LAWAN Radikal Bebas dengan Indeed Lab Vitamin C24

5/04/2016 12:08:00 PM

 

Hi semua !
Syafiera here,
so now I nak review an amazing product dari Indeed Lab - Vitamin C24 bertindak membina kolagen 
(protein paling banyak didapati dalam lapisan kulit yang menjadikan kulit anjal dan tegang). Di samping itu ianya membantu mengawal kulit dari kerosakan alam sekitar yang disebabkan oleh bahan pencemar seperti asap rokok dan sinaran UV yang membuatkan kulit nampak lebih tua sebelum usia. Vitamin C 24 mencegah kulit kendur, garisan halus dan kedutan. Ianya telah terbukti secara klinikal dapat mengurangkan keradangan dan perubahan warna kulit.

Zaman kini terlalu banyak pencemaran bagi setiap dari kita terpaksa lalui. Contohnya pencemaran Udara disebabkan oleh jerebu, asap-asap kenderaan dan  asap-asap rokok. Pencemaran air dan pelbagai pencemaran disebabkan oleh kerakusan manusia sendiri merobek kekayaan sumber bumi sehingga mendatangkan implikasi yang teruk terhadap bumi.


Thanks to The Butterfly Project - Tammy ! Sebab perkenalkan produk Indeed Lab untuk wanita yang berusia 26 tahun untuk melawan radikal bebas yang mengakibatkan kulit wajah nampak lebih tua dari usia sebenar. Wanita zaman kini semakin ramai mempunyai kesedaran terhadap manfaat Vitamin C tetapi masih ada segelintir masih mempelajari manfaat dan keberkesan Vitamin C.

Terhasilnya Vitamin C 24 :
  1. Gabungan 22% Vitamin C ( L - absorbic asid )
  2. 2% Mikro Spheres™ asid hyaluronik
untuk memberi perlidungan Vitamin C. 

Advanced Technology Solubilisation menjamin penghantaran secara cepat atau jangka masa panjang untuk vitamin yang tulen dan stabil membolehkan ia menjadi lebih trans-dermally diserap supaya tidak hilang potensi keberkesanan.

Terlalu banyak kesukaran untuk menghasilkan produk Vitamin C pada dos yang tingi dalam membuat perbezaan dan tidak mengoksidakan selepas bahan bertemu dengan udara. Oleh itu Indeed Lab telah menghasilkan formula revolusi yang bukan hanya kekal stabil namun menunjukkan kesan yang cepat bagi mereka yang mencuba sendiri Indeed Lab Vitamin C 24.


Adakah anda tahu bahawa pencemaran udara merosakkan kolagen 
dan elastin di dalam kulit ? 

Apabila ianya berlaku, kulit kita akan kelihatan kendur, garis-garisan halus terserlah di wajah dan kedutan semakin jelas. Kulit bergantung kepada antioksidan untuk perlindungan terhadap pencemaran alam sekitar seperti ultraviolet(UV), asap rokok dan pelbagai bahan tercemar yang lain.

Dengn penggunaan Vitamin C24 - ianya akan merangsang sintesis kolagen, mengurangkan keradangan dan perubahan wana kulit serta melindungi kulit dengan mengurangkan radikal bebas yang boleh membunuh komponen sel-sel kulit. Tubuh badan mula menghasilkan protin yang menjadikan agen anti-penuaan yang berkuasa dan mengembalikan kemudaan pada kulit wajah.





 



 


 

Rumusan unik Vitamin C 24 dapat membantu mempertahankan kulit dari pencemaran alam sekitar :
  1. Vitamin C(Asid L-askrobik)
    22% kepekatan yang tulen, tanpa air dan vitamin C( Asid L-askrobik yang stabil sebagai bio yang mudah didapati dalam vitamin C) yang unik untuk pasaran. Vitamin C memberi anti-penuaan yang menyeluruh untuk mengurangkan garisan halus dan kedutan, meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit yang kering dan rosak.
  2. Filling Spheres™ Hyaluronic 2% PeptidesTeknologi Pengisian Spehres™ adalah berdasarkan kepada penggunaan bahan higroskopik yang menghasilkan sfera. Sfera didehidrasi terlebih dahulu, kemudian di isi dengan air di antara kulit. Proses penghidratan menyebabkan perubahan dalam jumlah kapasiti kelembapan untuk mengekalkan bentuk sfera. Untuk melembutkan kedutan, asid hyaluronik di pilih untuk mengekalkan kelembapan air dan meningkatkan jumlah kapasiti penghidratan.

    • Gabungan Asid L-askrobik dan Filling Spheres™ Hyaluronic 2% Peptides akan memberi penghantaran Vitamin C yang lebih baik untuk kulit anda.
  3. Antara Kelebihan Vitamin C 24 Melawan Kerosakan Alam Sekitar terhadap Kulit
    • Asid L-askrobik adalah penting untuk mengembalikan kulit nampak lebih muda.
    • Mengurangkan penampakan garis-garisan halus pada kulit wajah.
    • Mengurangkan keradangan kulit.
    • Memperbaiki tona warna kulit
Cara penggunaan : Sapukan pada wajah dengan jumlah bersaiz kacang pea pada bahagian muka dan leher pada waktu pagi dan sebelum tidur. Gunakan waktu pagi kemudian di ikuti  dengan Produk SPF anda.  Sebagai krim harian untuk kulit wajah.

 
Bagi saya, why not I try untuk menghindarkan kulit dari nampak tua sebelum umur, so I mesti lawan semua pollution supaya kulit jauh nampak lebih sihat dan warna tona kulit nampak lebih menawan.

Boleh didapati di dapati di farmasi ekslusif Watsons Malaysia yang terpilih :
Alamanda | One Utama | Paradigm | The Mines
City Square (Johor) | KLCC | Suria Sabah

RM126.30/30 ml


Untuk maklumat lanjut dan sample sila hubungi :
Amanda Gan : amanda@watsons.com.my

You Might Also Like

Google+ Followers

Blog Followers

Penjual Shaklee

Penjual Shaklee