Pertunjukan Fesyen ARIANI X CREACIÓN by Dato' Siti Nur Haliza

Pada 10 Mac 2016 yang lalu di Hotel Raja Chulan Kuala Lumpur berlangsungnya peristiwa bersejarah untuk Dato' Siti Nur Haliza ibarat mengulang memori indah apabila sekali lagi menjalinkan  kolaborasi dalam menghasilkan hijab khas untuk pelanggan ARIANI dan juga untuk peminat Dato' Siti Nur Haliza sehingga menyatukan dua nama ke satu pentas peragaan yang bakal menjadikan permulaan luar biasa bagi kedua-dua jenama ini untuk tahun 2016.



ARIANI X SITI NUR HALIZA + ARIANI X SITI NUR HALIZA
adalah koleksi yang dianggap istimewa setelah mendapat sentuhan peribadi Dato' Siti Nur Haliza sendiri. Ariani telah mejadikan Dato' Siti Nur Haliza sebagai IKON ARIANI 2016 dengan bermatlamat untuk menjadikan ARIANI sebagai hub jenama tudung yang ekslusif tetapi MAMPU MILIK dan menjadi pilihan utama untuk wanita yang berhijab dan serantau.


Segmen pertama persembahan koleksi dari ARIANI X SITI NUR HALIZA dihasilkan dengan sentuhan TIGA ELEMEN utama yan merangkumi ' EXCLUSIVITY, MODESTY dan CONTEMPORARY' sebagai nadi kepada penstrukturan  selendang dan tudung koleksi ini.


Enam jenis Koleksi Tudung instant dan selendang diperkenalkan iaitu :
  1. Selendang Malvina
  2. Instant Naureen
  3. Instant Avelyn
  4. Instant Raina
  5. Instant Erina
Kesemua koleksi dihasilkan daripada fabric chiffon dan bubble georgette yang bermutu tinggi untuk memenuhi permintaan pelanggan untuk tudung jenis instant yang mempermudahkan untuk mereka yang suka bersiap dengan cepat. Warna PASTEL dan  VIBRANT juga dipilih dengan teliti dalam rekaan untuk semua peringkat umur wanita dan latar belakang yang boleh disesuaikan untuk pelbagai majlis dan acara.


Dalam segmen kedua pula telah menampilkan kolabarasi julung kalinya antara ' ARIANI STOCKIST X SITI NUR HALIZA. Enam jenis koleksi telah diperkenalkan iaitu :
  1. Instant Layla Deluxe
  2. Instant Layla Glorious
  3. Instant Layla Demure
  4. Instant Avelyn Allure
  5. Instant Avelyn Magnifique
  6. Instant Majestic Basic
Kesemua koleksi yang diperkenalkan di Ariani Stockist merupakan koleksi terhad yang dihasilkan untuk para stokis berdaftar ARIANI dan tidak terdapat di mana-mana cawangan Galeri Ariani.







Pada petang yang penuh gemilang itu, acara tertumpu pada Koleksi terbaru Dato' Siti Nur Haliza iaitu koleksi CREACIÓN by Siti Nur Haliza.  Imej kasual dan minimal, kesemua koleksi ready-to-wear CREACIÓN by Siti Nur Haliza dipersembah dalam atmosfera berbeza diiringi lagu Aku Cinta Padamu dalam susunan muzik yan rancak dan segar.

CREACIÓN by Siti Nur Haliza dilabel sebagai koleksi sentral fesyen ready-to-wear disasarkan kepada wanita moden yang suka bergaya tanpa mengira usia, latar belakang dan bangsa.

CREACIÓN by Siti Nur Haliza boleh didapati di butik JAKEL MALL, Kuala Lumpur.

Antara rakan Media Bloggers yan hadir di Majlis Pelancaran Ariani x Creacion by Siti Nur Haliza
 Untuk Maklumat Lanjut, Sila Layari : Galeri Ariani Facebook atau www.arianionlince.com


Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com