Jangan PANIK ! - Jejak Anak Hilang atau barangan kesayangan dengan Trouver

3/28/2016 07:17:00 PM

Salam semua,

harini I nak cerita pasal statistik anak hilang, kena culik dan sebagainya (malas nak sebut) seram sangat. Statistik kanak-kanak hilang memang teramat tinggi ye dalam kes jenayah Malaysia ni, bukan kanak-kanak sahaja malahan orang tua, nenek, ke atuk ke or remaja memang kerap sangat berlaku. Tak tahu la apa nak jadi dengan masyarakat pada masa kini.

Kalau anak hilang tak ke BIUL ibubapa dekat sana nak cari anak, kebanyakan kes berlaku pun di pusat membeli-belah lebih-lebih lagi ibubapa yang leka beli barang, tak pun banyak 'BODIES' dijumpai di dalam semak-samun tak pun dalam ladang kelapa sawit.

HIILANG kalau jumpa balik tak pe, ni HILANG tak jumpa-jumpa tak ke boleh sawan tangis ibubapa kalau berlaku kes keHILANGan anak ni lebih-lebih lagi anak dara.

Tapi yang masih belum berlaku lagi, tapi yang pernah berlaku macam I dulu time pregnant anak pertama dulu la, satu bag habis kena curi, tu la tinggalkan barangan penting dalam kereta lagi, I letak barang penting etc IC, emas semua dalam tu bawah sit kereta laki I, ambil kena kebas semua tu, dah la tu lagi 10 hari nak bersalin, seminggu sebelum bersalin tu memang terpaksa lah buat semua balik dari IC sampai ke kad-kad penting, ish tak tahu lah hidup lagi ke tak pencuri tu, kejam curi barang orang tapi I pun lagi sorang careless dan leka sangat.

Enough dengan cerita barang hilang  I ni.. Okay back to main title, I nak introduce pada mak ayah, kakak, adik atau merangkumi semua orang pasal aplikasi dan peranti TROUVER.

Apa itu TROUVER ?
Kalau anda semua baca cerita 'HILANG' I di atas mesti dah tahu kan Trouver ni. Kalau masih tak dapat gambaran lagi, TROUVER ni ialah sejenis aplikasi bluetooth/wi-fi untuk menjejaki barang atau manusia yang hilang, jadi anda perlukan peranti Trouvers ini untuk menjejak sesuatu yang hilang tu atau manusia. Cuba tengok aplikasi dan peranti Trouver dengan lebih jelas dalam gambar di bawah.

Jika peranti ini lebih dari range 25m ke atas. Anda boleh dapatkan bantuaan dari komuniti sharing. Device tetap boleh send lokasi nya jika sekeliling device itu ada yang menggunakan aplikasi trouver.

Android user : Kalau jauh lebih 25m, enable alarm - Aplikasi Trouver akan berbunyi. Ni khas sangat untuk budak yang merayau-rayau ketika ibubapa tengah bershopping.


Yang dalam phone tu, tu la aplikasi Trouver, yang benda bulat-bulat tu peranti Trouver, yang peranti ni akan diletakkan dalam bag, wallet, dalam baju anak atau dalam kereta atau dimana-mana sahaja barang yang selalu hilang.
Sumber gambar : Trouver
Lepas dah ada TROUVER ni kita semua sudah tak perlu risau kalau ada barang hilang sebab kita dapat jejak barangan yang hilang tu, Jadi Hati-hati ye Pencuri ! Jangan anda berani lagi nak mencuri, atau mommies yang selalu careless dan leka shopping sampai anak-anak merayau entah ke mana - nasib baik ada TROUVER, wait-wait ada TROUVER pun kena juga berwaspada takut-takut anak main eskelator satu hal la pulak hilang kaki - tak dapat TROUVER bantu pula nanti. Hati-hati la selalu.

Nak tengok selanjutnya macam mana peranti TROUVER :

Kotak peranti Trouver : sangat kecilkan - macam sebesar tangan sahaja.
Sumber gambar : Kisah Emas Putih

Peranti Trouver lebih kurang macam saiz badge tapi lebih besar sikit dari duit syiling 50 sen.
Sumber gambar : Kisah Emas Putih

Bahagian Peranti TROUVER ni terdapat QR Code untuk anda scan dahulu peranti ni melalui aplikasi TROUVER sebelum anda meninggalkan rumah, letak dalam poket anak anda atau dalam handbag atau dalam kereta, supaya anda boleh jejak jika berlaku kehilangan atau kecuriaan.
Sumber gambar : Kisah Emas Putih

Spesifikasi Teknikal Aplikasi Trouver
Sumber gambar : Trouver

Cara nak menggunakan Aplikasi Trouver :
  1. Anda perlu membeli trouver WiFi atau trouver BLE 
  2. Peranti anda (telefon atau tablet) mesti mempunyai sokongan Bluetooth 4.0 untuk bekerja dengan trouver BLE 
  3. Peranti anda (telefon atau tablet) mesti mempunyai sokongan WiFi untuk bekerja dengan trouver WiFi

Prosedur Asas Trouver Aplikasi
  1. Guna Trouver kena ada sambungan internet (BLE atau WiFi) memang ada untuk masuk ke dalam sistem.
  2. 'Cloud server' bolh diakses dimana-mana sama ada di telefon atau tablet. 
  3. Penggunaan sistem utama untuk mengetahui (BLE atau WiFi)
  4. Supaya untuk memudahkan Perkhidmatan Lokasi diguna pakai amatlah digalakkan. Contoh ON lokasi supaya dapat lokasi dapat dikesan dimana kita berada dan di mana peranti rouver berada. 
  • 'Online Mode'
    Operasi normal dimana sumber didapati dalam telefon anda seperti : data, lokasi dan bluetooth yang diguna pakai. Telefon anda akan senantiasa aktif mengikut sambungan internet (BLE atau WiFi). Kekerapan maklumat kepada server menjadi lebih rendah 10 kali dalam (mudah alih) jika ada berada di sekitar penyambungan WiFi 10 kali ganda lebih cepat berbanding 3G. Malahan ini lebih menjimatkan data telefon anda.
  • 'Offline Mode"
    Anda masih boleh mengunakan sistem Trouver seperti biasa sebaik sahaja anda telah log masuk ke rangkaian tapi dengan syarat dilarang sama sekali menutup aplikasi, rasanya ini amat tidak digalakkan kerana lokasi tag tidak dapat dikemaskini ke server. Tapi ianya hanya simpan maklumat ketika anda berada di sesuatu lokasi sahaja. ( Macam WAZE juga la)
  • "Kemas kini secara automatik".
    Jika sambunan ke rangkaian hilang jangan risau kerana lokasi tag sekali lagi akan di imbas dan disimpan secara setempat, apabila ada sambungan internet maklumat akan disegerakan ke dalam server secara automatik dan lancar.
Langkah Pertama : Daftar dan Masuk
  • Muat turun aplikasi Trouver dalam "Google Play" untuk pengguna Android atau APP Store untuk iOS. Kemudian buka aplikasi.
  • Tekan YES untuk buat mudah alih anda dapat dikesan melalui aplikasi Trouvers.
  • Tekan Butan merah jika anda berniat nak Masuk atau daftar aplikasi Trouvers.
  • Pilih daftar akaun dan masuk jika ingin menggunakan aplikasi Trouvers.
  • Sumber gambar : Trouvers
  • Anda di galakkan untuk Menekan butang ON Location service, kemudian pergi ke Tetapan.
  • Enable kan lokasi dan pilih mode yang anda perlukan.
  • Jika anda sudah mendaftar, terus masuk ke dalam sistem aplikasi Trouver.
  • Sumber gambar : Trouvers

Langkah Untuk Tambah Peranti
  • Tekan pada tambah 'Device', Kemudian "Scan Device" ada dibawah peranti boleh nampak QR CODE Reader, Scan QR Code Reader yang ada dibahagian bawah penjejak PERANTI TROUVERS.
  • Device Type akan dipilih secara automatik. Sekarang anda boleh letakkan nama anda pada peranti dan pilih ikon, kemudia tekan OK.
  • Tunggu sebentar sementara PERANTI ditambah dan dimasukkan ke dalam Server.
  • Sumber gambar : Trouvers
Kemas Kini atau Padam Peranti
  • Anda boleh kemas kini peranti yang anda tambah sebelum ini dengan menekan lama bahagian kawasan peranti, kemudian tukar ikon.
  • Anda boleh kemas kini peranti - nama dan juga ikon.
  • Anda juga boleh memadam peranti dengan menekan 'Trash Ikon'
  • Sumber gambar : Trouvers
Tetapan Aplikasi
  • Tekan tetapan ikon pada bahagian atas kiri.
  • Jika anda tidak mempunyai Peranti Trouver WiFi, anda boleh memilih untuk tidak cek di butang "Force WiFI on"
    Di situ anda boleh pilih bunyi notifikasi yang anda inginkan.
  • Tekan butan "sync" untuk mengemas kini kembali data ke server.
  • Sumber gambar : Trouvers
Lihat Lokasi Peranti
  • Tekan pada item peranti, anda akan dibawa ke Lokasi GPS pada peranti.
  • Sumber gambar : Trouvers

  Tetapan Penggera
  • Jika peranti anda berada di dalam lokasi, anda boleh enable kan penggera dengan menekan butan " Enable Alarm Button"
  • Jika pernati anda di luar kawasan, notifikasi akan keluar dan bunyi penggera. Anda boleh mematikan pennggera jika sudah mengetahui posisi terakhir.
  • Sumber gambar : Trouvers
Perkongsian Peranti
  • Anda boleh berkongsi peranti anda denan rakan. Dibahagian kemas kini, pilih kongsi ikon. Pilih email klien atau aplikasi chatting yang telah anda muat turun dan guna.
  • Sebahagian maklumat akan di mesej kepada rakan anda. Dia boleh menambah perkongsian peranti dengan menekan link tersebut.
  • Ini adalah ambar yang diambil setelah rakan anda menambah anda didalam peranti. Peranti akan digunakan di bawah nama "Friends' Devices."
  • Sumber gambar : Trouvers
Fuh, jadi ini lah langkah-langkah untuk memuat turun dan menggunakan sendiri aplikasi Trouvers. Seronok juga kan kalau aplikasi ini wujud 10 tahun yan lalu, barang yang hilang dulu pun kita boleh jejak, jadi mesti kecut perut manusia nak mencuri lagi lepas ni. Lepas ni apa apa sahaja barangan yang beharga kita boleh jejak.

Harga Peranti Trouvers lebih kurang RM127 untuk satu. Bayangkan dengan harga ni boleh selamatkan harga nyawa anak yang ternilai harganya, boleh selamatkan identiti korang macam IC, dan duit yang puluh ribu raban dalam WALLET KORANG, korang fikir lah sendiri berbaloi atau tidak.

HANYA RM127 SAHAJA (nilai sebenar RM597) . 
Ya, RM127... . DENGAN KOS RM127 INI, ANDA DAPAT: 
1 unit Peranti Trouver (nilai sebenar RM199) 
Trouver Mobile App (nilai sebenar RM199) 
Trouver Web App (nilai sebenar RM199) 
Keselamatan Anak (tidak ternilai harganya!)









You Might Also Like

Google+ Followers

Blog Followers

Penjual Shaklee

Penjual Shaklee