Mata cantik dengan Rohto® Eye Drops

Hi semua,
Syafiera again. So harini as usual nak update I ada attended an event managed by The butterfly Project with Mentholatum last Saturday on 2nd April. Mentholatum memperkenalkan siri rangkaian penjagaan mata iaitu Rohto® Eye Drops yang sangat sesuai untuk mereka yang suka meratap telefon pintar, televisyen, membaca buku dengan kerap dan tersangatlah sesuai untuk kaki blogger macam syafiera ni.

Rohto® Eye Drops memberikan kesegaran pada mata setelah penat melakukan aktiviti berat seharian. Dengan teknologi formula yang unik serta sensasi yang menyejukkan untuk menyegarkan mata dapat memberikan kelegaan serta menghilangkan rasa keletihan pada mata malahan anda dapat melihat imej dengan lebih jelas.


Jenama nombor 1 di dunia iaitu Rohto® memperkenalkan siri keluaran terbaru penitis mata yang memberikan sensasi sejuk pada mata anda. Terdapat 3 jenis mengikut keperluaan rawatan untuk mata anda.
  1. Rohto® Cool (Warna Biru)
    Untuk melegakan mata yang letih - menyejuk serta menyegarkan.
    Melembab, Menyegar serta pantas menenangkan mata yang :
    • Sangat sesuai untuk mata yang kering, tegang dan letih akibat dari terdedah dengan penggunaan TV/komputer. Efektif untuk menghasilkan air mata secara semulajadi oleh mata.
    • Penggunaan lensa mata yang terlaly lama
    • Iritasi mata disebabkan oleh habuk, angin, matahari dan air klorin.
    • Pandangan mata yang kabur
     Tahap Kesejukan : 5 / Sangat sesuai untuk pengguna lensa atau tidak. 
  2. Rohto® Aqua ( Warna Merah Jambu )Untuk melehakan mata yang letih secara lembut serta melembab.
    Fungsi yang sama seperti Rohto® Cool (Warna Biru) dan sesuai untuk pengguna lensa atau pun tidak.
    Tahap Kesejukan :0
  3. Rohto® Dry AidUntuk melegakan mata yan kering dan mengembalikan kelembapan. Ianya sanat efektif untuk merawat simptom kerengsangan pada mata dan memberikan kelegaan sepanjang hari, dengan 3 formula yang mengembalikan keseimbangan pada 3 lapisan untuk air mata :
    • Lapisan Minyak (Sesame OIL)
      Untuk menghalang penyejatan air mata
    • Lapisan Air (Hypromellose)
      Untuk memberikan kelembapan
    • Lapisan Mucin (Polyoxyetthylene Polyoxyproppylene Glyycol)
      Untuk membolehkan air mata kekal pada permukaan mata
    Hanya sesuai untuk mereka yang tidak memakai kanta lengkap.
    Tahap Kesejukan :1
 

Dalam Pasaran Malaysia hanya terdapat 3 jenis sahaja Rohto®EyeDrops.

   

Rohto® Eye Drops telah menerima PIC/SGMP dan telah mengemukakan GMP dan ISO (13485) untuk bahan seperti SCL buatan air mata tiruan yang telah dihasilkan di Kilang UENO, Japan.

Penggunaan botol penitis mata Rohto® Eye Drops jauh lebih menarik berbanding yang terdapat di pasaran dengan inovasi terbaru seperti warna botol yang lutsinar, langsin, anggun dan comel telah menjadikan Rohto® Eye Drops sangat unik dan menarik disampin merawat masalah kekeringan mata.

Hanya 1- 2 perlu dititik ke dalam mata sehingga 5-6 kali sehari. Sila hentikan peggunaan jika ceair telah menjadi  gelap atau berwarna supaya kondisi mata terkawal.

Setiap bahan yang digunakan telah di tapis dan distrilkan , dari keseluruhan botol melalui penstrilkan gamma dan elektron beam penstrilan untuk memastikan produk Rohto® Eye Drops jauh lebih berkualiti serta selamat untuk digunakan.



Rohto® Eye Drops berharga RM16.90 setiap 1 termasuk GST dan terdapat di seluruh farmasi di dalam Malaysia. Rohto® Eye Drops di pek dengan gaya yang menarik dan comel sangat sesuai untuk mereka yang jenis trendy dan inginkan mata yang jauh lebih sihat dan dapat melegakan keletihan pada mata.

Untuk Maklumat lanjut, sila layari :

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com