Tak rasa pun nak pergi #SBB2016 tapi...

 
Hi semua !
Syafiera here, dah nak dekat beberapa hari bercuti rehat to update a new entry. I macam biasa bila lewat malam mata terkebil-kebil baru nak update my cerita. So remember tak korang punya newsfeed penuh dekat facebook hari Sabtu lalu. Haaa tu la siapa yang attended SBB event ni memang korang akan jumpa pelbagai ragam bloggers dari yang tak famous(macam I) hinggalah yang famous sampai korang tak sempat nak tegur sorang-sorang. Tapi paling best dari yang tak kenal terus jadi kenal sampai PM PM tau. Haha.

Gambar ambil dari Boni Kacak
Okay banyak sebenarnya nak cerita. Dulu dari tahun-tahun lepas memang ada SBB event ni tapi dulu macam tak rasa pun nak pergi.. haha.. biasalah syafiera masih hidup dalam kempompong dunia sendiri, tapi bila dah menjadi seorang blogger, persepsi kena ubah tak boleh dah jadi manusia bawah tempurung, kena keluar kena belajar - kalau tak otak tetap biul selagi tak jumpa orang yang dah ramai berjaya dalam hidup ni.

Tapi tahun ni punya SBB event memang tak terdetik dalam hati pun nak pergi sebab tengok timing dari pagi sampai petang tu... maknanya satu hari... nak dekat 10x lah fikir nak pergi atau tidak sebab anak kedua tu masih fully bf tak tahu lah husband nak jaga ke anak dalam 1 hari tu.. sampai lah satu masa ramai bloggers update ada hadiah macam-macam dari situ makin teruja nak pergi tapi masih kuat lagi tak rasa nak pergi SBB pun. Haha. Tapi semakin hari semakin menjadi-jadi rakan bloggers yang ada dok update je... bukan sorang tapi nak dekat lebih 10 orang dok lalu newsfeed update itu update ini pasal SBB..tapi hati masih keras malas nak pergi...ada juga tanya husband, rasa nak pergi event ni, dia kata kalau nak pergi.. pergilah.. hu3 dia kata boleh jaga anak 1 hari..

Sampailah satu hari tu Encik +Hasrul Hassan   ada update 1 pos.. I ingat gurau-gurau je haha, I pun cakap (Kitaorang tak hebat leh sponsor tak hu3) ...

rupa-rupanya.....


hahaha memang betul I sudah disponsored, terharu betul lah haha, apa lagi memang buat preparation lah sebagai bf mom.. buat stok siap-siap sebab taknak anak di suap susu lembu lagi ho ho ho..

tapi paling best this year #SBB dalam tempat berair-cond bukan kat luar and tambahan lagi dekat sangat dengan rumah (Campbell Hotel dengan Masjid Batu 14) 20 minit juga la..so if anything happen senang je nak balik rumah hu3..

okay enough with the introduction.. panjang sangat haha..

So Actually what's really happening dekat #SBB Event ni ?
First I noticed more than 300 bloggers yang join.. I sampai-sampai je I jumpa Encik +Hasrul Hassan  dulu dengan wife dia depan toilet, then keep going pergi daftar.. memang waktu tu dah nampak bloggers yang I familiar  selalunya jumpa dekat event lain dan yang lain dalam Facebook je hu3..Tapi I frustrated I wasted around minutes dekat meja pendaftaran sebab nama tak jumpa-jumpa.. merajuk jap sebab Encik Hasrul kata dah daftar.. I ingat main-main je... sekali yang tukang ambil pendaftaran kata tanya Encik +Hisyamudin Fadzil oh dia kata ada Meja I Meja Nombor 15.. tak begitu bertuah la meja ni ha3..

Lepas tu I nak pergi toilet dulu biasalah perempuan... Nak buang apa yang tak patut and nak betulkan mekap, ha3..

I apa lagi teruskan je la jelajah rakan-rakan bloggers yang hebat serta berkaliber.. I turun bawah

I jumpa +boni kacak  dengan kak +shamiera osment  bersama rakan dia. Dekat situ I tak kenal lagi +boni kacak  lagi tapi tengok Kak shamiera ngan kawan dia sibuk tangkap gambar dengan Si Boni terus I tangkap gambar dengan dia. Hahahha.

I silap besar lupa nak bawa kad banyak-banyak ha3 sebab I terlupa nak ambil namecard sekotak banyak tu, sobs... dalam bag I ada 20 pun jadilah... sebab ramai bloggers minta kad, yerlah mungkin sebab nak menang hadiah kot sebab pengacara asyik kata kalau ada yang dapat 20namecard bloggers lain dapat hadiah, mungkin expectation 100 namecards dapat hadiah best lols.. ha3.. I gelabah gak time tu.. orang semua dok beri namecard kat kita, kita tak ada cukup namecard, hebat tak I? Sekarang ni bila menaip terkebil-kebil nak tag rakan-rakan yang jumpa.. nak taip links dorang pun kena search google la ni...( teruk perangai I ni ).. walaupun tak bawa benda penting ni tapi I bawa bag berat macam batu juga.. hahaha..

And then, I teruskan lai pergerakan kaki yang ketot-kemetot ni di dalam hall.. hu3 yea time tu I dah jumpa +Naomie .Licouz  and +Ayue Idris  lamanya tak jumpa sejak I bersalin nak dekat 4 bulan juga la ye tak jumpa haha, apa lagi berpeluk sakan cium pipi kiri kanan lah.. sambil tangkap-tangkap gambar tau.. borak punya borak.. nampak #KOtakLensa terus masing-masing jadi model depan kotak kamera tu ha3. Bila pose-pose terus ramai datang dan apa lagi masing masing pun bergaya sakan la depan mata satu tu hehehheh..


Antara kenalan Blogger dari Kiri +Mama Darwiish  @poorbritney +Syafiera Yamin  +Naomie .Licouz  +Ayue Idris +Fatin Bella  Pose dekat #KotakLensa.

Lepas dah penat posing bagai, I pergi ke table nombor 15 I. hu3 pagi-pagi pun ada contest tau Yang I ingat jurucakap tu suruh bawa botol upin dan ipin, I pun pergi lah bawa botol kanak-kanak tu ke depan ha3.. Ingat minum air tu sampai habis rupa-rupanya, kaum lelaki kena minum air YEOS sape palin cepat, ha3.. I punya gang 2 lelaki 1 perempuan.. ho ho ho.. tapi tengok minum air kotak YEOS tu macam tak adil je, jurucakap tu apa lagi nak cari pemenang, suruh 2 groups ni pergi tangkap gambar dengan Pengasas Denai Hati - Encik Amir, Panel - Encik +Hasrul Hassan  dengan pergi kat booth #KotakLensa. Masing-masing kena selfie dalam group, haha.. tapi group syafiera ada 2 orang lelaki gagah perkasa pun kalah, ha3..


Gambar yang sempat dirakam masa dekat atas pentas. Fuh rasa macam seronok je tengok ramai betul yang datang Majlis #SBB2016 ni, nampaknya masing-masing memang menjana wang dari blog kan ?
Proud tengok.

Oh korang ingat datang #SBB16 ni suka-suka ke ? Sebenarnya tak ye.. Banyak perkongsiaan tentang dunia maya yang telah direvealkan oleh ahli-ahli influencers serta blogger otai macam mana nak buat duit melalui sistem maya E-business ni. hu3. Dulu I buat blog suka-suka je tapi bila semuanya di hujung jari sahaja.. orang beli pakaian dan makanan pun through internet.. jadi rasanya everything melibatkan internet dan google browsers..

Terdapat 6 Orang Panel #SBB2016 iaitu
  1. Tuan +Hasrul Hassan
    I kenal Tuan Hasrul bermula dari Sis +Suria Lekatlekit  sebab Kak Suria selalu update pasal sifu SEO ni, so I pun rasa macam menarik sangat ke Tuan Hasrul ni sebab asyik up je nama tuan ni dalam newsfeed, percaya tak ? I pernah PM Tuan Hasrul melalui FB sebab nak tanya coding untuk blog, heheh. Membantu tau.
    So haritu, Tuan Hasrul dia honestly cakap dia #KopiPasta blog lain, huu rupanya aku tak keseorangan, satu masa dulu aku pernah kopipasta juga press release memang tak bulat-bulat tapi ada sikit lah sampai kena tegur juga la.. tapi bermula dari kopipasta dan diberi amaran.. aku tak pernah dah nak kopipasta... tapi bila aku dah mula menaip panjangnya ya rabbi je la ye..
  2. Tuan Ali Hanafiah
    Merupakan penggiat aktif FB pakar dengan FB Ad untuk mengusaha dan mengembangkan lagi perniagaan online dengan menggunakan apa sahaja yang sering berada di tangan..
    Guna teknik rahsia OFRA kalau nak guna FB ad.
    • O : Objektif untuk mengiklan
    • F : Format + Target Audience
    • R :Review
    • A : Adjust
  3. Tuan Aqif Azizan
    Seorang pakar penulisan - E-book
  4. Abang Ensem
    Memasarkan produk dan seminar keluarannya dengan menggunakan blog dan sosial media.
  5. Adi Putra
    Seorang artis yang kini mengunakan platform sosial media selain industri hiburan untuk memperluaskan perniagaan terbarunya.
  6. Tuab Ismail Che Ani
    Menggunakan sosial media dan platform online sehingga menjana jutaan ringgit dan mempunyai empayar perniagaan.
Sebenarnya banyak ilmu yang telah dikongsikan oleh keenam-enam Panel pada hari #SBB16 tapi I rugi tak memberi fokus yang baik sebab bila dah berjumpa dengan ramai kenalan, mulut duduk potpet potpet sampai tak ingat dunia.. tapi yang penting... mesej utama kita kena
  • BRANDING ( Brandingkan diri sendiri supaya dikenali, lagi bagus kalau banyak pengaruh) lagi boleh diberi kepercayaan dan senang orang nak ambil bekerja.
  • Bila menulis kena capai target jangan duduk cerita hal personal sahaja, tapi I memang bermula dari hal personal sehingglah ke dunia yang serious untuk bekerja dalam dunia blogging.
  • Cari maklumat yang tepat dan kena ikut apa yan Klien nak dari kita.
  • Bagi I bagi yang nak start dunia bloggin yang pertama content kena kreatif, blog tu kena ada cerita yang bagus supaya menjadi magnet - so ramai dok datang nak singgah baca sekali gus dapat menarik orang yang rasa nak upah kita iklankan produk mereka dalam blog kita.
Okay dalam medan sosial ni boleh dikatakan hampir 1.5 billion pengguna FB kot.. dunia sudah semakin canggih.. zaman dulu tak ada Facebook - kenal husband melalui @15 yang kat Astro chat room dulu, ha3 punyalah mahal 1 mesej rm0.50. ZzZ. Tapi rasanya dah tutupkan Astro @15 tu haha.


Antara Nota-nota yang sempat aku salin semasa Panel berkongsi rahsia kejayaan mereka dalam platfom media sosial dan blog.

Selain dari perkongsiaan yang hebat, terdapat juga penaja yang hebat dan sangat COOL juga iaitu :

SOHAINI COOKIES
JUS BOB NANAS
ASIAN HERBAL BIOTECH
CVS PRODUCTION
PEN MERAH DOT COM
ZEETA
ALEEYA'S KITCHEN
UPIN & IPIN
MDEC
AMNA HOME
RICHWORKS ACADEMY
EPHYRA
JOPANA.MY
YEO'S MALAYSIA
Hadiah sbb 2016 yang bakal dbawa pulang oleh peserta bertuah
Sumber Imej : http://sohoque.com

I teruja betul lah dengan hadiah-hadiah dari penaja, kalau bukan kerana tajaan mereka ni sudah tentu I ni tidak akan kelihatan dalam majlis #SBB16 ni, rasanya ini lah tarikan paling utama yang membuatkan ramai peserta yang Joined #SBB16 ni semuanya semata-mata untuk menang cabutan bertuah, eh-eh tak juga selain tu untuk merapatkan silatulrahim juga sesama bloggers yang berjaya Okay.

I satu apa pun tak menang.. sistem komputer asyik keep repeating nama yang sama je tu sebab I tak bertuah kot ha3. tak pe next time la pula.Lols.  Tapi apa pun Tahniah pada pemenang. Huhu. ;)

Duta Produk Ephyra : Memey dan Suaminya, Norman hakim

Antara rakan-rakan blogger dan seratanya semasa berada di #SBB :
E-Qurban receptionist
Tuan +Hasrul Hassan
+Rafzan Tomomi
+Yaya Natsumi
+Khir Khalid 



Antara rakan-rakan blogger dan seratanya semasa berada di #SBB :
+Mawardi Yunus
+redmummy.com
Ishak Ismail
Encik ST
+Ayuni Rafilah
+Ms Qiya Saad 

Antara rakan-rakan blogger dan seratanya semasa berada di #SBB :
Group contest ha3
+Bro Framestone
+Yuyu Atiqa
+boni kacak
Ayu-Jean


Antara penaja #SBB16 : Barang yang ada atas Meja & dalam Bag Ha3.

Antara penaja dan Upin Ipin haha.
Hmm, letih penat tak tahu macam macam perasaan waktu tu, gembira pun ada rasa tak tenang jiwa pun ada. hahahha biasalah banyak sangat berfikir time tu.. tahu nak balik cepat je.. tapi memang awesome #SBB16 kali ni haha padahal 1st time baru jejak walaupun dah joined group Denai Hati lama dah dari dulu sebab nak share post blog kita je punya pasal. ha3. Apa-apa pun semuanya sudah berlalu, ambil ilmu dari yang berjaya. Terima kasih sebab sudi baca blog kita. 
Okay Jumpa Lagi BYE !

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com