak-mak orang macam I ni. Nude makeup adalah teknik paling glamour pada masa kini yang tersangatlah senang dan mudah untuk dilakukan ! Warna natural yang bertonakan warna kulit Asia adalah yang paling POPULAR yan dimuatkan oleh para blogger/youtuber kecantikan untuk mendapatkan wajah yang sempurna dan nampak lebih tirus !

Physicians Formula telah memformulasikan alat mekap yang boleh dimuatkan di dalam Almari kecantikan anda malahan dalam makeup bag untuk dibawa jalan-jalan pun muat ! Shimmer Strips adalah Koleksi mekap yang terbaru dari Physicians Formula ! Ianya dimuatkan dengan warna trendi untuk NUDE shades dan sangat mudah untuk digunakan !



Antara rangkaian PRODUK Physicians Formula yang berjaya dimuatkan di dalam Almari Kecantikan I adalah :
  1. Shimmer Strips All-in-1 Custom Nude Palette For Face And Eyes
  2. Shimmer Strips Customs Eye Enhancing Makeup Shadow & Liner Nude Collection ( Ada 2 warna pilihan Classic Warm & Warm Nude ) I ada Warm Nude ! =)
  3. Shimmer Strips Custom Eye Enhancing Eyeliner TRIO
  4. Happy Booster Glow & Mood Boosting Blush ( ROSE )
  5. Mineral Wear Talc FREE - Mineral Air Brushing Pressed Powder SF30 Broad Spectrum Sunscreen Beige
Teknik MAKEUP NUDE GLAM style I : 

NUDE glam ni selalunya menggunakan warna rona kecoklatan cerah hinggalah gelap, terdapat pelbagai warna tona kulit yang sangat sesuai mengunakan warna seperti ini untuk menghasilkan teknik makeup NUDE yang sangat GLAMOUR dan sanat sesuai untuk ke semua majlis ! Malahan pemilihan warna kecoklatan menjadikan pemakai tampak lebih natural ataupun seperti tidak memakai Makeup atau dipanggil No Makeup Makeup.
  1. Pastikan wajah telah dicuci dengan bersih, disegar(toner), dan dilembabkan(moisturize) menggunakan rangkaian kecantikan kulit wajah anda. Tunggu sehingga skincare yang anda gunakan meresap ke dalam kulit selama beberapa saat.
  2. Kemudian, I menggunakan terus Mineral Wear Talc FREE - Mineral Air Brushing Pressed Powder SF30 Broad Spectrum Sunscreen Beige ni sebagai bedak asas dan sapukan pada wajah berulang kali untuk menyamarkan masalah kulit pada wajah. Yes I rasa dengan sapuan bedak ini sahaja mampu menutup masalah kulit dan juga sangat tahan lama, tak perlukan pakai bedak yang lain.
  3. Lepas tu, teruskan membentuk pembayang mata dengan mengunakan Shimmer Strips Customs Eye Enhancing Makeup Shadow & Liner Nude Collection Warm Nude I sapu warna yang cerah dahulu barulah end it dengan warna yang gelap. So dekat situ kelopak mata dah nampak lebih natural dan mata nampak lebih POP dari sebelumnya ! I juga membentukkan bulu kening dengan mengunakan warna coklat bersesuaian dengan warna kulit untuk menampakkan waja di dalam FRAME. I juga menggunakan Pembayang mata ini untuk create nose shading juga ! =) Mata I kemudian di gariskan dengan Shimmer Strips Custom Eye Enhancing Eyeliner TRIO taupe shade untuk menjadikan mata nampak natural, defined dan bermaya ! Upper eyelids tu full while bottom eyelids only half bottom je.
  4. I highlight cheek apples I dengan Shimmer Strips All-in-1 Custom Nude Palette For Face And Eyes untuk buat wajah nampak SHARP dan nampak lebih fotogenik.
  5. I punya LIP pun I guna salah satu shade yang terdapat dalam Shimmer Strips All-in-1 Custom Nude Palette For Face And Eyes untuk buat Bibir nampak natural sangat-sangat !

Ta-daa wajahku setelah di MAKEUP oleh PRO makeup artist ! Nampak tak fotogenik  dengan teknik NUDE GLAM I ni.  I memang jenis kalau nak makeup biar betul-betul tak ada istilah nak simpan makeup lama-lama, PLAY your makeup and make your face the canvas untuk serlahkan bakat kreativiti anda !

>> JOM TENGOK VIDEO BAWAH NI<<



SHIMMER STRIPS EYE ENHANCING MAKEUP SHADOW & LINER NUDE COLLECTION


Physicians Formula telah memuatkan rangkaian KOLEKSI NUDE yang terbaru  iaitu SHIMMER STRIPS EYE ENHANCING MAKEUP SHADOW & LINER NUDE COLLECTION terdapat 2 warna iaitu Classic Nude & Warm Nude.

Ianya telah dihasilkan untuk memenuhi citarasa wanita masa kini yang inginkan penampilan yang natural, NAKED tapi moden dan sofisikated LOOK. Palet ini didatangi dengan rekabentuk LACE yang membuatkan palet ini nampak SEKSI serta FAB ! yang sangat sempurna untuk makeup klasik harian, shades yang sangat sesuai dipakai malahan memberikan impak mata mempesona dengan warna apa pun mata anda !


Terdapat 9 NUDE Shades yang dikordinasikan secara sempurna di dalam palet yang penuh versatile dan kelihatan sangat sofisikated yang dibahagiakan kepada  3 trios warna NUDE untuk siang ke malam hinggalah natural ke dramatik !

Mempunyai perfoman yang sangat bagus dengan formula easy-to-glide dengan tekstur yang boleh digunakan secara kering mahupun basah untuk kelihatan superb GLAM dan ianya sangatlah selembut sutera !


Sama ada menggunakan teknik unik basah/kering ianya menawarkan shades yang sangat mudah untuk di'blend,' di highlight, contour, line the eyes untuk memberikan impak illuminating yang sangat ketara !

Untuk nampak lebih dramatik basahkan berus untuk mendapatkan warna yang lebih intense dan tahan lama atau gunakan kering untuk dapatkan result yan lembut. Ubah pembayang mata ke Penggaris Mata jika anda menggunakan teknik BASAH !


9 Shades yang boleh dilakukan untuk mendapatkan MAKEUP yang sempurna dan GLAM!
  • 3 trios = 3 looks : Natural, Playful dan dramatik !
  • Basah & Kering = 2 Finishes untuk soft ataupun High IMPACT cOLOR
  • Shadows and Liners : Customized Glamors
Disediakan : Angled Pro Brush Applicator ! RM 63.50 untuk satu palet.


SHIMMER STRIPS ALL-IN-1 CUSTOM NUDE PALETTE FOR FACE & EYES


Antara Koleksi yang seharusnya anda miliki ! Ianya bertindak sebagai PALET  pelbagai fungsi untuk pembayang mata, pipi, hidung dan bibir dikordinasikan dengan 12 warna NUDE yang sempurna ! Ianya boleh dijadikan sebagai BRONZER, BLUSH atau pun HIGHLIGHTER !

Ianya didatangkan dengan pure pigment, flawless blending dan juga a micro-pearlescent Formula untuk wajah memiliki PERFECT NUDE ! =)


Kenapa anda harus memiliki SHIMMER STRIPS ALL-IN-1 CUSTOM NUDE PALETTE FOR FACE & EYES kerana :
  1. Mempunyai 12 warna NUDE !
  2. Ianya bertindak sebagai palet pelbagai fungsi yang boleh digunakan secara individual mahupun diblend bersama untuk membentuk custom nude look yang sempurna.
  3. Untuk mendapatkan wajah berseri ianya telah dilengkapi dengan flawless blending, pure color dan juga micro-smooth pearlescent formula.
  4. Untuk kelihatan lebih dramatik dan tahan lama basahkan berus kemudian calit dan sapukan pada wajah. Gunakan kering jika anda ingin dapatkan sheer finish like satin.
  5. Setiap palet mempunyai "Nude Glam Guide" di dalam kompak dengan arahan langkah demi langkah untuk mendapatkan COMPLETE NUDE look !
  6. Ianya dihiasi dengan ribbon yang membuatkan palet ini nampak sangat feminin.
  7. Dimuatkan dengan 2 tools iaitu Face applicator dan shadow/liner aplicator ! 
  8. Harga dia RM69.85
MAKEUP NEVER BEEN EASY BEFORE I MET THIS Collection !


I sempat hadir di Physicias Formula workshop beberapa hari lalu di Ben's General Food Store, Gardens Mid Valley dan tenaga pengajar mengenalkan Koleksi makeup terbaru dari Physicians Formula Ini adalah Ms SOSOJILLISH. Dia makeupkan 2 orang beauty blogger iaitu Grace dan sorang lagi tak begitu kenal, LoL !


So I bersama teman yang rajin pergi event, ayue idris dengan Naomieliciouz ! Jangan lupa check them out tau !

Physicians formula adalah jenama #1 di Amerika tapi sekarang ianya available di MALAYSIA ! PFM ni dia target wanita yang bekerjaya yang suka bermekap tapi inginkan kulit yang sihat ! Jenama ini tersangatlah berkualiti, inovatif, glamor tapi sihat yang menjadi tumpuan utama wanita bekerjaya masa kini !

PFM ni direka khas untuk mereka yang memiliki kulit yang sensitif  dan diformulasikan dengan hypoallergenic, diuji secara dermatologi,selamat untuk mata dan pemakai kanta lengkap serta dihasilkan tanpa 132+ bahan yang berbahaya yang dijumpai di dalam make up !

Untuk Maklumat Lanjut Mengenai Physicians Formula, sila layari :

Shimmer Strips All-in-1 Custom Nude Palette for Face & Eyes and Shimmer Strips Custom Eye Enhancing Makeup Shadow & Liner Nude Collection 
(Available in Classic Nude & Warm Nude) akan AVAILABLE di Watsons Stores, Watsons Mobile and Online website di pertengahan bulan Ogos !

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com