Vaksin Digalakkan Namun Tidak Diwajibkan | Malaysia | Hot Topic Di Bulan Ramadan


Alhamdulillah doa orang teraniaya dikabulkan di bulan ramadan, apabila pihak kesihatan ingin mewajibkan penggunaan vaccines untuk anak-anak, tak senang duduk dan gelisah para ibu bapa yang pro choices, mana tak nye kanak-kanak yang tidak divaksinkan mahu tidak kena pisahkan, tidak boleh belajar di sekolah kerajaan malahan di kecam sebagai pembunuh walaupun tiada bukti kanak-kanak yang tidak divaksinkan ini sebagai pembawa penyakit berjangkit.

Baru-baru ini Malaysia juga digemparkan dengan kes diphtheria yang telah membawa maut pada seorang kanak-kanak. Disebabkan kematian seorang kanak-kanak berkaitan dengan kes ini maka tercetusnya perbalahan antara pro vacc dan juga pro choice serta anti-vaksin sehingga mereka yang provacc ingin mengasingkan duit raya dan tidak mahu mereka yang tidak divaksinkan berada di dalam rumah mereka. Ops orang dah tak sudi baik jangan beraya rumah dorang, lol.

Melihat keadaan daif kepada keluarga kanak-kanak yang mati akibat diphtheria ini telah dikecam pelbagai pihak kerana tidak bertangungjawap atas kemiskinan yang dilalui oleh keluarga tersebut. Selain itu keluarga berkenaan turut selalu berpindah randah sehingga terabai akan pengambilan vaksin untuk anak-anak mereka. Sebenarnya kes diptheria ini sudah berada dari tahun 2014 lagi namun kali ini ianya seperti mendapat perhatian pelbagai pihak sehingga berlaku perbalahan di antara pro vacc serta pro choice mahupun anti-vaxxers.

Berbalik pada 3 kumpulan ni,
Mengapa Pro Choice ?
Kebanyakan pro choice adalah kalangan ibu bapa yang pernah satu ketika dahulu ialah pro vacc, terjadinya kumpulan pro choice kerana mereka sendiri pernah mengalami kesan AEFI sama ada pada diri sendiri mahu pun anak-anak mereka.

Pro choice tidak bermakna menolak vaksin sebulat-bulatnya, take note oo. Tapi seems like ( educated people before vaccinated ) Mungkin mereka tak ada ambil bidang medical sampai puluhan tahun tapi mereka ialah doktor untuk anak-anak mereka sendiri tau ( ye la anak kalau sakit yang tak tidur nya konpem la makbapak depa yang jaga )

Kesan AEFI yang paling digeruni oleh ibu bapa ini adalah cacat kekal namun ianya tiada bukti kukuh kecacatan ini berkaitan dengan vaccines termasuklah autism mahu pun eczema. Tiada bukti kukuh* kata depa namun kebanyakan penyakit sebegini selalunya genetik dipersalahkan# huhu -

Kenapa mesti mahu kaitkan dengan yahudi  ? Tak perlu kaitkan dengan yahudi pun sebab ada juga mereka ambil vaksin ni kot.. tapi dekat Amerika sana mereka lagi lah ramai yang anti-vaxxers @-@
Kawan I yang dekat Jeddah pun terselamat dari mengambil suntikan untuk menunaikan Umrah/Haji tapi mereka tak tolak pun penggunaan vaksin sebab Ianya adalah pilihan.

Susu ibu - Imuniti Pasif < 2 Tahun
Vaksin - Imuniti Aktif < Bawah 2 Tahun

Jadi kedua-kedua ini sangat penting maka kalau nak wajibkan vaksinasi wajibkan sekali penyusuaan ibu sepenuhnya sehingga 2 tahun.

Memandangkan kebanyakan pro choice ingin bertanggungjawab sepenuhnya pada anak-anak mereka just in case ada penyakit berjangkit jadi mereka lah sendiri akan mencari penawar mungkin untuk anak-anak depa. Hopefully adalah.

Selain itu sebelum mewajibkan vaksinasi - benda yang perlu di pandang tinggi :
Vaccine court - just in case.
Responsibility tip top if anything Happen la AEFI*
Ops dekat Amerika sana budak yang AEFI dapat pampasan 3 bilion kot, takkan kita bersengkang mata air berdarah jaga anak AEFI tapi tak ada pampasan. hu hu hu.

Okaylah di bulan yang mulia ni, kalau ada salah di silap mohon maaf. Sebagai seorang yang follow up isu panas ni sebenarnya banyak lagi nak share informasi tapi tak pe la memandangkan tak begitu pakar  tapi Ambil Tahu ! Jangan tak ambil tahu ! Anak sendiri ambil tahu apa yang masuk dalam badan mereka jangan main tadah sahaja. Baca dulu insert package, kesan AEFI, GPFK dan sebagainya sebelum tadah peha anak. Kalau dah yakin pilihlah untuk vaksinkan anak, kalau ragu-ragu gali lagi maklumat. Mencegah lebih bagus tapi kalau mencegah timbul penyakit lain lepas suntikan satu hal lah pula. Tu sebab kena belajar walaupun tak ada sijil especially yang parents ni.

< Takut penyakit berjangkit, takut juga AEFI > Dua-dua ni perlu ada. Doa yang terbaik untuk anak, Boost up kan imunisasi mereka dengan pemakanan yang sihat, seimbang, kurangkan gula, kurangkan manisan - jangan tak percaya virus ngan bakteria ni suka betul manisan agaknya. Dan paling penting jaga kebersihan persekitaran dari dalam rumah hingga ke luar rumah - paling best kalau kita mempunyai komuniti yang pembersih kalau boleh tiap-tiap minggu bergotong-royong sekali gus  boleh mencegah pembiakan aedes dan Komuniti masyarakat hidup dalam keadaan bersih dan terpelihara tanpa denggi !

Tu mereka yang pung-pang pung-pang tu dah asingkan sampah ke belum ? Kalau masih belum mohon jangan pung-pang pung pang je sebab yang tak reti asingkan sampah ni la buat Negara nampak buruk di mata dunia lain.

Ingat tak zaman nenek kita selalu pesan makan peria, nanti nyamuk taknak gigit kita* sebab darah tak manis. Haha ! 

Okaylah coretan isu panas ini harap berakhir di sini - dah nak raya kan ?
Saya okay je, pro-vacc, pro-choice or anti vaxx boleh je melawat. Saya tak prejudis. Tak de hal lah. hihi.

Ingat lagi sekali - Vaksin adalah pilihan ! Menteri pun sepatutya pilihan okay ! =)

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com