4 Langkah Untuk Mengatasi Diabetes dengan jayanya !

5/02/2016 09:20:00 AM

Pilihan anda makanan yang manis dari gula atau buah-buahan.
Gambar sekadar ilustrasi
Ironinya, rakyat Malaysia hampir keseluruhan terdedah kepada penyakit kencing manis berbanding orang lain di seluruh rantau Asia Tenggara dan ianya boleh dikatakan penyakit paling berbahaya selepas penyakit jantung Nombor 1 di Malaysia. Mari kita bincangkan bagaimanakah caranya untuk memastikan diri anda termasuk diri saya sendiri untuk mencegah penyakit Diabetes yang amat popular dari kalangan orang tua, ibu mengandung malahan jangan terkejut seusia bayi juga boleh terkena penyakit kecing manis ini.

Langkah-langkah penjagaan diri setelah anda diagnosis dengan diabetes adalah banyak kali anda di informasi sejuta kali sebelumnya.

Contohnya : "Anda perlu menjaga pemakanan anda dan juga bersenam secara teratur."

Sebenarnya dengan pengambilan pemakanan yan seimbang dan diet yang sempurna mampu mengekalkan paras gula dalam darah dengan baik berbanding mengambil insulin atau ubat-ubatan yang mungkin mendatangkan kesan negatif atau jangka kesan panjang di dalam badan.

Anda harus mengubah gaya hidup anda untuk memastikan diri anda bebas pelbagai penyakit yang berbahaya pada masa kini.

  1. Kawal Pemakanan Anda!

    Sebagai rakyat Malaysia, adalah perkara biasa untuk menikmati segala yang ada di depan mata. Di Malaysia boleh dikatakan negara yang paling kaya dengan sumber pemakanan dan secara jujurnya jika anda mengalami Diabetes, apa yang anda perlu lakukan adalah anda perlu katakan TIDAK pada Nasi Lemak dan juga Teh Tarik sebagai pemakanan utama untuk waktu bersarapan. Mulakan dengan langkah pengurangan sebelum meningkat kepada perubahan drastik untuk menjayakan diet anda dalam latihan mengawal nafsu anda untuk menikmati makanan yang kaya sumber dengan karbohidrat.

    Bagi mereka yang telah diagnosis dengan Diabetes, mereka hendaklah memastikan pemakanan yang mereka ambil tidak mempunyai kanji tetapi anda digalakkan mengambil pemakanan yang tingi dengan serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijiran penuh, kacang, daging tanpa lemak dan juga susu yang rendah lemak.

    Contoh Pemakanan yang sihat : Lobak merah, Brokoli, Salad.

    Gula Putih dilarang sama sekali di ambil kerana ianya akan mendatangkan risiko sekiranya anda berbuat demikian.

    Berhati-hati memilih makanan yang tinggi dalam Indeks Glisemik (GI), satu makanan yan memberi kesan terhadap glukosa.

    Contoh Pemakanan yang tinggi dengan GI : Roti Putih, Beras Putih dan Soda.

    Kurangkan pengambilan Mee segera ! Hampir semua pemakanan adalah nafsu semata-mata yang mendatangkan kepuasan yang sementara. Bagi mereka yang mempunyai Diabetes jenis 2 anda tidak seharusnya mengambil pemakanan yang tinggi dengan karbohidrat, trans-lemak dan natrium yang sangat tidak  sihat.
  2. Bersenam dengan Kerap!

    Bersenam adalah sangat digalakkan bagi mereka yang mempunyai Diabetes atau salah satu langkah untuk mengatasi Diabetes. Secara umumnya ramai dikalangan mereka yang berpenyakit kencing manis tidak mengamalkan senaman sebaai rutin. Bagi mereka yang mempunyai kesedaran awal mengenai penyakit ini mereka akan bertindak untuk memastikan diri mereka bebas dari kencing manis. Dengan melakukan senaman, pengecutan otot akan membantu menolak keluar glukosa dalam darah ke dalam sel-sel anda. Tanpa kehilangan 1 paun, senaman membantu menghindarkan diabetes tahap 2 melalui kawalan senario penguncupan otot.

    Contoh : Wanita yang berjalan dengan cepat boleh mendapat perlindungan dari diabetes tahap 2 berbanding mereka yang berjalan lebih santai.
  3. Kurangkan Berat Anda!

    Kehilangan berat boleh membantu mengurangkan tahap gula dalam darah sekali gus mengelakkan penyakit Diabetes Tahap 2.

    Jika anda sudah mengalami Diabetes Tahap 2, kehilangan 10 hingga 15 paun juga boleh menurunkan paras glukosa anda juga.

    Mulakan dengan perubahan secara perlahan-lahan secara kerap sehingga anda berada dalam tahap menjadi kebiasaan.

    Dengan gaya hidup dan pengurusan menangani masalah Diabetes akan menjadikan anda serta orang sekeliling anda dapat hidup dengan gaya yang sihat.
  4. Kawal Tekanan pada diri anda!

    Bagi anda yang mempunyai daya kesedaran awal rupa-rupanya tekanan adalah Musuh yang jelas bagi mereka yang mempunyai masalah Diabetes tahap 2 ! Tekanan boleh mengakibatkan kadar gula dalam darah amat sukar dikawal.

    Cegah tekanan dengan teknik "build up." Teknik-teknik ini adalah seperti yoga, meditasi dan mendegar musik yan menenangkan. Sebagai bonus, bagi mereka yang berjaya melegakan tekanan boleh membantu anda tidur dengan lebih baik.

    Kajian menatakan bagi mereka yang kurang tidur boleh memburukkan lagi mereka yang mengalami diabetes tahap 2. Tidur kurang bawah 6 jam setiap malam mendapati toleransi glukosa akan terjejas bai mereka yang berdiabetes tahap 2.

Hanya 4 Langkah ini sangat membantu untuk mereka yang ingin kekal sihat dan mempunya gaya hidup yang bebas dari penyakit berbahaya. Hidup sihat adalah kunci untuk utama untuk memastikan anda tidak menyesal di kemudian hari.

Adakah anda sentiasa melakukan ujian saringan darah jika diabetes anda tidak terkawal ? Jangan  tungu terlalu lama, fikirkan diri anda dan juga orang tersaang anda. Lakukan pemeriksaan kesihatan dengan mengambil pakej terhad di : >> Health Screening Packages! <<

Anda mempunyai tips lain untuk membantu mereka yan mempunyai Diabetes Tahap 2? Beritahu saya di bahagian ruangan komen di bawah !

Rujukan :
GetDocSay
The Scotsman

Informasi kesihatan yang dibincangkan adalah berdasarkan sumber sahaja, tidak ada kaitan dengan diagnostik ataupun tujuan rawatan. Jika anda memerlukan nasihat pakar, sila rujuk pakar perubatan.

You Might Also Like

Google+ Followers

Blog Followers

Penjual Shaklee

Penjual Shaklee