Khas untuk SURI RUMAH : Persoalan berkaitan HARTA PUSAKA.


Hai semua,

harini tergerak hati nak berbicara pasal harta pusaka, memang rasa macam tak layak nak cerita pasal harta pusaka ni, sebab emak selalu pesan cari harta sendiri jangan harapkan harta orang. Bila ada harta sendiri sudah tentu kita takkan masuk campur perbalahan sesama keluarga sendiri. Jadi tak rasa lah kan pening kepala.

Tapi saya memang kena defend hak untuk anak-anak, ye la saya hanya (surirumah tiada kebenaran untuk bekerja dengan orang atau office hour) jadi perkara yang paling saya selalu saya fikirkan ialah tentang kemaatiaan. Kematian mana tunggu masa, bila-bila je datang. Bila masing-masing sudah tunjuk sakit masing-masing. Jadi rasa macam gentar juga.

Saya sengaja nak share isu FARAID sebab ada perunding harta & pusaka kata ilmu FARAID ini adalah ilmu paling awal yang akan ditarik. Apa maksudnya ye ? Saya baru tahu ilmu ni ditarik awal - maka bila masing-masing tiada ilmu pasal ini terjadilah isu kes makan harta anak yatim atau harta yang sepatutnya orang yang dapat. Padanlah banyak kesan negatif berlaku ye dalam masyarakat kita, semua bergaduh dan berbalah sesama sendiri. Kuatnya ujian Allah Taala pada kita ye, sudahlah masing-masing dengan iman yang tak berapa kuat terpaksa menghadapi dugaan seperti ini.


Tak boleh bayangkan jika suatu hari bila ada kematiaan sama ada dia jadi duda atau kita jadi janda. Anak-anak mungkin jadi anak yatim, zaman sekarang mana ada orang kisah harta anak yatim pun masuk perut.

Dulu selalu ingat anak yatim ni tak ada ibu bapa dan mereka tinggal di rumah anak-anak yatim. Jadi ingat macam tu je rupa-rupanya.. anak-anak yatim sebenarnya boleh berlaku dalam kalangan keluarga kita, contohnya : jika kita mempunyai seorang kakak yang kematiaan suami manakala anak-anak kakak itu sudah menjadi anak yatim, jadi anak-anak yatim ini sebenarnya adalah tangungjawab kita, bukan kita biarkan sahaja mereka.

Tapi banyak kes berlaku harta anak-anak yatim banyak disalah pakai oleh keluarga sendiri. Saya sebenarnya tak ambil pusing pasal isu Hal Harta Pusaka ni, tapi bila tengok ahli-ahli keluarga yang tua berebut-rebut pasal harta jadi saya pun terfikir kenapa sampai bergaduh dan berbalah dalam mendapatkan hak-hak mereka. Ye saya tahu memang patut kita berjuang dapatkan hak kita tapi sampai putus hubungan kekeluargaan akibat harta pun satu permasalahan yang sangat-sangat HORROR bagi saya.

Jadi sebelum nak mati dan rasa macam ada harta tu, pleaselah wasiat kepada yang sepatutnya. Kalau yang emak bapak tu tolonglah wasiat pada anak-anak, sebab anak-anak ni nanti bakal doakan korang dalam kubur nanti tau. Peringatan untuk diri sendiri.

Disebabkan saya suka KONGSI apa juga Ilmu, saya memang rasa nak kongsi ini untuk SURI Rumah sekalian.


Dibawah ini ada conntoh KHAS isu HARTA PUSAKA  untuk Suri Rumah Sekalian. Kalau ada yang rasa isu ini bersangkut-paut pada anda,  tolong share pada rakan-rakan tapi jangan kopi/pasta bulat-bulat ye penulisan ini. Ini adalah perbincangan  seorang suri rumah bersama Perunding Harta & Pusaka. Saya harap dengan sedikit perkongsiaan ini boleh membantu para isteri di luar sana supaya dapat meneruskan kehidupan walaupun setelah kematiaan suami.

Soalan dari suri rumah :
Salam nak tanya kalau pembeli rumah meninggal tapi dia tidak meletakkan waris pada sesiapa apa berlaku pada Anak Anak orang yang meninggal ye ?

Jawapan Perunding Harta & Pusaka :
Waalaikumussalam.. Pembahagian segala harta arwah termasuk rumah yang dibelinya perlu dibahagi mengikut hukum FARAID.

Melainkan waris yang berhak menerima bahagian FARAID ini tadi bersetuju melepaskan haknya untuk membahagikan pembahagian mengikut persefahaman.
Soalan dari suri rumah :
Salam nak tanya Jika nak tukar nama waris rumah kepada anak-anak ada upah tak ? Macam mana kiraan upah ye ? Lagi satu rumah yang baru beli ni masih belum habis bayar kalau ada berlaku kematian kepada pemilik rumah. Apa berlaku pada isteri dan anak ? Anak lelaki seorang serta anak perempuan. Adakah rumah yang bakal isteri menanggung hutangnya perlu di faraid kan kepada ibu bapa si mati ? Maksudnya rumah tempat tinggal isteri dan anak anak si mati perlukah di faraid, memandangkan itu tempat tinggal keluarga si mati tidak termasuk ibu dan ayah si mati.

Jawapan Perunding Harta & Pusaka :
Waalaikumussalam
Sebelum saya terangkan lebih lanjut, saya akan gunakan klausa ini untuk lebih pemahaman :

Harta - pemiliknya masih hidup 
Pusaka - pemilik harta yang telah meninggal dunia
Semasa hidup, harta yang kepunyaan kita, kita berhak untuk merancang atau menggunakannya asalkan tidak melanggar syariat. Contohnya; sara hidup, sedekah, zakat ataupun HIBAH

Manakala apabila berlaku kematian seseorang, HARTA tersebut bertukar kepada PUSAKA. Pembahagian mengikut FARAID selepas ditolak hutang, Wasiat 1/3 (sekiranya ada), Badal Haji (sekiranya arwah tidak sempat melaksanakan haji).

Berkenaan HARTANAH yang masih dalam pinjaman, boleh DIHIBAHKAN apabila pinjaman HARTANAH tersebut mempunyai MRTT / MRTA.

Apabila HARTANAH ini telah dihibahkan semasa hidup, ia terkeluar dari pembahagian PUSAKA.

Sekiranya tidak merancang HIBAH memungkinkan rumah tersebut perlu dibahagikan mengikut hukum FARAID

Soalan dari suri rumah :
Jadi walaupun si isteri yang bakal membayar hutang selebihnya perlu di faraid kan juga ? 


Jawapan Perunding Harta & Pusaka :

Katakan arwah suami pergi dijemput ilahi dgn pinjaman rumah belum selesai, pinjaman rumah tersebut akan diselesaikan oleh MRTT / MRTA.
Selepas pinjaman rumah tersebut selesai, rumah tersebut akan diturun milik mengikut pembahagian FARAID. Dalam geran rumah ini akan masuk semua nama penerima FARAID

Bermaksud, di dalam geran rumah ini nanti akan ada nama ayah arwah, ibu arwah, isteri arwah dan juga anak-anak arwah. Ia bukan milik mutlak seorang pemilik sahaja sekiranya tidak membuat perancangan Hibah.
Soalan dari suri rumah :
Maknanya keluarga arwah boleh masuk rumah sesuka hati lah macam tu ? Hu3
Hibah tu melalui borang Black and white ke atau macam mana ?
Katakan kalau si isteri tidak bersetuju untuk di faraid kan adakah si isteri boleh membuat tuntutan ke macam mana. Sebab waris mempunyai anak lelaki. Bagaimana pula nak kongsi rumah yang kecil ni ?
  
Jawapan Perunding Harta & Pusaka :

"Maknanya keluarga arwah boleh masuk rumah sesuka hati lah macam tu ? Hu3"
Jawapan: Ada hak mereka. Malah mereka boleh menuntut. Isu ini yang banyak terjadi yang mengakibatkan pusaka terbeku
"Hibah tu melalui borang Black and white ke atau macam mana ?"
Jawapan: Mendokumenkan Hibah. Ia sah mengikut mahkamah
Katakan kalau si isteri tidak bersetuju untuk di faraid kan adakah si isteri boleh membuat tuntutan ke macam mana. Sebab waris mempunyai anak lelaki. Bagaimana pula nak kongsi rumah yang kecil ni ?"
Jawapan: Jika diikutkan struktur FARAID (yang saya faham), Ibu dan ayah ada hak selain isteri dan anak lelaki serta perempuan.
Sesetengah situasi, Ibu dan ayah arwah rela hati melepaskan hak untuk diberikan pada anak2 arwah

Soalan dari suri rumah :
Katakan jika ibu dan ayah arwah hendak menjual rumah isteri dan anak arwah tinggal. Maknanya isteri kena setuju dengan ibu dan ayah arwah. Bila dapat pulangan rumah kemudian dibahagikan kepada yang layak terima faraid.
Kesian pula pada anak dan isteri arwah


Jawapan Perunding Harta & Pusaka :

Tapi kebanyakan situasi, Ibu dan ayah arwah pada awalnya bersetuju melepaskan hak. Tapi akhirnya menarik semula ketika BICARA KUASA di PEJABAT PUSAKA selepas dipujuk adik beradik arwah yang lain kerana mereka 'nampak' harta ibu dan ayah terima dari arwah bakal adik-beradik arwah terima.

Sekiranya ibu dan ayah ini meninggal dunia nanti.

"Katakan jika ibu dan ayah arwah hendak menjual rumah isteri dan anak arwah tinggal. Maknanya isteri kena setuju dengan ibu dan ayah arwah. Bila dapat pulangan rumah kemudian dibahagikan kepada yang layak terima faraid."
Jawapan: Ya betul. Isu ini yang mengakibatkan isteri dan anak2 arwah terpaksa mencari rumah sewa bagi meneruskan kehidupan.

Isu Perwarisan harta ini memberi kesan besar selepas ketiadaan kita nanti. Sebab itu kami selalu kongsikan kepentingan MERANCANG SEMASA HIDUP sebelum datangnya kematian..
 
Kesimpulan :
Fikirkanlah masa depan orang ang tersayang, kalau tak sayang biarkan, kalau sayang buatlah apa yang patut sebelum mati, tapi janganlah tinggalkan hutang pada isteri dan anak-anak, wanita ini kaum yang lemah siapa lagi kalau bukan lelaki yang memberi perlindungan kepada mereka.

Persoalan :
Sedih pula apa yang bakal berlaku pada isteri arwah. Kalau nak hibah atau tetapkan waris nak kena bertemu peguam ke macam mana ? Bayaran upah ke peguam mengikut kadar di mana.

Jika anda mempunyai persoalan- persoalan sebegini, jangan tungu nanti tunggu nanti, saya syorkan surirumah atau sesiapa sahaja untuk mencari Perunding Harta & Pusaka.
Anda boleh hubungi beliau jika mempuyai masalah seperti yang ramai yang alami :
Syahman Abu Hasan 
Ketua Perunding Eksekutif at Wasiyyah Shoppe, 
Founder, 
Project Manager at Beautyfrenz Cosmetic - 
Official and Managing Director & Founder at 
BeautyFrenz Shower Gel
Lives in Klang 

 

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com