Berbuka Puasa di De Palma Hotels

6/17/2016 09:40:00 AM


Hi semua ! Baru-baru ini Syafierayamin.com dapat bersinggahsana di Hotel Palma Ampang untuk menjenguk sendiri hidangan berbuka puasa yang disediakan oleh pihak hotel.

Ramadan pertama sudah bermula dari 6 Jun lalu dan umat Islam kebanyakan masih kurang membuat persiapan untuk menyambut bulan ramadan kerana sibuk dengan mengejar tuntuan harian. Disebabkan kekangan masa untuk memasak mahupun pergi ke Bazaar Ramadan untuk berbuka puasa jadi De Palma Hotels telah menyediakan hidangan buffet bercirikan Bazaar Ramadan tanpa ada kesesakan pada masa yang sama pihak hotel juga menyediakan tempat yang amat selesa untuk umat islam menunaikan solat Maghrib serta Solat Tarawikh.

Pelbagai hidangan khas yang megasyikan, tidak terhad, banyak pilihan, bersih serta pilihan menu yang jarang ada telah disediakan oleh Chef yang terkemuka yang berpengalaman luas dalam bidang kulinari.


Dengan menggunakan slogan "Gempita Rasa 29 Malam" telah menjadikan De Palma Hotel salah satu peneraju hotel yan berlandaskan syariah serta mempunyai sijil halal yang jelas dan sebagai lokasi terbaik untuk berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan ini. Konsep kali ini lebih kurang seperti Bazaar Ramadan yang diiringi warna-warni dan riuh rendah pasar malam untuk melupakan sebentar keletihan ketika berpuasa saban hari.


Antara menu yang terdapat di De Palma Hotel Ampang adalah seperti Selera Ramadan yang kebanyakan makanan bercirikan warisan tradisi melayu  seperti ayam masak merah, rendang daging, tempe goreng bawang, terung goreng dan sambal belacan serta pelbagai lagi.

Antara menu makanan bercirikan pedas dan sebagai pembuka selera


Rojak buah adalah makanan paling utama bagi pengemar buh-buahan ataupun vegeterian, tidak terhad pada sesiapa, buah-buahan adalah makanan yang patut dijadikan sebagai "snacks" instead of fast food.

Pelbagai pilihan buah-buahan potong yan kemudian dibanjiri dengan kuah rojak kacang yang bakal memberikan kenikmatan yang asyik untuk dinikmati bersama ahli keluarga mahupun rakna-rakan.



Antara buah-buahan potong untuk dijadikan rojak adalah seperti mangga muda, betik, jambu batu, jambu air, belimbing, nanas dan juga sengkuang.


Kuah rojak bersama kacang tumbuk boleh dipilih untuk di tuangkan ke atas buah-buahan pilihan.


Selain itu terdapat pelbagai manisan yang dipanggil sebagai bubur manisan, selalunya di makan pada waktu pagi ataupun pada waktu petang sebagai juadah kudapan.


Santan adalah bahan utama untuk menghasilkan bubur manisan ini, antara bubur manisan yang disediakan pihak hotel adalah seperti pengat pisang, bubur jagung, badak berendam, bubur kacang hijau, sira ubi kayu dan juga serawa durian. Bubur manisan ini bertambah ini jika di makan sekali dengan nasi pulut.

 

Taman manisan menyediakan buah-buahan tempatan dan juga buah-buahan penyejuk badan.


Antara buah-buahan yang paling common boleh didapati untuk hidangan bufet adalah seperti tembikai susu, manggis, epal, tembikai kuning, strawberi dan sebagainya, makanan ringan seperti biskut disediakan juga untuk kanak-kanak.




 Tidak dilupakan juga kuih-mueh tradisi juga ada disediakan di De Hotel Palma seperti kueh lapis, seri muka dan sebagainya.

De Hotel Palma tidak terhad dengan hanya masakan warisan. Pihak Hotel juga menyajikan masakan secara langsung seperti char Kuey Teow, Mee Goreng Mamak, Gerai pisang Goreng, Gerai masasakan Barat, Kambing bakar serta sebagainya.

ABC juga disediakan untuk kanak-kanak menikmati makanan sejuk.



Antara makanan paling sedap dapat cuba DE Hotel Palma adalah Kuew Teow Goreng.

 

Pengunjung yang hadir untuk berbuka puasa.


De Palma Hotel juga menyediakan band muzik untuk mendengdangkan lagu pilihan pengunjung seperti lagu hari raya dan lagu inggeris.

Bagi golongan yang kurang bernasib baik juga tidak dilupakan, pihak hotel berlapang dada menjemput anak-anak yatim serta fakir miskin  yang terpilih di seluruh Selangor untuk berbuka puasa bersama orang ramai. Wang Ringgit atau barangan keperluaan turut diberikan kepada mereka. Orang ramai dialu-alukan untuk memberikan sumbangan kepada mereka melalui pihak hotel atau secara terus kepada mereka.


Ramadan Berbuka Puasa
"Gempita Rasa 29 Malam" di cawangan De Palma Hotel.

Pelbagai jenis hidangan di sediakan di setiap gerai dan stesen.

Harga
De Palma Hotel Ampang
Dewasa : RM75 Kanak-kanak : Rm45

De Palma Hotel Shah Alam
Dewasa : RM68 Kanak-kanak : RM34


De Palma Hotel Kuala Selangor
Dewasa : RM49.90 Kanak-kanak : Rm25

Palma Cafe @ sacc mall
Dewasa : RM30 Kanak-kanak : Rm15

Solat terawikh secara berjemaah disediakan.

Untuk tempahan
Noraini@depalmahotel.com
03-55428080 sambungan 611/608/405/406



You Might Also Like

Twitter

Like me on Facebook

Instagram