Hati jadi macam tak sedap nak Vaksinkan Adelia Isabella Esok.

Bila baca tentang Vaksin, ramai sekarang dah buka mata, kandungan dalam Vaksin, Apa Kesan Kebaikan/keburukan Vaksin. Hmm. Ye memang betul 'mencegah lebih dari dari merawat'.

Vaksin telah membantu populasi manusia dari mati dari penyakit berjangkit. Fuh. Dan vaksin juga menyebabkan kematiaan bila berlaku AEFI(kes yang jarang berlaku- tapi kalu berlaku pada anak sendiri baru tergandah buka mata). Maknanya ada setengah bayi badan boleh terima ada yang boleh. Balik pada stastik.

Contoh :
100 orang hidup 2 orang mati bila divaksin.

Tapi kalau tidak divaksin.. yang 100 orang tu kemungkinan boleh mati kalau tak divaksin sebab masing-masing berjangkit sama sendiri. haha ni pandangan seorang pro-vax Bagitahu la.

Tapi kan ada ke ibu bapa sanggup anak mati semata-mata nak tengok ujian vaksin terhadap anak dia, kalau anak selamat dari kesan bahaya vaksin Alhamdulillah, yang tak selamat macam mana, kalau tak mati pun kemungkinan besar boleh terjadi cacat kekal serta masalah kulit yang teruk. Oh tak pe berbalik pada pro-vax kata - hanya segelintir sahaja yang tidak selamat dari vaksin tapi ramai yang terselamat dari penyakit berjangkit!

Saya bukan anti-vax aau pro-vax : saya ditengah-tengah perang dingin ni. Bila baca balik bagus juga ambil vaksin sebab dekat Malaysia ni vaksin FREE, lagi satu vaksin ni adalah virus yang dilemahkan akan disuntik dalam badan anak kita kemudia antibodi anak kita akan fight virus yang lemah dalam badan kemudian bila ada penyakit berjangkit yang sebenar datang menimpa anak maka antibodi yang telah tercipta disebabkan vaksin yang dicucuk tadi boleh lindungi anak kita dari penyakit berjangkit tu. Kalau ikut pemahamam ini semua adalah (auto-immune)setelah divaksin.

Tapikan saya tak rasa mereka yang tidak pernah divaksin adalah pembawa penyakit. Saya rasa yang telah disuntik virus lemah tu la pembawa virus. Yerlah sebab dah kena suntik dengan virus. Virus yang lemah tu tetap ada dalam badan. huhuhu. Jangan percaya cakap I. I bukan doktor pun - last time jumpa doktor tanya soalan, dia replied dekat kita : "awak kalau pergi jumpa mekanik awak tanya ke macam-macam kat dia, biar dia buat kerja dia sebab dia tahu itu kerja dia, jadi tanggungjawap awak jaga anak sahaja sebab itu level awak, level kami biar kami buat" - doktor di Hospital XX. Malas nak aibkan dia just nak bagitahu statement dia je. Kita sebagai Ibu 'of-course' la nak yan terbaik untuk anak.

Bak kata pro-vax hanya segelintir sahaja yang mati atau terkena AEFI, yang lain selamat dari penyakit berjangkit. Saya nak tahu ibubapa sekalian sudikah anda membiarkan anak-anak anda menjadi kajian untuk vaksin samaada hidup atau mati setelah ambil (Nauzubillahminzalik)? Kalau selamat Alhamdulillah lah ye. Kalau tak selamat tak ke kita rasa menyesal dan merana seumur hidup.

Saya tegaskan saya bukan Anti-vax ye, saya dah beritahu pada suami kesan AEFI dan buktikan pada dia rakan-rakan yang ramai yang tak nak ambil vaksin sebab anak sakit lepas ambil vaksin, kesian kan, kecil-kecil lagi badan terpaksa melawan virus yang lemah dalam badan sampaikan datang alergik pada kulit dan sebagainya dan paling tak boleh terima pakai ye ada jawapan mengatakan, biasalah side-effect tu semua disebabkan oleh genetik, itu saya jadi bingung, kalau nak kata atuk nenek mak ayah semua sihat walafiat hidup pun sampai umur 70 tahun bagaimana boleh dikatakan genetik, oh yeah mungkin survivor barangkali.

Salah seorang kawan saya anak dia dah besar, dia kata selepas setahun ambil fully vax - anak jadi sawan dan seterusnya dikatakan Austism, zz jangan nak mengarut ye Autism disebabkan oleh genetik ye. Okay fine. Malas nak arguing lagi. Ini semua adalah FITNAH terhadap vaksin.

Oh lupa pula sekarang dalam TV3 produk sunnah, produk yang menggunakan bahasa jawi serta produk yang ada bacaan al-quran sekarang di pantau ye  supaya masyarakat tidak tersalah guna produk-produk muslim yang menjual agama. Oh lagi satu produk Qu Puteh mengandungi bahan Mercury which is very very very dangerous pada kulit serta menyebabkan kulit alahan ye tapi mercury di dalam vaksin tersangat-sangatlah selamat pada kita semua.

Untuk Kebaikan semua, cucuk lah anak-anak anda dengan vaksin. Tawakal dan doa lah ye anak-anak anda terselamat dari kesan AEFI oleh Vaksin.

Saya malas nak secret-secret kalau nak kata genetik, dalam ahli keluarga belah bapak serta belah mak I la no one ada penyakit Autism, cuma kebanyakan mempunyai Diabetes la. Biasalah orang kuat makan Gula katanya. Kalau belah suami rasanya tak de yang Eczema kecuali anak buah suami je la. Kalau kitaorang berdua I dengan suami banyak jerawat, kolestrol tinggi serta diabetes ini semua disebabkan tak menjaga pemakanan - asyik makan benda berlemak tu la pasal kulit tak cantik. Lagi satu Malaysia ni makin lama makin panas mungkin sebab nak hapuskan virus kotor rasanya tak kisahlah pembawanya manusia atau binatang.

Hmmm tengok tu dah lari tajuk, biasalah banyak penyebab penyakit pun semuanya sebab tangan kotor manusia juga. Jadi nak taknak jadilah Survivor di muka bumi ni. Alah bumi je pun nanti dah mati lagi banyak dunia ghaib yang nak dilalui, alah biasa je vaksin, korang sendiri dah tahu kan apa kandungan dalam vaksin kan, Vaksin HALAL hanya dikeluarkan tahun 2018. Tak tahula betul atau tidak. Tunggu je la, alah sibuk cakap benda-benda halal, mengumpat orang buka aib orang walaupun bertudung litup pun tak haram ke ? Okay lah tak payah nak persoalkan pemakaian orang, masin-masing tak sempurna ye, semua ada salah silap tak kiralah awak tu doktor ke mak ayah ke sape sape je la, mesti tak lari buat silap punya.

Jadi kalau tengok keadaan Nur Adelia Isabella harini, dia bebas penyakit seperti demam dan sebagainya tapi I nak tengok dia lepas disuntik vaksin esok, husband suruh ambil juga vaksin walaupun sudah tunjuk dekat dia semua bukti dan dia sendiri pos kat kita kandungan polio ada kandungan pelik-pelik tapi dia kata NO CHOICE dia suruh ambil juga.

Jadi jawapan aku, kalau apa-apa jadi pada anak aku lepas vaksin, aku suruh dia fully responsible pada anak ! Sejak dari tu aku cari cara macam mana Un-vax anak lepas anak kena suntik. Ingatkan nak prevent anak dari kena suntik tapi entahlah aku sebenarnya malas nak arguing benda macam ni, STRESS gila. Mahu tak aku jadi gila asyik dok fikir pasal nak vaksinkan anak atau tak lepas dengar keburukan kesan vaksin ni. Aku tengok yang pergi hospital pun mostly yang bervaksin juga. Takkanlah mereka sakit disebabkan oleh orang yang tak kena vaksin.
(Atau pun makin kau vaksin makin banyak kau sakit makin kerap kali kau ke hospital maka makin kaya lah bahagian farmasi ni, kan dah kata barangan ubat-ubatan sekarangkan sangat mahal, kaya woi pencipta Vaksin ! Sampaikan barangan sunnah kena serbu dikatakan bahaya untuk kesihatan woii! Dorang kata barangan sunnah gunapakai agama kemudian jual mahal tapi kau tak sedar vaksin tu pun sebenarnya mahal dan mengundang penyakit virus lemah juga ! ) Please lah dengar boleh baca boleh percaya jangan denan syafiera ni, buat bikin marah pro-vax je nanti. Mahu tak kena pulau dengan pakar nanti syafiera ni.

Eh-eh saya fully vax ye, ape ape penyakit jadi kat saya memang tangung sendiri lah ye. Mati pun kena bayar juga tau. ZzzZ.

Okay tak kira korang PRO-VAX or ANTI-VAX. Baca lah lagi - googgle sekarang dah canggih korang jangan tak percaya ye budak budak farmasi zaman sekarang pun ambil informasi dari Google. ada sorang Doktor kata jangan percaya google semua tak pandai semua tipu semua fitnah vaksin, jangan percaya apa yang ditulis pada google semua tipu itu semua agenda anti-vax supaya biarkan penyakit berjangkit berleluasa.

Apa lagi marilah kita semua ambil vaksin, suntik virus lemah dalam badan supaya imunisasi fight itu virus. Malas nak cakap panjang, fikir-fikirkanlah ye tengok generasi anak muda sekarang termasuk diri kita sekarang, rude, no manners, aibkan diri sendiri aibkan rakan-rakan sendiri, viralkan aib orang, what's happening today tengok lah buka mata buka hati tanya pada diri sendiri apakah penyebab akhlak masing-masing sangat buruk, adakah apa yang selama ini kita makan benda yang kita makan atau didikan kurang kasih sayang ? Lihatlah ye, rata-rata semuanya ambil vaksin, tapi itu bukan penyebab tanyalah diri sendiri. Yakinlah pada Allah mintalah pertolongan dari ALLAH Taala.

Jauhilah kita dari cubaan yang semakin kita sendiri tersungkur.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com