Hidrasikan kulit anda dengan Krim Hada Labo.

 

Kulit bersih serta kulit wajah berseri adalah idaman setiap wanita bagi mereka yang kerap terdedah dengan sinaran matahari, cuaca kering dan juga ketika berada di dalam tempat berhawa dingin yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering serta kusam. Tapi dengan adanya Hada Labo Hydrating cream, kini kulit kering anda akan kembali sihat dan lembab sepanjang masa.


Diformulasikan dengan mengembalikan hidrasi pada kulit. Produk terbaru Hado Labo Hydrating Cream diperkaya dengan Vitamin A, C dan E dan mengandungi Microbeads kuning yang akan memberikan nutrisi sebaik sahaja krim ini disapu pada kulit wajah. Dengan anti-oksidan yang berkuasa tinggi ianya akan menembusi kulit wajah hingga jauh ke dalam untuk menjadikan kulit lebih berseri, kulit wajah lebih lembut dan padat. Kulit wajah anda bukan sahaja menjadi lebih kuat malahan ianya dapat melawan kekerangan selain minimumkan radikal bebas untuk menghalang kerosakan kulit wajah.


Tidak seperti krim hidrasi yang lain. Terdapat 4 jenis HA ( Asid Hyraluronik ) dipanggil Saiz besar, saiz sederhana, Super HA dan Nani HA dengan kebaikan nutrien Botanikal yang akan mengunci kelembapan secara mendalam dari kulit luaran sehingga ke lapisan dalam kulit. Tambahan pula dengan Performan Penembusan tinggi serta Teknologi melembab secara dalam (HHP & M) akan membantu melembab secara mendalam ke dalam lapisan kulit.


Dan yang paling best krim Hada Labo ni bebas dari alkohol, wangian dan juga mineral oil. Ianya juga Seimbang dalam pH dan sangat sesuai untuk kulit biasa hinggalah kulit kering.

 

 

 

 


Sejujurnya, saya memang sukakan krim hada labo selepas membersihkan wajah cuma ianya agak melekit pada awal pemakaian dan setelah itu ianya terus meresap ke dalam kulit. I am not sure enouh this krim can be a moisturizer before makeup time.

Tapi bagi anda yang berminat nak cuba Krim Hada Labo ni. Bolehlah singgah mana-mana farmasi dalam Malaysia bermula dari May 2016, harganya RM69.90 untuk 50 gram.

Produk Hada Labo ini sudah lama berada di dalam Malaysia dan amat popular untuk kalangan blogger kecantikan. Hada Labo diinspirasikan dengan Kecantikan di Jepun dengan menggunakan bahan yang berkualiti serta bebas dari alkohol, warna dan juga mineral oil.

Only the best for your skin and nothing else...

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com