Kaki pendek pun boleh Drive dengan Perodua Bezza.

 

Selama berkahwin dengan Encik Husband ni, I ni naik kereta kecil dia yang boleh dikatakan nak dekat 16 tahun juga lah kereta dia tu, kereta kecil tu yang memudahkan beliau mencari rezeki untuk I dan anak anak sekeluarga. Sampai dah nazak pun kereta kecil tu tetap bawa kami balik kampung, bila dapat gaji je mulalah dia minta husband cek badan dia, nak maintain kereta kecil tu pun banyak pakai duit.

Sebagai seorang isteri yang penuh kesabaran  dan anak-anak tak banyak ragam dengan kereta kecil tu hubungan aku dengan suami aku ni tetap utuh, nak kata aku ni materialistik hmmph boleh juga tapi aku tak kisah pun kereta apa pun kitaorang pakai, janji boleh bergerak ke sana sini.

Bukan aku yang bising laki aku pakai kereta kecil ke tak ? Janji kereta tu dah hak milik beliau 100% bukan milik bank lagi. Cumanya orang sekeliling lah yang bising, mereka yang tak smapai hati tengok aku dan anak -anak naik kereta kecil, mereka cakap kesian anak-anak duduk dalam ruang yang sempit, aku akur lagi, sampai aku cakap kat beliau ni beli lah kereta baru yang tapi biasalah beliau ni bukan jenis suka berhutang, hutang rumah woo... dan dan isteri dia ni hanyalah suri rumah dapat duit pun melalui rumah juga cuma cukup-cukup makan je la..

Paling stressnya, tak habis-habis orang dok bising lagi, laki kau tu kerja engineer, belilah kereta menampakkan dia tu macam kerja jurutera... ni tak ?

fuh disitu aku panas lagi.. aku ni kalau orang dok pokpekpokpek pasal pekerjaan laki aku jurutera gaji tinggi ke, tapi duduk kat KL ni imagine la.. kalau tak kerana GST, bayar cukai pendapatan and so on, sudah tentu lah seronok weii.. tapi ah itu semua bukan alasan.

Tapi anak-anak dah makin besar, nak pergi sekolah.. fuh boleh tahan juga lah tak de lah jauh mana sekolah pun 800meter je dari rumah, boleh je jalan kaki pergi hantar anak.. cuma letih la haha.. tengahari tu panas-panas jemput anak jalan kaki balik jalan kaki.. dah la anak aku kurus keding mahu tak tinggal tulang je, kalau aku ye la jalan kaki boleh hapuskan lemak yang tersimpan di bawah kulit ni. 

Tapi aku sakit hati lak ngan laki aku ni dia pergi tunjuk video mak bawa anak sorang kendong, sorang anak perempuan dekat belakang, ada orang culik pula anak perempuan depan mak dia je. Macam haram jadah ! Lepas laki aku tunjuk video tu kat aku dia tak bagi dah aku keluar sorang-sorang mahupun dengan anak dia takut anak bini dia kena culik. lol ! 

Berbalik pada kisah wife dia ni, aku lah dah 4 tahun ada lesen penuh nak tekan pedal kereta kecil dia pun takut takut  biasalah dah lama jadi suri rumah tak berani bawa kereta weii...  dan baru baru ni dia suruh aku bawa auto yang senang tu pun aku takut nak bawa.. no konpiden... tu la dia peram aku lama-lama dalam rumah jadi konpiden tu dah hilang..

Dah ada lesen penuh ni aku memang kena belajar balik bawa kereta sebabnya nak hantar anak pergi sekolah, huh jadi ada alasan aku dah untuk memberanikan diri membawa kereta kali ni..

The best PART Alhamdulillah suami aku kali ni dia memang bersungguh-sungguh nak beli kereta baru supaya aku dapat hantar anak-anak pergi sekolah. Kereta kecil tu dia akan gunakan untuk bawa ke ofis  or sebagai kereta backup...

Mula-mula ramai dok suruh BMW la itu la ini la.. huh tapi laki aku kental dia tak termakan hasutan orang untuk suruh dia berhutang like da heelll lol.. biarlah kereta murah pun janji tak sakit kepala hutang lama-lama..

SO dah decided juga nak beli Perodua Bezza ni, jadi apa lagi, Mr husband paksa juga wife dia pergi teman dia pergi Perodua Centre Putrajaya, dia suruh teman juga, aku ni memang la konon-konon buat taknak pergi konon masih cakap kereta kecil kan masih pakai lagi nanti majok lak kereta kecil tu, dia cakap eh Sayang nak kereta baru ke tak ? Kalau tak nak tak pe, aku pun apa lagi, cepat-cepat siapkan anak-anak lah apa lagi..

Lepas pergi tu Banyak kali aku dok tanya dengan husband aku betul ke nak beli kereta baru ni ? Dia cakap tak tahu lagi dia cakap nanti lah kita tengok dulu nak test drive dulu, okay ke tak ? Dia cakap tak tahu lagi.. adei aku ni dalam kereta memang annoying la, laki aku je kental  dengan aku ni... dia memang tahu perangai isteri dia ni haha..

 Dah sampai Perodua Centre ni kat Putrajaya masuk masuk je, wow ada makanan semua aku ni terus pergi makan adalah, ye la dah Orang dalam perodua tu suruh makan, aku pergilah makan. Waktu tu hari Sabtu  masih dengan harga pengenalan..lol.. ye ke lol hahah..

Aku ni kalau bab spesfikasi memang fail, biasalah not a huge fan pun kereta ni tapi nak kereta juga ! Haha !

Perodua Bezza ada 5 pilihan lah yang korang boleh pilih :
Bezza 1.0 Standard G - Manual
Bezza 1.0 Standard G - automatic
Bezza 1.3 Premium X - manual
Bezza 1.3 Premium X -Automatic
Bezza 1.3 Advanced


Masa aku tengok hari tu beza dia tengok body sama je haha.. dari observasi aku la.. Memandangkan aku bukan pro pasal kereta ni tapi laki aku nak beli aku on je la.. hahha... yang aku tengok yang advanced tu ada TV Kecil la haha boleh tunjuk bahagian belakang aku rasa anak aku mesti nak tengok kartoon punya la..

So yang benda macam TV kecil tu adalah Multimedia system with navigation & 'Smart Link' + reverse camera under Audio punya specification.. kalau nak reverse kau tak payah lah nak teleng teleng kepala dah, kau tengok dalam skrin je boleh nampak bahagian belakang. Yang lain -lain itu basic things la untuk air-cond dengan radio... aku tengah fikir anak aku perlu duduk bahagian belakang la supaya dia tak main buttons yang ada.. tu ada button lock/unlock tu, kau dapat anak suka main dalam kereta memang aku jadi tarzan la..



 Bercakap pasal enjin lak, bagi yang tidak expert pasal enjin macam aku ni, perbezaan susunan enjin Bezza Advanced dengan kereta kecil suami aku memang banyak beza wooo... yang Bezza Advanced ni sangat sangat kemas susunannya !

Bezza Advanced menggunakan jenis enjin 1NR-VE dengan DUAL VVT-i macam enjin toyata katanya, aku harap enjin dia ni bukan jenis bising lah macam enjin proton saga.. bising lah dengan noise dia..

Enjin 1NR-VE with Dual VVT-i digunakan dalam kereta Toyota contoh Toyota Vits.. lepas ni kalau nak ganti spek enjin bolehlah cari dealer yang jual spek kereta kereta toyota, mueheheh...

Didatangi dengan sistem 'Eco Iddle'  - sampai sekarang aku tidak memahami apa fungsi eco iddle ni.. bila aku baca banyak kali katanya apabila enjin ni berhenti di bawah kelajuan 7 km untuk menjimatkan penggunaan tenaga sekali gus mengurangkan pencemaran kot, mueheheh main hentam je. lol tapi walaupun enjin ni berhenti, pengunaan audio dan sistem navigasi tetap boleh digunakan.. Tempoh masa yang digunakan semasa enjin berhenti , jumlah bahan api akan disimpan semasa 'idle-stop'...

Enjin bermula serta merta apabila brek dilepaskan.... lepas tu boleh drive macam biasa.... wehoo...

Benda paling horror bila traffic light kat situ aku dah konpius nak matikan enjin ke tidak, sebab bila nak start kereta ni aku jadi nervous mungkin aku slow sikit sebelum trafik light bergerak especially dapat lak pemandu macam haram jadah tak boleh sabar kalau kita start enjin lambat, mulalah dia tunjuk 'mid finger' tak pun salahkan babi...

haha malas la nak terangkan pasal enjin... yang aku tahu kereta jalan je....



Lepas tu aku tengok dia punya seats.. haha ramai gak yang komplen seat ini menegak, eh bagi aku baguslah untuk tulang belakang korang... biar tegak sikit kalau tau jatuh membongkok je  tulang korang nanti, ha3..

Untuk Bezza Advanced
seat depan dia sarung pakai leather (semi-bucket) manakala yang rear( tempat duduk belakang dia pakai leather juga boleg cabut pakai (detachable headrest) - betul ke explanation aku ni, ah yang penting kulit gitu harap kau tahan lama la ye..


Selain tu interior Bezza Advanced ni dilengkapi dengan :
Cup holders depan 2bijik bahagian belakang tak ada ye..
Yang ada untuk bahagian belakang bottle holder dekat bahagian pintu..
Termasuk lah pocket holders depan dan belakang ada di bahagian pintu..

Yang penting tempat letak air dan penyangkut makanan ada la.. karang balik pasar malam memang la penuh plastik nak sangkut.. ada kat belakang seat depan, sangkutla asal tak lebih 5 kgs, haha.


Oh Bezza Advanced ni laki aku suka sebab bahagian bonet/luggage dia agak besar lah juga, haritu tengok orang buat demo boleh muatkan lebih kurang 9 bagasi besar kot... kalau manusia mungkin 4 orang boleh muat dalam bonet ni. Dikatakan lebih kuran 508l boleh muatkan apa sahaja dalam ni. Paling best seat belakang pun boleh diturunkan untuk muatkan beban panjang.. besar bonet ni nak balik kampung bawa barang sikit je sekali nak balik rumah kat KL macam 1 rumah weii bawa barang. haha. So far kereta Bezza Advanced ni jenis sedan yang boleh memuatkan 5 orang.

Korang nak tahu lebih banak pasal spesifikasi Bezza Advanced ni korang boleh layari http://www.perodua.com.my/specification/bezza.


So far yang menarik perhatian aku adalah bahagian seat driver yang boleh laras untuk kaki panjang dan kaki pendek, aku ni kaki pendek, jadi bila aku selaraskan tempat duduk ni mengikut panjang kaki aku, nah memang sampai weii... tak adalah aku sakit kepala nak  panjangkan kaki aku tekan pedal brek dan minyak..


Yea I am welcoming this car dekat rumah tak lama lagi. Lepas ni boleh hantar anak-anak pergi sekolah dengan Bezza Advanced Ocean Blue, lepas ni sambil jadi suri rumah sambil bekerja la nampaknya aku ni. Sambil cari extra rezeki sambil jaga anak. Alhamdulillah.

p/s  : Window sistem jam Bezza bahagian driver je ye bukan yang lain...  okay la bye !


Nak tahu lebih lanjut pasal kereta ni pergi Perodua Official : www.perodua.com.my
dan sosial media depa :

2 ulasan :

  1. With these features, it’s a shame that the video is limited to Full HD, rather than the 4K. But the grip and performance are simply excellent vlogging camera with flip screen

    BalasPadam
  2. Perodua Bezza sangat cekap, selesa, dan sangat selamat, menjadikannya sebuah kereta yang berbaloi untuk dibeli.

    BalasPadam

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com