Jom Rawat Kulit yang bermasalah dengan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum

3/25/2016 09:47:00 AM

Hi semua,

I nak tanya siapa sini mempunyai kulit yang bermasalah ? Jika YA teruskan pembacaan anda dalam cerita I harini ni dengan produk terbaru dari Ephyra iaitu Skin Nano Advanced Repair Serum. I berpeluang untuk mencuba sendiri produk Ephyra ni, rasa macam why not cuba dulu tengok macam mana ? Okay ke tak okay dengan serum ni. Kalau OK kena dengan kulit siapa tak Happy kan ?

Advanced Repair Serum ini telah dipatenkan di Switzerland dengan teknologi Nano dan telah diuji secara klinikal. So seperti yang kita tahu kalau 1 produk tu jika diuji secara klinikal sudah tentu produk itu produk yang berkualiti tingi.


Serum MESTI/MAMPU Milik Ephyra SKIN NANO Advanced Repair Serum ini dikatakan serum yang paling terbaiklah bagi merawat dan memulihkan struktur kulit yang teruk, hancur diakibatkan oleh jerawat yang menyebabkan parut serta liang pori berlubang-lubang besar.

Apa yang menarik dengan serum ini ialah ianya mempunyai kombinasi Arbutin Semulajadi, Glutathionie, Vitamin C dan E untuk memulihkan, memperbaharuhi dan serta melindungi kulit.
Bahan antioksida juga digunakan untuk mencerahkan kulit wajah agar tampil lebih muda, tegang dan bersih.


Bagaimana teknologi NANO bertindak pada kulit ?
  • Kebanyakan serum tidak mengutamakan partikel. Partikel yang biasa sahaja sangat sukar bertindak untuk masuk ke dalam kulit malahan bila sukar meresap ke dalam kulit keberkesanan sesuatu serum itu tidak akan dapat diperlihat.
  • Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ini dicipta khas menggunakan teknologi NANO iaitu teknologi yang menggunakan partikel serum yang sangat kecil dan halus sehingga mudah meresap ke lapisan kulit yang paling dalam untuk memperbaiki masalah kulit yang kronik.
  • Partikel NANO serum yang halus dapat membantu memperbaiki struktur kulit secara mendalam malahan serum ini tidak berminyak serta menganjalkan kulit supaya kulit nampak berseri selalu.

Ephyra SKIN NANO Advanced Repair Serum mengamalkan konsep 3M iaitu 
Memulihkan, Memperbaharuhi serta Melindungi.

  1. Memulihkan : Kulit wajah boleh diperbaiki dengan penggunaan serum ini agar kulit tampil lebih segar dan bermaya, selain itu ianya juga memulihkan serta megembalikan keanjalan kulit secara dalaman dan luaran sehingga menghasilkan kulit wajah yang lembut, sihat, cerah serta berkilau dan bersinar.
  2. Memperbaharui : Proses pembaharuan sel kepada tahap maksima apabila serum disapu pada kulit wajah yang menyerap jauh ke dalam sel kulit sekali gus menjadikan kulit lebih anjal, bermaya dan lembut. Serum ini boleh menjadi Kulit lebih cantik dan cerah sempurna. In Sha Allah.
  3. Melindungi : Jika anda selalu terdedah dengan radikal bebas serta kulit mudah berkedut akibat dari kerosakan sinaran radiasi UV, jangan risau serum ini boleh diguna sebagai cara untuk meneutralisasi proses oksidasi serta melawan tanda penuaan. Vitamin E mampu dikembalikan kepada kulit jika anda menggunakan serum ini pada wajah kulit anda.
Penyebab utama kulit nampak tua serta banyak masalah ialah pengambilan pemakanan yang tidak seimbang, terdedah pada matahari terlalu lama serta tidak menggunakan produk yang sesuai untuk kulit wajah.

Serum ini bertindak lebih pantas memulih kulit yang bermasalah seperti :
  1. Parut Jerawat
  2. Kompleksi tidak bermaya serta pucat/ Kulit Kusam
  3. Warna/tona kulit tidak sekata
  4. Bintik-Bintik Hitam
  5. Pigmentasi/Jeragat
Testimoni Ephyra Skin Nano : Syafiera Yamin

Saya memang dari umur 15 tahun lagi mempunyai wajah yang banyak jerawat tak tahulah kenapa, mungkin disebabkan tidak menjaga pemakanan, mungkin tersalah penggunaan produk kulit atau mungkin disebabkan oleh pancaran sinaran matahari, biasalah masa zaman sekolah dulu banyak aktiviti buat, kadang-kadang tengahari pun sekolah jemur kita masa perhimpunan.

Selama beberapa tahun alami masalah ni, jerawat ni dah macam kawan baik, kita sedih ke suka hati ke marah ke benci ke dia tetap ada menemani kot, haha jadi hari makin hari dari benci dengan jerawat jadi macam tak kisahlah bila jerawat naik turun mungkin sudah terbiasa dengan kulit bermasalah macam ni. Tapi siapa tak nak kan ? Kulit licin mulus macam wife Norman Hakim iaitu Memey Suhaiza sebagai duta kecantikan Ephyra. Of course la I nak nampak cantik selalu tanpa cacat cela.

Tu dia tiap kali datang bulan ke, makan makanan berminyak ke mesti jerawat tu nak naik dekat bahagian dagu, orang kata kalau naik dekat dagu - sistem buah pinggang tak berfungsi denan baik - nampaknya lepas ni kena minum air dengan banyak lah nampaknya. Dah selepas cuci muka bersih-bersih boleh terus sapu serum ni ke wajah.

Wajah banyak jerawat ni cuba tengok
Hari pertama : Dah sapu pada muka, urut sampai serum ni meresap ke dalam kulit, kalau I.. lepas serum tu masuk dalam kulit - memang kulit jadi matte serta tak berminyak at the same time boleh rasa serum ni menganjalkan kulit yang rasa macam 'saggy' dan jerawat yang ada tu dia rasa macam tak gatal dan tak pedih lepas sapu serum ni - kalau tak ya ampun gatal rasa cam nak garu-garu je. Pada masa yang sama serum ni dia tolong sekalilah cerah kan kulit dan perbaiki tona kulit. Baru beberapa hari guna dah jatuh hati tu.

Cara nak pakai, bersihkan wajah terlebih dahulu supaya memudahkan serum ini masuk dalam kulit tanpa kotoran pada wajah. Lepastu sapu serum ni setiap pagi dan malam atau pun pakai lepas pemakaian penjagaan siri wajah korang. Kalau pakai setiap hari, kulit akan jadi lebih OK dari sebelum.

Muka Lepas dah cuba serum ni sendiri
Muka lepas beberapa hari cuba Serum ni
Lepas dah beberapa hari guna boleh nampak lah perbezaan dari hari pertama guna serum ni, kulit nampak lebih glowy walaupun masalah jerawat bawah dagu tu masih ada. Tapi serious lah I memang suka betullah serum ni, rasa tak menyesal cuba.

Nah I jadi pembaca berita tentang Produk ni. Sila Click Pada Video Youtube dibawah, 
Thanks for watching.


Antara Kelebihan yang lain selain merawat Masalah Jerawat yang kronik


Paling menarik sekali, 
Serum ini bebas dari ujian terhadap haiwan,
Sesuai untuk semua jenis kulit,
Produk yang berkualiti serta diuji secara klinikal malahan
diiktiraf sebagai Produk berkualiti Swiss, 
Halal, 
ada GMP serta 
diluluskan oleh KKM.


Bagi anda yang berminat dengan produk ni, 
boleh terus contact mereka seperti yang 
dilampirkan dalam risalah di atas.

Harga Promosi : RM68
Harga Asal : RM88
( Semenanjung Malaysia )

Harga Promosi : RM72
Harga Asal : RM92
( Sabah & Sarawak )

You Might Also Like

Twitter

Like me on Facebook

Instagram