Tips Atasi Bayi Perut Kembung dan Kulit Melecet.

6/15/2016 06:31:00 AM

Hello semua !
Baack again I nak write pasal penjagaan bayi pula,
After 2nd delivered a baby girl, now dia dah 5 bulan pun. I tak banyak pakai bahan kimia dekat dia which is I tak pakaikan bedak and so on, I rimas.

I hanya guna benda yang I rasa tak membebankan kat kulit bayi ni, lepas dah mandi I sapu sudo cream sikit je, tu pun pakai untuk prevent rashes, sometimes tak pakai, haha mak dia pun ikut mood.

tapi I jarang sangat skip bahagian perut bayi. aiyoo nak prevent anak kembung, i pakai minyak yang sesuai la untuk kulit bayi.  Ambil minyak telon, letak kat tapak tangan gosok sampai rasa panas sikit  sapu kat perut bayi. Habis cerita hu3.

Sebenarnya banyak cara nak atasi bayi perut kembung.
  • Kalau ibu yang BF pemakanan kena jaga.
  • Kalau ibu yang FM kena pastikan susu tu usus bayi boleh terima.
  • Mandikan bayi dengan air suam kuku letak sikit perahan lemon - spa terapi terus hu3.
  • Pakaikan bedung perut bayi.
  • Jangan lupa pakaikan stokin sebab angin suka masuk melalui celah kaki.
  • Tuam dengan batu suam pun boleh, ala macam mak pantang, anak pun boleh cuba juga.
  • Jangan lupa sapu minyak telon.

Atasi kulit melecet pula.
  • Bayi kena sentiasa dalam keadaan bersih.
  • Kerap tukar lampin bayi.
  • Depend pada pemakanan bayi kalau BF tak selalu tukar mungkin 2-5 keping sehari kecuali bayi FM kadan-kadang sampai 8 keping sehari duk tukar.
  • Guna nappy cream yang sesuai dengan kulit bayi.
I usually memang buat seperti yang I listed out kat atas tu.  Memang bagus lah teknik ni. Bayi selesa je sepanjang masa and kurang nangis. Alhamdulillah. So mak-mak tu ini tips dari saya, cuba anda share macam mana penjagaan bayi anda pula dekat ruangan komen di bawah.

Good luck !
 Syafiera.

You Might Also Like

Twitter

Like me on Facebook

Instagram