Rawatan "Scaling & Polishing" di KL City Dentists

2/13/2016 09:11:00 AM


Hello semua ! I am so excited nak beritahu you all that my teeth sekarang sooo soo sparkling white* and no more hidden cavities on the surface of my teeth ! Yea. syafierayamin.com rasa sangat teruja nak senyum everyday tanpa rasa segan sebab no more gigi kuning !

Bagi peminat kopi dan teh macam syafierayamin ni meman selalulah gigi nampak selalu kuning jarang sangat nak kelihatan putih walaupun like everyday I berus gigi setiap pagi.

Sebenarnya penjagaan gigi tersangat penting untuk memudahkan mengunyah makanan namun jika gigi tidak terjaga dengan baik ianya boleh mengundang masalah ulser dan juga paling parah boleh menyebabkan sakit kepala yang berpanjangan antara penyebabnya urat saraf gigi ni attached dengan otak. That's why penjagaan gigi tersangat lah penting. Kalau gigi sakit sangat bahaya nanti susah nak makan dan badan susah nak terima nutrisi yang bagus.

Pintu masuk KL City Dentists
Jadi safierayamin.com nak perkenalkan pada anda semua salah satu klinik gigi yang sempat saya singgah pada Sabtu lalu, sesiapa yang tinggal berdekatan di Kuala Lumpur bolehlah melawat Klinik ni. 

Dulu masa budak-budak dulu tak berani jumpa dentists tapi dah kena cabut gigi masa 6 tahun. Tapi sekarang dah besar dah tak takut nak jumpa dentist  sebab dentist akan bantu cantikkan gigi tau !

Kerusi rawatan untuk pesakit
 Kerusi rawatan ni memang dilengkapi dengan segala tools untuk rawatan gigi dan juga tempat pembuangan sisa-sisa mulut melalui sinki kecil yang disediakan. Maknanya pesakit tak perlu bergerak langsung dari kerusi tersebut ketika sesi rawatan dilakukan.





Introducing to you guys, Doctor Mong - the dentist on the road.

Rawatan dilakukan dengan mengenal pasti masalah gigi yang dialami

Sesi rawatan di mulakan dengan pemeriksaan dan rundingan oleh Dr. Mong. Beliau dapat mengesan beberapa kerosakan gigi yang dialami seperti jangkitan kuman dan kaviti tambahan gigi berlubang juga.

Memandangkan gigi syafierayamin.com sudah banyak hilang terutamanya gigi geraham memang banyak lah rawatan yang perlu dilakukan - antara suggestions seperti pasang brackets dan tampal gigi-gigi yang berlubang dan harus ditambah dengan penjagaan gigi yang rapi.

Besar kemungkinan saya akan alami sakit pada gigi jika tidak dirawat dengan baik.

 

Setelah itu, X-Ray dilakukan untuk melihat kedudukan gigi di dalam gusi, mak aih terkejut juga tengok gigi yang berterabur dalam gusi tu, lintang pungkang kedudukan. Kalau nampak macam ada ruang dalam gigi tu bermakna gigi tu dah start berlubang, kalau makanan masuk boleh terasa sakitnya lebih-lebih lagi kalau makan-makanan yang sejuk.  

Lepas sesi perundingan, rawatan scaling diteruskan, rawatan ini membantu menghilangkan kaviti yang melekat di celah-celah gigi punca nafas berbau - setelah itu rawatan polishing dilakukan untuk memutih dan membersihkan gigi.

Paling best staff dekat Klinik KL Dentists City memang tersangat friendly sampai rasa taknak balik rumah, haha. Selain rawatan Scaling & Polishing, mereka juga menawarkan beberapa servis rawatan gigi lain contohnya Invasalign sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah gigi jonggang dan berterabur.

Scaling & Polishing treatment berharga lebih kurang RM250 untuk dewasa dan RM150 untuk kanak-kanak. Untuk servis yang lain anda semua kena datang Klinik KL City dentists untuk dapatkan rundingan.


Ruangan Kopi disediakan.

Waktu klinik beroperasi

Saya bersama salah seorang staff di Klinik City Dentists, Michelle.

KL City Dentists
7-03, Level 7, Menara HSC, 187 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Tel: +603-21815792 (office hours) or +6017-7926792 (after office hours)
Operating Hours:
Mon – Fri: 8:30 am – 7.00 pm
Sat: 8:30 am – 5:30 pm
Sun: Closed Public Holidays: Open on selected days

 Untuk Maklumat lanjut, sila layari KL City Dentists
Website : http://www.klcitydentists.com/
Facebook : https://www.facebook.com/klcitydentists/?fref=ts








You Might Also Like

Twitter

Like me on Facebook

Instagram