Non-Stop Gelak tengok cerita Zack Kapcai

7/18/2016 10:10:00 PM


Yuhuu everibodi, back again !
Hari Jumaat lepas I, husband ngan anak-anak sempat lah pergi ke blogger gath- bersama para pelakon Cerita Zack Kapcai ni, dapat lah 1 famili I pergi menjamah makanan kat Pak John Steambot sambil makan makanan yang sihat lagi menyelerakan dan berborak borak sakan with blogger friends.

Fuh lama gila tak tengok wayang since ada anak girl kedua ni, before beranak esok tu tahu tak yang kita tengah tengok tayangan star wars force awaken kot ! Now after 6 months later lol, I dapat tengok wayang which is I can bring my both kids, Omg, Horror je bawa budak-budak ni risau mak ganggu orang lain. Haha yang penting nasib depan seat row kitaorang si neyra, memang anak laki aku ni gelak tak kering gusi lah dia tengok zack kapcai ni, suara dia je over kot and then melompat sana sini, fuh mak pasrah tak bawa kau pergi tengok wayang lagi.

Elemen dan Pelakon :
Oh okay back to cerita Zack Kapcai ni,
Filem ini mengandungi elemen-elemen komedi dan aksi yang seimbang. Elemen permotoran sebagai subjek utama, plot elemen komedi sebagai perencah utama. Manakala filem ini juga dimuatkan juga dengan elemen persahabatan, kekeluargaan, kasih sayang serta percintaan yang secara bersahaja. Dan paling seronok filem ini memang betul mengambarkan realiti kehidupan yang sebenar.




Filem ini dijayakan lagi dengan pelakon pelawak komedi tempatan yan mempunyai elemen humor bersahaja dan segar. Fad Bocey, Shuk SYJ dan Rahim R2 yang pasti akan membuatkan anda semua yan menonton filem ini tidak kering gusi kalau tak pun mungkin boleh membuat anda ketawa mengilai. Selain itu Serina Redzuawan juga ada didalam filem ini sebagai 'comeback' dalam dunia lakonan, dihebatkan lagi dengan "stunt man" Epy Kodiang, Shahfiez. Filem ini tidak lengkap jika tiada watak heroin, Julia Marin pelakon yang boleh dikatakan agak baru dalam bidang lakonan.

Sinopsis Zack kapcai :
Filem ini mengisahkan sebuah keluarga yang berkecai kerana gelaran Raja Kapcai iaitu suami Minah iaitu ayah kandung Zack telah menceraikan Minah(Serina Redzuawan). Raja Kapcai serta Minah mempunyai 2 orang anak iaitu Zack (Fad Bocey) dan Tasha(Julia Marin).



Qistina iaitu motor kesayangan Roy(Shuk SYJ) telah dimenangi oleh Zack dalam aktiviti lumba haram mereka. Sejak itu Roy memusuhi Zack yang dulunya mereka rakan baik. Ibu Zack, Minah sudah tidak tahan lagi dengan Zack dengan aktiviti pemotorannya sehingga Zack insaf dan berjanji tidak mahu lagi terlibat dengan aktiviti kegemarannya. Zack berubah seketika apabila dia menemui poster lama Rudy(Rahim Sepahtu) dan Ibunya Minah dengan kapsyen "Raja Kapcai Akhiri Zaman Bujang." Zack tekad untuk mencari ayahnya.

Tapi kecewa, Qistina telah diambil kembali oleh Roy, Zack kecewa tapi Minah telah mengeluarkan Motor Raja Kapcai dan diberi kepada Zack supaya dimudahkan urusan mencari ayahnya.

Setelah itu, di situlah bermula episod berjumpa dengan Tasha dan gangsters gangsters Motor.

Jadi apakah berlaku seterusnya ? Adakah Zack berjaya mencari ayah dan adiknya ? Adakah Roy kembali menjadi sahabat sejati kembali ?

Sila tonton Zack Kapcai pada 14 Julai 2016 ini untuk mengetahui kesudahanya. Amaran ! Pastikan anda sediakan gas oksigen sebab anda mesti ketawa Histeria !

Volkswagen Kuning(22September), Dorm Melati dan Hospital antara penerbitan MIG bakal muncul di penghujung tahun ini.

Antara rakan media yang hadir ketika sesi pre-view Zack Kapcai di Pak John Steambot, Ecurve

You Might Also Like

Twitter

Like me on Facebook

Instagram