Dragon Run —Martial Arts pertama yang diilhamkan dengan perlumbaan halangan belon gergasi

Yuhuu everybody !
Adakah anda semua sudah bersedia untuk mempertahankan diri anda di perlumbaan halangan belon gergasi dengan pelbagai rupa bentuk seperti Naga, gelongsor yang tingi, halangan Ying dan Yang, Ahli SUMO dan pokok-pokok kelapa sawit ? Kemunculan pertama Dragon Run kini bakal berlangsung pada 14 dan 15 Mei 2016 di The Ranch at Gohtong Jaya, Genting Highlands!

Syafierayamin.com telah mengalami sendiri halangan yang ada di Dragon RUN pada 9 April 2015 yang lalu.  Penat, takut, gembira ? Semua perasaaan ada waktu tu, Rugi siapa yang tak menyertai Dragon Run akan datan bukan hanya 7 halangan tapi lebih dari 10 halangan yang bakal korang lalui pada 14 dan 15 Mei 2016 akan datang.

Halangan Pertama : Dragon Style Kung Fu 60 Meter

Me infront of the 1st Obstacle, ha3


Direka khas bagi mereka yang mempunyai minat dan bakat yang besar dalam seni mempertahankan diri, Dragon Run adalah fungsi utama untuk memberikan daya tekanan adrenalin 6K yang menarik perhatiaan dan memberikan cabaran berinspirasikan Martial Arts. Aktiviti Halangan Dragon Run sangat sesuai untuk seisi keluarga.

Mr Giedrius Sruogis - Pengarah Acara Hong Kong - Penganjur Dragon Run merasmikan majlis.
Dragon Run adalah aktiviti yang bakal menggerakkan Fungsi Badan Adrenalin anda dengan melepasi halangan dan cabaran yang berinspirasikan Seni mempertahankan diri.
Dragon Style Kung Fu - Dragon Gate
Bersediakah anda untuk mengetahui apakah cabaran yang bakal anda lalui di dalam Pintu Masuk Naga ini?
Gergasi Naga 60 meter panjangnya di ilhamkan oleh Dragon Kung Fu dimana ianya akan menguji ketahan, keseimbangan serta ketangkasan anda.
Muay Thai -Elephant Gate
Aktiviti tendangan pokok kelapa sawit, antara aktiviti yang bakal membawa anda ke Thailand dimana anda akan bertemu dengan Pintu Masuk Gajah yang dikawal untuk anda mengekplorasi dunia rahsia Muay Thai.
Palm Tree Training Forest
Anda akan mempelajari perkara asas dengan memukul pokok kelapa yang direka khas, dengan adanya aktiviti asas ini anda akan bersedia untuk melalui kawasan pertempuran.
Muay Thai - Muay Thai Boxing Ring
Bakal menguji had ketahanan anda dimana anda akan berlawan dengan sasaran di dalam gelanggang yang direka khas untuk menguji kesugguhan serta kepantasan anda.
Sumo - Sumo Woobles
Anda akan bersaing dan menolak kepala ahli gusti SUMO ini antara salah satu halangan yang membuatkan anda goyah serta aktiviti pertahanan diri yang paling menyeronokkan dan COMEL sangat la kepala ahli sumo ni macam Onigiri dah.

Sumo- Giant Sumo
Sumo Gergasi ini bakal mengalu-alukan kedatangan anda.
Sumo- Push and Go
Mengimbang, kuasa dab nasa adalah kunci utama dalam cabaran ini.
Jika anda mahu kekal kering jadi berhati-hati jangan terjatuh dalam air pula ye.


Tae Kwondo - Dojo Gate
Berikan tanda hormat anda kepada Dojo dengan posisi menunduk untuk memasuki pintu masuk.
Berikan kaki anda dengan senaman yang hebat dalam dunia Taekwondo.
Drill Matts
Latihan asas yang direka khas dengan mengikuti langkah-langkah pergerakan kaki di atas tikar yang disediakan. Kelajuaan adalah kunci yang menjadikan anda JUARA yang sebenar !
Taekwondo- Kick Maze
Pernahkah anda tersesat dalam peta berpetak-petak ? Beberapa pintu untuk anda berikan tendangan terhebat anda akan melatih kardio anda. Cari Jalan Keluar !
Jeet Kune Do - Yin Yang Gate
Keseimbangan dalam kehidupan adalah pintu gerbang yang besar dalam simbol Imbangan Tenaga
Gate Air
Anda bakal menghampiri halangan yang terakhir dalam perjalanan yang membantu anda merasa lebih sejuk setelah melepasi pelbagai rintangan di pintu mistik ini. Anda akan berasa seperti diawang-awangan seperti berterbangan dengan seekor naga.
Jeet Kune Do- Water Works
Anda akan menghadapi elemen tenaga air yang memerlukan tumpuan 100% dan imbangan.
Jangan takut dengan kelembapan dan Kebasahan kerana air akan menjadi rakan baik anda dalam halangan ini.
Jeet Kune Do - Big Boss
Halangan terakhir yang bakal memberikan kejutan untuk anda.
Berikan tumpuaan sepenuhnya dan tunjuki seni pertahanan yang anda telah pelajari dengan halangan sebelumnya. Ini adalah cabaran yang terakhir yang Menyeronokkan kerana anda akan memberikan POSE flying Kick yang terbaik pada akhir acara ini.

I tersesat dalam Halangan Maze. haha. I Berikan tendangan yang terbaik !

I berada dengan ahli sumo dan big boss.

Antara rakan-rakan media serta peserta yang berjaya melintasi halangan-halangan Draon Run.
Bagi mereka yang ingin menyertai aktiviti halangan Dragon Run, ini adalah jadual yang bakal berlangsung pada 14 dan 15 Mei 2016 ini. Anda boleh mendaftar dan Tiket boleh dibeli di :  bit.ly/dragonruntix

Pek yang anda akan diterima setiap peserta yang berdaftar di Dragon Run.
Untuk Maklumat Lanjut:
Dragon Run
www.dragonrun.asia
Untuk pembeliaan Tiket: 
bit.ly/dragonruntix


Rujukan: https://www.facebook.com/drunofficial/

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com